Followers

Monday, January 17, 2011

~Hukum Membasuh Pakaian Guna Mesin Basuh Automatik~

Salam..

Petang2 cam ni..mmg tak de mood nak bt keje..lagi2 semalam pun keje... *attend kursus kawin.. penat rasanya keje direct semgg ni..

Tengah2 blogwalking, tetiba ada member tanya pasal Hukum Membasuh Pakaian Guna Mesin Basuh Automatik..ada yg kata suci..tapi ada yg kata tak menyucikan..sbb dah ragu2kan..so, aku pun search la kat en google nak tahu hukum yg sebenarnya..coz,aku pun guna Mesin Basuh Automatik ni..nak guna yg manual ni cam tak terdaya la plak kan..hihihi


Jom baca utk pengetahuan bersama..


BERSIHKAN PAKAIAN MENGGUNAKAN MESIN PEMBASUH ?




Islam menggalakan kebersihan. Bersih meliputi semua perkara termasuk tubuh badan, pakaian, tempat, makan minum, dan hati. Bersih bukan saja daripada najis bahkan juga kotoran dan segala pemandangan yang tidak menyenangkan, apatah lagi yang menyakiti.

Dalam sebuah hadith daripada lbnu Malik AI-Ash'ari radhiallahu'anhu Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:


Maksudnya: "Kebersihan itu separuh daripada Iman"

Tiap-tiap yang kotor (tidak bersih) itu tidak semestinya najis tetapi sebaliknya tiap-tiap yang najis itu adalah kotor (tidak bersih). Umpamanya pakaian yang terkena Iumpur tanah, kuah kari atau kopi adalah kotor (tidak bersih). lanya tidak najis tetapi pakaian kotor.

Memandangkan teknologi masa kini, kebanyakan orang menggunakan mesin pencuci pakaian, akan timbul persoalan; Bersihkah pakaian menggunakan mesin pembasuh? Perkara ini timbul kerana terdapat berbagai-bagai jenis mesin pembasuh ketika ini, sehingga ada yang berperanan boleh mengeringkan dengan hanya menekan satu punat sahaja.

Macamanakah kalau diantara pakaian yang hendak dicuci itu terkena kotoran atau najis? Apakah boleh bersih pakaian-pakaian ini di campur sekali cuci menggunakan mesin pembasuh? Jika tidak, apakah ada kaedah atau cara tertentu mengenainya?

Dalam hal mencuci pakaian menggunakan mesin pembasuh ini, yang pertama sekali yang perlu di ambil perhatian ialah air yang akan digunakan. Air itu hendaklah air mutlak, iaitu air yang suci lagi menyucikan.

Kemudian perhatikan pakaian yang dibasuh sebelum di masukkan ke dalam mesin pembasuh. Jika ada pakaian yang terkena najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan atau dibuang najisnya ('ainnya sehingga hilang rasa, warna dan baunya) dengan cara dibasuh bersungguh-sungguh. Jika hilang dua daripada tiga termasuk rasa, maka memadailah seperti hilang rasa dan bau saja atau rasa dan warna. Yang penting rasa mesti dihilangkan. Jika rasa masih ada, setelah hilang bau dan warna, maka tidaklah memadai.

Untuk lebih jelas tentang membersihkan pakaian yang terkena najis ini, yang pertama sekali kenal pasti terlebih dahulu apa najis yang mengenai pakaian itu. Adakah ia Najis Mukhaffafah, Najis Mutawassitah atau Najis Mughallazah.

(i) Najis Mukhaffafah:

Najis Mukhaffafah ialah najis ringan, seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun dan belum makan makanan secara mengenyangkan melainkan susu (dada) sahaja. Jika kanak-kanak itu makan atau minum selain susu dada seperti susu tepung, maka air kencing kanak-kanak itu tidak lagi dianggap sebagai najis mukhaffafah bahkan ia adalah najis mutawassitah. Mana-mana pakaian yang terkena najis mukhaffafah memadai dengan merinjis air ke atas pakaian-pakaian yang terkena najis itu.

(ii) Najis Mutawassitah :

Najis Mutawassitah ialah najis pertengahan, seperti air kencing orang dewasa, tahi, muntah, darah dan lain-lain. Menghilang atau membuang najis ini hendaklah dengan menghilangkan 'ainya sehingga hilang rasa, bau dan warna dengan cara mengalirkan atau menjirus air ke atas pakaian yang kena najis itu. Adalah tidak memadai membasuh dengan air yang ditakung dalam bekas yang kurang dari dua kolah saperti air yang ditakung dalam besin atau baldi, dimana-mana pakaian itu dicelup di dalamnya sekalipun beberapa kali.

iii) Najis Mughallazah

Najis Mughallazah ialah najis yang berat seperti anjing, babi dan campuran atau kacukan keduanya. Jika darah, tahi, air liur, atau air kencing terkena pakaian, maka cara menyucikanya hendaklah dihilangkan 'ainnya (warna, bau dan rasa ) terlebih dahulu. Kemudian dibasuh tujuh kali dengan menjiruskan air, termasuk sekali dengan air yang bercampur dengan tanah.

Setelah pakaian yang terkena najis itu dibersihkan dengan cara yang disebutkan itu, barulah pakaian itu dimasukkan ke dalam mesin pembasuh untuk penyucian seterusnya. Proses ini adalah lebih mudah berbanding jika pakaian yang bersih dan bernajis dimasukkan semuanya ke dalam mesin pembasuh. Ini menyebabkan semua pakaian akan terkena najis. Jika ini terjadi pakaian-pakaian itu hendaklah dibilas sambil mengalirkan air dari atas terus keluar tanpa air bertakung di dalamnya untuk beberapa ketika.

Bagi pakaian yang kotor pula seperti terkena lumpur tanah, kuah kari, kopi dan seumpamanya, walaupun ia tidak najis namun ia hendaklah juga dibasuh terlebih dahulu sehingga hilang 'ainnya. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam mesin pembasuh. Proses ini dibuat semata-mata untuk mengelakkan pakaian-pakaian lain yang bersih terkena kotoran.

Itulah keindahan Islam. Ajaran-ajarannya meliputi semua perkara termasuk ehwal kebersihan. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bersih dari segala kekotoran, bersih dari perbuatan yang tidak diingini dan dilarang, dari bertaubat dari membuat dosa.

Kemudahan hasil teknologi baru tidak menghalang kita menjaga kebersihan. Cuma yang perlu diambil kira ialah cara pengunaannya yang betul. Oleh itu pergunakanlah ia dengan sebaiknya, pada membantu mempercepatkan proses kerja harian kita tanpa membelakangkan kaedah ke arah kebersihan yang sebenarnya.


Sumber dari SINI



6 Komen Sahabat Saya:

LYAfrina said... [Reply to comment]

info y sgt baik!!
sblum ni xpernah terfikir pon..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis said... [Reply to comment]

good info la...kita pun pakai mesin auto...

Sricahaya said... [Reply to comment]

@LYAfrina

tu laa..kita pun tak penah terfikir..bila ada soalan dari member, tu yg bt kita tertanya2 tu..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@♥ Anje a.k.a Mama_Balqis

tq..same laa..tak larat arr nak guna semi auto..mau dari mlm smp pagi tak hbs2 basuh kain..hehe

Mrs. Simplicity said... [Reply to comment]

alamak, baru dengar la pasal isu ni..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@alyyani

tu la..mgkin ramai yg tak tahu pasal isu ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails