BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia
dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian
terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta
naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,
nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan
nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa
membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya
dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya
rohaninya.
AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu,
nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan
membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca
ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran
dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya
Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak
terhitung banyaknya.
Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan
meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan
para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk
sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang
lain :
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan
membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota
nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal
dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain
mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu,
nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah
sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para
Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati
Syahid.Imam Jaafar Shadiq . a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali,
nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang
terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran
ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s. a. w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati
dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya
akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satu
hadith yang lain Baginda s. a. w bersabda: “Hendaklah kamu membaca
surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-
maut, nescaya Allah s. w. t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut
itu.”Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s. a. w bersabda: “Aku
ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.”
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala
hajat dan cita-citanya.
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu
berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu
bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan,
nescaya akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati
pada malam itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,
nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh
seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan
mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah
ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat
surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith
tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
1 Komen Sahabat Saya:
dulu hari2 sempat baca yasin. skang ni seminggu sekali je. ish, mcm2 alasan nak buat kebaikan ni. thanks for the info :)
Post a Comment