Followers

Friday, February 19, 2010

Tulang Rusuk Ku..

Citer ni sri dapat dari email..bila kita berjauhan..terasa rindu..bila ada depan mata, kadang2 bergaduh..gaduh tu sebenarnya asam garam alam rumahtangga..tapi, ingat2la bila bergaduh..jgn sampai perang besar or jgn sampai ada yg terlepas kata nanti jiwa merana...


Kamu, tulang rusukku!


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.


Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.



Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"


Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.


"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".



Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupanWANITA . WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.


Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA .




Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.




LELAKI
: Apa khabar?
WANITA
: Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI
: Belum.
WANITA
: Saya akan terbang ke
New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.


Kamu tahu nombor telepon saya
kan? Tidak ada yang berubah.



WANITA
tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA , tulang rusuknya sendiri yang dengan bodohnya dia patahkan.



Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat....



Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.



Wednesday, February 17, 2010

Sian Adik...

Sian adik..tula kata2 kakak bila adik dia jatuh..cam ni citenya..hjg minggu ari tu..sri gi umah mak sri, mlm tu sri kat dapur tgh bt susu kakak, adik, sri masukkan kat dalam walker, dia pun suka laa, jalan sana jalan sini..dah laju dah bila berjalan..tak sampai 5 minit dgr benda jatuh, pastu dgr adik nangis..adik jatuh walker..rupanya adik ni nak ikut kakak dia gi keluar beranda..nak keluar beranda tu ada satu anak tangga, dia lak bkn main laju jalan..tak sempat adik sri nak tahan dah jatuh..nasib baik tak tertonggeng, cuma senget sikit la walker dia..bibir dia terkena walker..tu yg berdarah tu..sri lak bila dgr adik nangis cepat2 la berlari..memula tgk tak de pape..tetiba tgk muka dia, tang bibir berdarah..pastu bengkak..sri dah cuak dah..tkt gigi dia patah or gusi dia luka ker..sri basuh darah tu..lap pelan2, rupanya bibir dia yg luka..nenenkan dia kejap..diam..bila dah diam, tgk bibir dia jadi bertambah bengkak..dia pun dah tak selesa dah..

sri tanya kakak : " kakak, bt adik yer..?"

kakak : tak laaa...adik jatuh la mama..

sri: tulaa..kan mama suh kakak jaga adik..nape kakak tak jaga?

kakak: (diam)..

pastu dia ckp.." sian adik.."

skg ni kalau sri letak adik kat walker, dia tak bagi..takut jatuh lagi..kalau tgk pintu terbuka, cepat2 dia tutup, tkt adik dia keluar..mmg dia jaga adik dia laa..hehe..



baru berhenti nangis...










dia rasa tak selesa bibir dia besar..





nasib baik laa skg ni dah sembuh dah..















Ayah...nak cuh keta..

Tgk ayah basuh keta..kakak pun sibuk nak basuh gak..tapi basuh basikal dia laa..padahal baru lepas mandi tu..biarlaa, bknnya selalu..sekali sekala...sonok la dia main air..

inila hasil cucian kakak..hehehe




khusyuk dia mencuci..panggil pun tak nak pandang..





Tah berapa kali tah dia buh sabun..hehehe





lelama dia amiknya baldi sabun letak kat sebelah dia...




apa tah yg dia pandangnya...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails