Followers

Thursday, September 30, 2010

~Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Rahib Kristian=Tudung Wanita Moden~

Salam...

Pagi tadi bukak Fb, terbaca satu artikal ni mengenai tudung...so, terasa nak kongsi disini...kawan2 kalau rajin baca yer... :)



Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI...Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bentuk tubuh anda 100%,mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu...

(contoh ringkas:wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN....Benarkan,zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI???zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang bertempiaran......)

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.


Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.


Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.


RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..

Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..

selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).





p/s: So, apa pandangan kawan2? bg sayalah, rasanya blh kot kalau nak pakai jenis tudung yg main sarung ni, sbb senangkan..tak mengambil masa yg lama..tapi kena cari yg labuh sikitla, supaya menutup dada kita..


Tuesday, September 28, 2010

~Setelah Dua Hari.....~


Salam...

nak tahu setelah dua hari apa?? setelah dua hari internet tak ok...nak dkt kul lima tadi baru ok...bila tak ok ni, keje aku jadi bertimbun sikitlah..tak leh nak bukak sistem, pastu tak leh nak update blog, pastu tak leh nak berFB, pastu tak leh nak baca paper, semua tak leh laa..hehehe... dah ok ni leh la sok aku smbung bt keje..bila keje aku dah settel, baru aku update blog yerk..

key laa, nak balik...jmp esok yerk..bye..bye..

Friday, September 24, 2010

~Release Tension~

Suami yang kantoi dan bini yang sengal


Suatu hari...seorang suami baru pulang dari meeting (sebenar nya dating)...dan melihat isterinya menangis teresak2...

Suami : Nape ni yang?

Isteri : Sudahla bang..lepaskan saje saya ni!!

Suami : Eh..nape awak ckp camtu lak??

Isteri : Saya tahu..awak ade jumpe pompuan laen kan?

Suami : Eh...apa awak ckp ni?? (terkejut sbb bini mcm dah tau perkara sebenar)

Isteri : Sudahla bang..sume nye da tebukti...ade pompuan yg jwb tepon mase sy call awak...dah byk kali..

Suami : Eerr..aaa...ba..baik la..abg mengaku..abg ade pompuan len..tp..ape yg pompuan tu ckp kt awak?

Isteri : Huh..nyampah...mentang2 sy x tau omputeh...tp sy ade hafal ape yg dier ckp..

Suami : Dier ckp ape?

Isteri : Dier ckp.."The number u have call..cannot be reached at this momment..please try again"......asal sy tepon je..dier ckp camtu...da x reti ckp mende len agaknyer..pompuan camtu pon awak nak?

Suami : .......(dlm hati) alamak...nyesal pula ngaku tadi....



Thursday, September 23, 2010

~Raya Ke 4 & ke 5~

Salam...

Sambung balik citer raya..hehehe...Raya ke 4 & ke 5 aku tak gi memana pun..cuma gi umah pakcik2 n atok2 sedara yg dkt2 ngan umah jerk..belah ptg duk kat umah, melayan tetamu yg datang..time ni kat ijok lagi tau..blm lagi blik umh sendiri..ptg raya ke 5 tu aku balik ke Banting balik, menghabiskn raya kat sana..cadangnya ptg khamis tu nak gi PD, umah mak lang aku..tp tunggu family dari Ijok dtg Banting..tapi disebabkan dorang smp dah lewat mlm dlm kul 10mlm, kita org gerak gi PD esok paginya hari jumaat..


Zahirah..cam jepun.. :)


kakak yg pandai posing..ada je gaya dia...



tgk la tu...ishhh...suh snyum betul2 dia bt memek muka...



mama n kakak..



kakak: sayanggggggg mama...

mama: mama pun sayanggggggggggg kakak...



kami bertiga...adik tgk tgn kakak bt peace..dia pun bt peace gak..



buah hati pengarang jantung aku...ni la gambar dorang berdua yg ok..



mama n adik...sian ayah, nampak dari belakang jerk..


p/s: anak2 aku ni kan, bila aku duk depan semua nak duk depan...bila aku duk belakang, semua nak duk belakang..nak berkepit gak ngan mama dia ni..hehehe


~Ingat Lagi Tak Kes Ni???~

Salam...

Korang ingat lagi tak kes ni..masa awal2 thn ari tu..pasal adik Syafiah Humaira yg di dera teman lelaki maknya..kejamkan..mlm tadi kuar berita tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati...kenalah hukuman setimpal ngan tertuduh..yelaa dera budak yg baru berusia 4 thn yg tak tahu pape...

Kalau korang nak tahu adik Syafiah Humaira ni anak buah Member aku..kira dgn aku ni aku panggil dia Pakcik la (pangkat pakcik)..dah pencen pun member aku ni..mmg mak Syafiah Humaira ni ada hubungan ngan Fazli Azri ni...padahal suami dia masih ada dlm tahan Penjara Sg Buloh dan tak pernah bercerai..Penguatkuasa JAIS pernah nak tangkap pasangan ni, tapi terlepas..


korang bacalah bawah ni..petikan dari Harian Metro..


SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.

“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.

Sebelum itu, hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu terhadap Mohd Fazli yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-28 semalam selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Mendengar keputusan itu, ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, 52, yang tidak dapat menahan emosi terus meraung dan berulang kali berkata: “Abang tak salah, biar mama yang mati” sebelum wanita itu pengsan dua kali di galeri awam.

Nenek Mohd Fazli yang dikenali sebagai Siti pula kelihatan tenang dengan keputusan itu berkata, keluarganya akan mengemukakan rayuan.

“Berpantang maut sebelum ajal,” katanya.

Mohd Fazli dituduh membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Selain Idham Abd Ghani, pendakwaan diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.

Terdahulu, Mohtarudin dalam alasan penghakimannya berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa kecederaan kanak-kanak itu disebabkan jatuh motosikal dan terhantuk di dinding tandas.

Katanya, ia sama sekali bercanggah dengan keterangan dua ahli perubatan yang merawat dan melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu.

Selain itu, katanya, kisah jatuh motosikal itu sama seperti cerita tertuduh bahawa mangsa muntah selepas makan ubat yang dibeli di kedai jamu tidak pernah diberitahu kepada sesiapa.

Menyentuh mengenai keterangan tertuduh ‘lalok’ di padang bola, Mohtarudin berkata ia bercanggah dengan keterangan saksi yang menunjukkan Mohd Fazli adalah waras pada masa kejadian.

Katanya, ini dikuatkan lagi apabila melihat fakta bahawa tertuduh boleh memandu teksinya untuk ke padang berkenaan.

“Keterangan ibu mangsa bahawa tertuduh berada dalam keadaan mabuk sepatutnya disoal balas pada peringkat pendakwaan,” katanya.

Menurutnya, undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa mabuk akibat perbuatan sendiri tidak boleh diterima dalam pembelaan kes jenayah.

Mohtarudin berkata, mahkamah juga menolak hujah pembelaan bahawa tertuduh tidak berniat mencederakan mangsa berdasarkan apa yang sudah dilakukannya terhadap kanak-kanak malang itu.

“Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak itu tidak dapat diterima sebagai tidak berniat,” katanya.

Sepanjang perbicaraan bermula sejak 7 Jun lalu, pihak pendakwaan memanggil 33 saksi, manakala tiga saksi pembelaan tampil memberikan keterangan.


p/s: tak faham aku ngan mak budak ni...tak rasa pape ke bl lelaki tu bt anak dia cam tu...lagi syg ada...ishhhh..pelik aku..

Wednesday, September 22, 2010

~Beraya di Puchong~

Salam..

Sabtu ptg aku bertolak dari Banting dlm kul 6.30ptg smp Ijok dlm kul 8.30mlm dua jam perjalanan..tu pun dah letih..camne laa yg smp 7,8 jam perjalanan yerk..mahu kebas punggong..hehehe

Ari ahad pg smp ptg ada je org datang..ramai la gak yg datang..sedara mara, kawan2 adik..lagi pun ari cutikan..kul 6.30ptg tu abah suh siap2 nak gi umah pakcik aku kat Puchong..kena siap cepat2, nanti tak leh nak kuar..hehe

Maghrib smp puchong, solat2 baru la bercerita...anak2 aku smp je dia nampak motor yg blh cas baterinya...pe lagi..naik la sampai bateri hbs..hehe..nasib baik cucu pakcik aku tak de..kalau ada mahu berebut...gambar tak byk..amik sikit2 jer..mlm tak rajin nak bergambar la..hehehe



kakak bawak, adik duk belakang..pandai lak kakak tekan mana minyak mana nak undur..



adik tgk bawah...smbil memikir cam ne motor ni leh jalan..



pusing2 sampai hbs bateri...nasib baik balik dia tak minta..hehe



adik peluk kakak kuat2..kakak nak bawak laju ni...



dari kiri: adik aku shahirah, thn ni spm..tgh2 tu aku la kan..kanan adik aku gak Jannah
belakang bondaku tersayang..



Kami berdua..



Kami lagi...



dari kiri: Ayahandaku, Bondaku, Makcik aku n Pakcik aku..( Abg pd abah aku )


Dari umah pakcik aku terus ke Kg Malaysia Tambahan, Sg Besi..gi umah adik ipar aku..masa tu dah mlm dah..kul 10.30 kot..masing2 dah layu..tapi sbb dah janji, singgah la gak..

Shahirah n Anis..sempat bergambar, time ni nak balik dah...



Sempat bergambar lagi..time ni aku dah masuk keta..kakak, tdo bgn balik..batuk2 muntah..baju spare bawah satu jerk..nasib baik la adik ipar tu ada anak buah lebih kurang baya umairah.. pinjam la baju dia...sampai umah dlm kul 12 tgh mlm kot..balik2 terus Zzzzzz...


p/s: Tetiba kenangan lama mengusik jiwa..


Tuesday, September 21, 2010

~ 2 Syawal ~

Salam....


Bila siang penat beraya..maka mlm mula la keletihan...anak2 ku tdo awal..masing2 kepenatan..nasib baik dorang ni jenis tak merengek bila kepenatan...dua2 tdo lena sampai ke pagi...aku pun sama...hihihi

kakak...lena betul tdo...


adik pun sama...sekejap je selimut..pastu selimut tah ke mana dia pun tah ke mana..tdo lasak adik ni..


Raya kedua, masih lagi di Banting..nak jalan beraya ke rumah sedara2 yg tak sempat nak gi semalam..(raya pertama)

kakak posing yg bersahaja..



dari kiri Zahirah, Haifa Irdina dgn Umairah..

Haifa Irdina ni anak kakak iparku..dorang ni mmg rapat...
buat pengetahuan korang, cucu FIL aku ada 5 org..dan kelima2nya perempuan...kalau semua ada...huh..riuh rendah jadinya...mengalahkan adanya cucu lelaki...hehe


mereka bertiga lagi...adik tgh pk cam ne nak bt peace ni...hihi



adik berjaya utk bt peace...walaupun tak berapa nak mejadi..hehe



jalan beraya...yg pakai tdung pink tu la kakak iparku..sebelah dia tu suami dia...



adik iparku yg bongsu bersama umairah...


kami bertiga...


kami bertiga lagi...

gambar jalan beraya tak byk...ada la sesikit...malas nak kuarkan kamera..hehehe...
petang raya kedua tu aku balik ke Ijok...beraya di sana plak...nanti sambung yerk..


~Di Pagi 1 Syawal~

Salam...

Org lain dah cite pasal 2,3,4 hari raya..ada yg dah hbs cite, aku baru nak cite pasal satu hari raya..hehehe..nak bt cam ne..masa tak berapa nak mengizinkan aku lepak lelama kat blog ni..hehe..oklaa..jom tgk gambar sambil aku bercerita..


Pg 1 syawal tu, masing2 sibuk bt apa yg patut..raya thn ni aku raya di Banting..so, kena laa tlg siap2kan juadah sementara MIL, FIL n abg tgh siap2 nak gi solat raya, cuma aku je tak dapat nak join..kalau aku gi, sapa nak jaga kakak n adikkan...hehe..akak ipar aku raya umah mertua dia, tghari baru dia balik beraya sini...adik ipar aku pun beraya di Seremban, umah mertua dia.. nasib baik laa aku beraya kat Banting..sekurang2nya meriah la gak kan dgn kehadiran anak2 aku tu..kalau tak sian mertuaku..sunyi sepi...anak2 yg dah kawin semua takde..yg ada sepasang adik ipar ku yg belum kawin..


Zahirah, di pagi raya..tgh tgg kepulangan ayahanda tercinta...
"mana lah ayah ni mama...lambatnya ayah balik.."


pandai posing..suka ikut apa yg kakak dia bt...


kakak dah pandai nak bermakeup..abis mama punya bedak n barang makeup segala...



kakak : meh kakak bedakkan adik...

adik pun diam je kena bedak ngan kakak

terkelip2 mata adik...



adik: mehlaa adik nak wat sendiri...
kakak : tak blh...nanti mama marah...




Gambar kenangan satu family..tudung adik tah mana tah peginya..


Gambar kenangan dgn FIL n MIL


Gambar kenangan dgn adik2 iparku...ni pakai timer...aku berlari duduk sebelah kakak, tu yg adik tgk tu..pelik agaknya tgk mama dia berlari..hehehe



kakak...kecik2 dah pandai posing..


adik..apa la yg sonok sgt tah...


Gambar org yg paling ku sayang....


ok..nanti sambung next entry yerk..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails