Followers

Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

~Hidung Berdarah~

Assalamualaikum...

Hari ni cam biasa aku bgn pagi siap2 barang kakak n adik, n siapkan air utk abg..dlm kul 6.45pg aku n abg angkat kakak n adik nak masuk dlm keta..bila letak kakak dlm keta abg perasan hidung kakak berdarah, tapi darah tu dah kering..aku dah cuak dah, dlm otak ni dah fikir macam2..kakak tak penah lagi kena hidung berdarah ni..risau kalau berdarah sbb lain..

Naik atas aku tgk kat bantal kakak mmg ada darah..mgkin darah tu kuar time dia tgh tido...aku tel mak aku ckp hidung kakak berdarah..suh adik aku tlg tgk2kan kakak..mak aku kata panas dalam tu..bila dlm badan panas darah akan kuar melalui hidung...

Adik aku kata semalam mmg kakak main kat luar waktu tengahari..mgkin sbb tu kot bila mlm darah kuar melalui hidung..harap2 ni la kejadian pertama dan terakhir...aku ni bkn apa, bila aku tgk darah kuar byk, aku jadi cuak, gelabah, panik..harap2 tak la jadi lagi lepas ni...

Korang ada pengalaman tak kejadian hidung berdarah ni kat anak...? korang bawak gi klinik tak? 



Aku ada search kat internet pasal hidung berdarah ni, :


PENDARAHAN HIDUNG 


Pengenalan 

Perdarahan hidung adalah masalah biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak. Ianya boleh
berlaku secara spontan atau disebabkan trauma. Walau bagaimanapun, kebanyakan sebabsebabnya tidak dapat dikenalpasti. Ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam
hidung iaitu “little area” yang senang untuk berdarah.

Apakah yang menyebabkan hidung berdarah? 


Terdapat banyak sebab-sebab termasuk
• Sejuk dan alahan
• Jangkitan pada salur hidung (sinus)
• Trauma, sebagai contoh, menghembus hidung terlalu kuat,memicit hidung,kecederaan
pada bahagian dalam hidung,benda asing didalam hidung.
• Dinding tengah hidung senget
• Ketumbuhan di dalam hidung(contoh: polyps,tumor)
• Penyakit lain yang berkaitan(contohnya sakit buah pinggang yang yang kronik,
trombosaitopenia (bilangan  platlet yang rendah) dan penyakit darah contoh
hemophilia.
• Ubatan yang melambatkan pembekuan darah.
• Tindakbalas bahan kimia.
Kebanyakan kes tidak dapat dikenalpasti sebab-sebabnya.

Apakah tanda-tanda dan gejala? 


• Pendarahan satu atau kedua-dua lubang hidung.
• Kerap menelan darah yang menyebabkan muntah yang mengandungi darah.
• Merasa ada cecair dibelakang hidung dan tekak.

Apakah rawatan untuk hidung berdarah? 


Langkah kecemasan:
• Beri keselesaaan kepada kanak-kanak tersebut.
• Dudukan dia didalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
• Suruh kanak-kanak tersebut bernafas melalui mulut.  • Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit.
• Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya
mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.
• Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10  minit periksa samada pendarahan telah
berhenti atau tidak.
• Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit. Jika pendarahan
berterusan segeralah berjumpa doktor .
• Jika pendarahan telah berhenti, nasihatkan kanak-kanak tersebut supaya terus duduk
dan jangan menyapu atau bernafas melalui hidung.

Rawatan bergantung pada sebab-sebab:  
• Rawat masalah yang berkaitan.
• Nasihatkan supaya berhenti mengorek hidung dan menghembus hidung dengan kuat.
Dalam kes pendarahan yang tidak terkawal, pakar bahagian  telinga tekak hidung akan
memberi rawatan mengikut keadaan seperti membuat sumbatan pada hidung, penggunaan
bahan kimia/ubatan tertentu untuk menghentikan perdarahan.

Bagaimanakah anda mengelakkan dari hidung berdarah?  
• Elakkan dari mengorek dan menghembus hidung dengan kuat.
• Rawat masalah kesihatan yang boleh menyebabkan komplikasi hidung berdarah.

Apakah komplikasi?  
Dalam kes trauma adalah penting untuk memastikan tiada pengumpulan darah di septum
hidung untuk mengelakan terjadinya hidung “saddle”.(berbentuk pelana kuda)

Apakah telahan atau ramalan tentang penyakit  ini(prognosis)?
Bergantung pada sebab – sebab perdarahan. 90% perdarahan meningkat dari kawasan
“little”(bahagian hadapan septum hidung) dan peluang untuk sembuh adalah tinggi.



Thursday, January 06, 2011

~Mengapa Kita bersin, batuk, tersedu, mendengkur, dan menguap?~


Bersin, batuk, tersedu, mendengkur atau menguap pasti pernah Kita alami. Ketika di kawasan berdebu, Kita akan bersin. Lalu ketika menghirup sesuatu yang membuat napas sesak, Kita akan batuk. Kadang Kita juga mengalami terseduyang berbunyi 'hik'. Mendengkur atau berkeruh juga boleh jadi dialami siapapun. Satu lagi yaitu ketika mengantuk, Kita menguap.

Kegiatan ini sering terjadi di luar kemahuan dan merupakan proses alami. Mengapa hal itu boleh terjadi? Secara ilmiah, perkara tersebut boleh dijelaskan seperti berikut.

  • Bersin

Bersin merupakan aliran udara yang hebat melalui mulut dan hidung. Ini terjadi di luar kemahuan. Biasanya bersin terjadi kerana ada partikel pengganggu dalam hidung Kita. Ujung-ujung saraf didalam hidung merangsang Kita bersin untuk menyingkirkan partikel-partikel tersebut.

Penyebab lain adalah udara dingin atau sakit flu. Pada ketika sakit flu, banyak partikel asing didalam hidung Kita sehingga memaksa hidung merangsang bersin.

Yang perlu Kita tahu tentang bersin yaitu kecepatan udara ketika Kita bersin mencapai 166 kilometer per jam. Lalu ketika bersih Kita akan mengeluarkan sampai 100.000 butiran kecil lendir dan mikro organisme. Itu sebabnya, ketika bersin sebaiknya Kita menutupi hidung dan mulut Kita kerana dapat membahayakan orang lain.

  • Batuk

Sama seperti bersin, ketika Kita batuk bertujuan untuk mengusir zat berbahaya dalam tubuh Kita. Jika bersin terjadi kerana ada partikel asing dihidung, maka batuk terjadi kerana ada partikel atau zat asing didalam paru-paru atau kerongkong. Tujuannya untuk membersihkan paru-paru dari zat yang berbahaya ketika saluran pernapasan mulai terganggu. Batuk dapat pula menjadi upaya yang disengaja untuk membersihkan kerongkong. Batuk juga bisa menyebarkan kuman yang menyebabkan penyakit. Kerana itu, sebaiknya ketika batuk, Kita menutupi mulut Kita.

  • Tersedu

Tersedu terjadi diluar kemahuan atau tidak dapat dikontrol. Tersedu merupakan pengambilan udara secara mendadak yang disebabkan kerana kontraksi diafragma secara tidak teratur. Penyebabnya kerana gangguan organ-organ tubuh dekat diafragma. Kejang ini menarik udara dari paru-paru melalui saluran penafasan, membentuk epiglotik, menyebabkan pita suara bergetar. Oleh kerana itu, akan menimbulkan suara ’hik’ ketika Kita tersedu.

  • Mendengkur

Ketikat tidur, beberapa orang mendengkur atau berkeruh. Suara kasar ketika Kita tidur ini biasanya disebabkan kerana bernapas melalui mulut. Jaringan lembut pada langit-langit mulut dekat kerongkong bergetar kerana udara melewatinya ketika Kita bernapas melalui mulut. Selain itu, bibir, pipi, dan lubang hidung Kita juga ikut bergetar. Posisi yang biasa menyebabkan mendengkur adalah tidur terlentang. Hal ini kerana mulut cenderung menganga dan lidah menghalangi saluran pernapasan. Salah satu penyelesaiannya adalah dengan mencuba tidur mengiring.

  • Menguap

Ketika mengantuk, Kita akan menguap. Mengapa Kita menguap? Kerana paru-paru Kita kurang mendapat oksigen. Dengan mengambil nafas dalam-dalam di luar kemahuan terjadi sebagai respon alami akibat tertutupnya paru-paru oleh karbondioksida atau kekurangan oksigen.

Yang juga menarik, aitu menguap diduga sebagai kebiasaan menular. Jika Kita melihat atau mendengar orang lain menguap, yang sering terjadi adalah Kita ikut-ikutan menguap. Fenomena ini masih menjadi misteri bagi banyak ilmuwan.


*sumber dari Sini

Friday, November 26, 2010

~Rahsia Umur Panjang~


Korang tahu main kabaddi?? ke cam galah panjang tu yek?? permainan ni org kata leh panjangkan umur..mgkin sbb kita berlari sana sini kot..bila berlari sana sini lemak2 dalam badan kita pun terbakar...

Teringat zaman sekolah dulu main galah panjang..tiap2 pagi rabu or khamis ada riadah kat sekolah..kita org selalu main galah panjang tak pun rounders sambil berbaju kurung..best..best..best...tetiba lak teringat zaman sekolah dulu...tapi skg dah lama dah tinggalkan permainan tu...ishhh...rindunyaaa time dulu2....


Permainan Kabaddi..
cara cam galah panjang kan..



ni permainan galah panjang..

*image frm google


ni artikal dari hmetro yg mengatakan Permainan Kabaddi adalah rahsia umur panjang..

GUANGZHOU: Balwan Singh mendedahkan rahsia untuk terus kekal sihat, gembira dan panjang umur ialah dengan aktif dalam sukan kabaddi.

“Lihat saya, saya sudah berusia 50 tahun dan masih boleh menahan nafas selama tiga minit,” kata jurulatih India yang bertenaga, Balwan.

“Anda boleh hidup selama 100 tahun jika bermain kabaddi!,” katanya.

Sukan itu yang dikuasai negara Asia Selatan memerlukan semua pemain dalam satu pasukan berpegangan tangan, menahan nafas dan melancarkan serangan mengejut ke atas pihak lawan dengan menyebut “Kabaddi, Kabaddi, Kabaddi”.


“Anda perlu menyebut kabaddi dan organ dalaman anda, jantung, paru-paru menjadi kuat. Kabaddi membuatkan anda gembira dan sihat, anda tidak akan jatuh sakit,” kata Balwan yang membimbing India mara ke final acara lelaki menentang Iran. - AFP



Wednesday, November 10, 2010

~Info Kesihatan: Khasiat Dalam Sebiji Epal~

*frm en. google


"Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik - satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak2 yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya mengimbangi kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan." *info dari majalah rapi


*ok gak kan..salah satu cara utk buang kolesterol jahat dalam badan..baik utk kesihatan...


Friday, October 15, 2010

~Info Kesihatan : Nanas Penawar Penyakit Batu Karang~

*image frm google
Salam..

Tadi aku ada baca satu artikal pasal buah nanas ni..rupa2nya buah nanas ni penawar penyakit batu karang..jom baca tulisan kat bawah ni..

Nanas atau nama saintifiknya Ananas Cosomos mengandungi kandungan gula yang tinggi dan memiliki khasiat vitamin A,B dan C yang baik untuk lelaki. Buah yang berasal daripada keluarga Bromeliaceae ini, berkensan mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi lelaki yang menghidap penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas juga terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing yang tidak lawas kerana kandungan enzim yang tinggi terdapat di dalamnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails