Followers

Tuesday, November 30, 2010

~Menjawab Hutang Tag Nanie~


Akhirnya terjawab satu hutang tag..tgl lagi satu hutang tag dari Rina..lama dah berhutang ngan nanie ni..hehe

1. Thank the person who gave you the award and the link of the person
Thank's Nanie..bg award ni kat saya..

2. Spread the award to 15 blogger who you like & you think their blogs are awesome


dan,
sesiapa yg nak bt, silakan....


3. Tell 7 things about yourself

1. Suka Kaler Hijau & Biru

2. Suka Baca Majalah Pa&ma dan Rasa

3. Anak Sulong dari 11 org adik-beradik
(ramaikan???? meriah tau bila berkumpul..)

4. Suka baca Novel
(suka baca karya Norhayati Ibrahim, Sharifah Abu Salem, byk lagi la..)

5. Suka coklat..
(semua jenis coklat..)

6. Mempunyai dua org anak perempuan.

7. ermm..apa lagi yek..tinggi saya 160cm..berat? berubah2 ikut semasa..hehehe


~Dapat Award~

Award ni sempena 2nd Anniversary Mata Hati.
Syukran Jazilan Mata Hati coz sudi bagi saya Award yg cantik ni..



~Ibu Hamil Ditinju Pengawal Keselamatan~

*gmbar hanya hiasan..imege frm google

MUAR: Penderitaan seorang wanita yang hampir melahirkan anak bertambah parah apabila perutnya ditumbuk berkali-kali oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa yang berumur 26 tahun dihantar suaminya ke hospital itu selepas mengadu sakit perut mahu melahirkan anak.


Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa dipercayai ditumbuk suspek di dalam lif pusat perubatan berkenaan.

“Ketika kejadian, suami mangsa meletakkan kenderaan di petak parkir, manakala suspek membantu menolak mangsa menggunakan kerusi roda ke wad bersalin.


“Ketika berada di dalam lif, mangsa ditumbuk di perut beberapa kali, sebelum dia dihantar ke wad bersalin,” katanya.


Mangsa yang terkejut dan berada dalam kesakitan akibat tindakan tidak berperikemanusiaan pengawal keselamatan itu kemudiannya memaklumkan kejadian kepada suaminya yang berumur 33 tahun, sebelum suami mangsa membuat laporan polis berkaitan insiden terbabit.

Menurut beliau, polis kemudiannya menahan pengawal keselamatan terbabit untuk membantu siasatan.


“Kami merujuk suspek ke Wad Psikiatri HPSF dan dia dipercayai mempunyai masalah mental.

“Siasatan awal mendapati suspek baru dua bulan bekerja di syarikat kawalan keselamatan di HPSF,” katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Jurucakap HPSF pula memaklumkan bahawa mangsa selamat melahirkan bayinya tidak lama selepas kejadian dan kedua-duanya kini berada dalam keadaan sihat.


sumber hmetro


cam mana la pihak berkenaan tak tahu pengawal keselamatan tu ada masalah / sejarah sakit mental yerk?? nasib baik laa isteri n bby tu selamat, tak de pape..ishhh..tak dapat di bygkan laa pengawal tu tumbuk kat perut...


~GiveAway Semperna anniversary Blog~

Kena Tag oleh Notaami utk join Giveaway ni..
Giveaway ni anjuran Cik Warnida sempena anniversary yg ke 3thn blog beliau..

nak Tag


Tarikh Tutup : 01hb Dis 2010

Monday, November 29, 2010

~Minum Petang~

Ptg2 cam ni sedap makan cokodok ngan minum air panas2 ye tak..dah la ptg2 cam ni hujan..mmg best dpt makan cam tu kan..hehehe.. itula yg kitaorg makan kat opis ni...pg tadi ada membe opis bawak nangka, tapi nangka kan angin..nak makan pun cam takut2 je..sekali tu, tghari tadi ada sorang kakak ni bt cokodok nangka...nangka tu di potong dadu, campur ngan tepung..haaa..bila dah masak sekejap je habis...laku tul...sedap lak tu..hehe


Cekodok Nangka..
frist time aku makan..sedap gak..



~Dapat Talak 3 Kerana Dedah Dosa Suami~

Tgk tajuk kat atas tu patut ke tak patut...? dah la bt dosa depan isteri..pukul isteri dgn anak2..pastu bg lak talak 3 terus...ni bkn kes kat opis aku..ni kes kat sabak bernam..dlm harian metro pagi ni..kalau nak diikutkan mmg banyak kes2 macam ni yg tak didedahkan..macam2 kes laa..ada yg berbaik bila dah dibg khidmat nasihat..tu kira okla kan..ada yg tak nak dah hdp bersama..ada yang nak bercerai cara baik..ada lak yg nangis2 tak nak diceraikan...kebykan kes berpunca dari org ketiga...

Korang bacalah bagi kes kat bawah ni...ni salah satu punca suami isteri berpisah...



SABAK BERNAM: Seorang isteri diceraikan dengan talak tiga melalui SMS selepas mengadu kepada ketua kampung mengenai tingkah laku suaminya yang membawa pulang wanita lain ke rumah untuk melakukan maksiat.

Lebih malang, ketika membawa pulang teman wanita itu, isteri berkenaan bersama tiga anaknya berada di rumah dan melihat tingkah laku lelaki terbabit.


Isteri berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 29, berkata bukan sekali, malah banyak kali suaminya berkelakuan sedemikian dan jika ditegur, suaminya itu akan memukulnya dan anak-anak dan lapan laporan polis dibuat berhubung kejadian dera itu.

Berikutan tidak tahan dengan perilaku suaminya, dia membuat aduan kepada ketua kampung meminta menasihati suaminya itu.


Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan suaminya berang dan tidak lama kemudian dia menerima SMS daripada suami yang menceraikannya dengan talak tiga.


“Kejadian berlaku sebulan lalu, kira-kira jam 10.30 malam, suami saya yang juga seorang anggota tentera membawa pulang seorang wanita berusia 21 tahun yang didakwa adik angkatnya. selanjutnya klik sini hmetro.



Friday, November 26, 2010

~Suka kalau dapat Free Gift~

Malam tadi gi shopping kat Econsave, Alam Jaya..Econsave baru kat situ..besar tul....nak shopping pun selesa laa..tempat pun luas..parking pun senang...tak yah nak berasak2 cam kat Econsave sg bluh...

Frist time aku gi Econsave situ...tak la byk barang yg kitaorg beli..beli barang anak2 ....pastu barang dapur sikit..yg aku suka, bila beli susu kakak dapat hadiah cawan..semlm beli 3 pek susu dapat 3 cawan..pastu beli nescafe utk ayah dapat gak gift..vico utk aku dapat gak gift..suke..suke..suke...

ni susu kakak n adik..dulu adik minum susu anmum madu..ari tu try bagi susu ni , memula tak nak..lelama minum lak dia...so, senang laa..beli susu ni jerk share dua org..jimat kat situ dah...pempers lak adik masih pakai lagi....yg kakak dah tak pakai dah..cuma malam jer pakaikan pempers tkt2 bocor di malam hari....so, sehari sekeping jerk..situ pun dah jimat sikit..alhmdulillah la kan...


comel jerk bekas nescafe ni..tempat susu cair kot..
pastu dapat percuma 5 stik lagi dalam tu...

vico ni dapat bekas warna hijau tu..
yg tiga lagi tu aku nak bawak gi opis..hehe

best tul kalau dapat hadiah ni kan...mmg suka sgt2...hehehe..semalam belanja hbs RM200 gak la..tgk balik barang yg dibeli sikit jerk..tapi smp RM200...huh...nampak sgt harga barang makin mahal..


~Rahsia Umur Panjang~


Korang tahu main kabaddi?? ke cam galah panjang tu yek?? permainan ni org kata leh panjangkan umur..mgkin sbb kita berlari sana sini kot..bila berlari sana sini lemak2 dalam badan kita pun terbakar...

Teringat zaman sekolah dulu main galah panjang..tiap2 pagi rabu or khamis ada riadah kat sekolah..kita org selalu main galah panjang tak pun rounders sambil berbaju kurung..best..best..best...tetiba lak teringat zaman sekolah dulu...tapi skg dah lama dah tinggalkan permainan tu...ishhh...rindunyaaa time dulu2....


Permainan Kabaddi..
cara cam galah panjang kan..



ni permainan galah panjang..

*image frm google


ni artikal dari hmetro yg mengatakan Permainan Kabaddi adalah rahsia umur panjang..

GUANGZHOU: Balwan Singh mendedahkan rahsia untuk terus kekal sihat, gembira dan panjang umur ialah dengan aktif dalam sukan kabaddi.

“Lihat saya, saya sudah berusia 50 tahun dan masih boleh menahan nafas selama tiga minit,” kata jurulatih India yang bertenaga, Balwan.

“Anda boleh hidup selama 100 tahun jika bermain kabaddi!,” katanya.

Sukan itu yang dikuasai negara Asia Selatan memerlukan semua pemain dalam satu pasukan berpegangan tangan, menahan nafas dan melancarkan serangan mengejut ke atas pihak lawan dengan menyebut “Kabaddi, Kabaddi, Kabaddi”.


“Anda perlu menyebut kabaddi dan organ dalaman anda, jantung, paru-paru menjadi kuat. Kabaddi membuatkan anda gembira dan sihat, anda tidak akan jatuh sakit,” kata Balwan yang membimbing India mara ke final acara lelaki menentang Iran. - AFP



~Pancit~

Tgh jalan laju kat highway tetiba lak bunyi semacam...pastu rasa cam senget je keta...sudaaa..pancit ke tayar keta ni...suh adik intai luar tingkap sah..mmg pancit..so, aku pun pelahankan keta nak cari tempat tukar tayar...dah la dlm keta tu semua pempuan...aku, adik aku dua org, anak2 aku dgn bondaku...hatiku berkata...leh ke aku tukar tayar ni..hehehe


see...bukan pancit je...dah merekah dah tayar tu...pecah..


kat area sini laa keta aku tersadai...berhenti tepi highway..

ce.....konon cam retila nak tukar tayar...bukak bonet..kuarkan tayar, amik barang yg perlu...nak bukak nat tayar tu pun terkial2..ketat ya amat...tetiba ada motor slow dan berhenti tepi..agaknya dia tgk semua pempuankan..

Pemuda : kenapa kak?

aku: tayar pancit la dik..(dia panggil aku kak,aku panggil dia adik laa..hihi)

Pemuda : takpe2..nanti saya tolong tukarkan... (slang kelate ye..)

aku: tima kasih...(dlm hati aku alhamdulillah..syukur2 sgt...allah bg pertolongan pd aku melalui seorang pemuda )


adik aku sempat berposing..pantang nampak kamera

ni la pemuda yg sanggup berhenti utk tolong kitaorg tukar tayar...
tgh bukak tayar..



tgh pasang tayar spare...

sekejap je dah siap..rasanya 10-15 minit la kot..berpeluh2 si pemuda ni tukar tayar....

anak2 aku dlm keta pun dah boring..nak turun..mmg aku tak bg turun..dah la tepi highway..cari pasal je nanti..dorang ni bukannya leh jangka...
dah siap tukar..aku bg la sikit duit minum...tak nak si pemuda tu..aku kata ikhlas bg ni..dia pun ckp dia ikhlas tolong aku...ishhh..sudahnya aku letak je kat dalam bakul motor dia..aku ckp tak pe amik..bt minum...dia pun ckp tima kasih...

mmg berterima kasih sgt2 kat si pemuda tu sbb tolong aku...yela, zaman sekarang ni kan mmg susah org nak tolong kalau ada keta rosak tepi jalan...tkt2 perkara yg tak diingini berlaku..aku pun kalau ada keta rosak tepi jalan, aku tgk je mana ada berhenti..tkt la nak berhenti..silap kita yg kena pau..hehehe

*muka pemuda ni tak direkod kerana segan nak amik pic beliau..hihihi, tkt dia mengata dlm hati..aku penat2 tukar tayar, dia amik gambar lak..hehehe


Thursday, November 25, 2010

~UV Tertinggi~


Pg tadi aku tgk Nuffnang, selalunya bawah 50UV je sehari..paling banyak pun 72 UV..semalam pecah rekod..uv aku naik mendadak...216UV...dah aku tgk lak rujukan pautan dari mana....byk yg baca pasal arwah k.aishah..thank's ye korang..singgah blog aku yg tak seberapa ni baca entri..aku sgt2 hargai..



"Birthday Contest By Mama_Balqis"

Contest "Birthday Contest By Mama_Balqis" ni sempena Birthday Balqis Yang ke 3 tahun pg bln oktober lepas..

Happy Birthday Aqish..semoga aqish membesar dgn sihat, jadi anak yg cerdik pandai serta anak yg solehah yer..ada pantun utk aqish..


Damia Nurin Balqis Nama diberi
Menjadi kesayangan papa dan mama
Orangnya Comel dan Cute Sekali
Suka berposing bila bergambar..




MYAUTHENTICZONE OPENING GIVEAWAY


Giveaway anjuran MYAUTHENTICZONE jom la join..
tarikh tutup : 25 Dis 2010



hadiah dia menarik..




~Kerana Hubungan Cinta Terlarang~

Apa nak jadikan..senang je nak tetak org...ni kes ayah menghalang anak dara belasan tahun bercinta dgn Warga Asing ( org Filipina ) dah tentula seorang ayah tak bagi ye tak..first masih belasan tahun..mgkin masih study lagi..second bercinta dgn warga asing...ermm...org kalau dah suka kan...bknnya dia pk..tapi serius aku ckp..kat opis ni mmg ramai org kita kawin dgn warga asing...kekadang tu lelaki hensem (melayula), pempuan (indon) tak la lawa mana..(tu yg kekadang TERkutuk belakang2 tu..hahahah) ada lak pempuan cun...lelaki bangla...aduhhhhh...camne laa leh suke yerk..cam la kat Malaysia ni tak de org kita dah...tak tahula sbb apa dorang leh pilih warga asing...sbb, warga asing ni romantik ke? pandai amik hati ke? yg tak tahan tu...bila suami berpoligami dgn warga asing..sian kat isteri ngan anak2...tapi kitaorg kat opis ni tak kan nak kata tak boleh kan...so, prosess jela permohonan dorang...bg poligami kena ke Mahkamah Tinggi Syariah...bg yg nak kawin ngan warga asing..kena ada kebenaran dari Kedutaan dan Imigresen..lulus semua permohonan baru leh kawin...haaa..ni korang baca la pasal kes kat bawah ni...sian si ayah kena tetak si warga asing gara2 cinta terhalang..



AMPANG: Hanya kerana hubungan cinta dihalang, seorang lelaki menetak bapa kekasihnya menggunakan parang di depan rumah mangsa di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini.

Kejadian kira-kira jam 6 petang Isnin lalu berlaku ketika mangsa yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai buruh baru pulang dari pasar malam tidak jauh dari rumahnya dengan menunggang motosikal.

Suspek dipercayai mengenali anak mangsa yang berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu, tetapi mangsa dipercayai tidak merestui hubungan itu kerana suspek seorang warga asing.

Menurut sumber polis, sebaik mangsa turun dari motosikalnya, suspek yang menyorokkan parang di belakang badannya memanggil lelaki itu, tetapi ia tidak diendahkan.

“Mangsa yang tidak mengesyaki sesuatu masuk ke rumah dan ketika itu, suspek menyerang dan menetak kepala serta badan mangsa sebelum melarikan diri.


“Anak saudara mangsa yang berusia 14 tahun dan berada di rumah itu menjerit kerana terkejut dengan tindakan suspek,” katanya.

Menurutnya, dalam kekecohan itu, mangsa terjatuh berlumuran darah sebelum dia dibantu jiran yang keluar melihat apa yang berlaku selepas terdengar jeritan meminta tolong.

“Mangsa yang parah dibawa anak saudaranya itu ke Hospital Ampang dan pemeriksaan mendapati tulang pinggulnya patah akibat ditetak suspek.

“Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu, seorang lelaki berusia 20-an yang juga warga Filipina ditahan,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, suspek menyerang dan menetak mangsa kerana tidak puas hati selepas hubungan cinta dia dan anak gadis mangsa tidak direstui.

“Mungkin kerana berang tindakan mangsa yang menghalang cinta mereka membuatkan suspek sanggup menyerang dan menetak mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya, berikutan laporan mangsa, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an yang juga warga Filipina beberapa jam kemudian dan merampas sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.


Wednesday, November 24, 2010

~Dating Dgn Cinta Hati Saye...~



Tghari tadi...dating ngan cinta hati ...heheh dgn En Abg saye laa..dgn sape lagi..bkn dgn org lain pun...dah lama tak makan sesama time keje lepas kawin ni..cara kebetulan ari ni abg keje kat area2 sini jer..tu yg tghari lunch sama...makan KFC jer...snack plate...alhamdulillah kenyang sehingga kini...time kasih ye en abg coz sudi belanja saye..lain kali leh la belanja lagi...hehehe

*tgh memikir nak masak apa utk mlm ni..


~Al-Fatihah bt Ibu si Kembar~

Baru kenal dgn K.Aishah ni..sonok tgk family dia..dia dikurniakan 6org anak ( 3 org anak + 3 org anak kembar)..seronok bukan...baru dapat berita tadi dari blog Ben Ashaari kak aishah ni dah pergi menghadap ilahi..katanya jatuh di bilik air rumahnya...Ya Allah terus terbayang wajah anak2 arwah..kesian kecik2 lagi dah kehilanga ibu tersayang..semoga suami dan anak2 arwah tabah dgn kehilangan isteri dan ibu tersayang..

Allah lebih sayangkan arwah...Al-Fatihah bt k.Aishah..




~Suami Kelar Leher Isteri Hamil~

*Sumber Harian Metro



JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.

Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga.

Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.

Menurutnya, dia bergegas ke rumah itu selepas menerima panggilan daripada bapa saudara menantunya yang memaklumkan timbul masalah membabitkan pasangan berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang.


Bagaimanapun, katanya, dia mula cemas selepas melihat polis dan orang ramai mengerumuni rumah anak perempuannya itu sebelum rebah sejurus melihat jenazah anak ketiganya itu dengan tangan terkilas ke belakang.


“Saya mula rasa ada yang tak kena apabila melihat menantu berusia 24 tahun dalam keadaan bergari dan dibawa polis,” katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.

Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu.

“Kali terakhir Rohana menghubungi adiknya pula kira-kira jam 11.15 pagi pada hari kejadian. Dia bertanyakan salinan MyKad miliknya yang tertinggal di rumah kami.

“Bagaimanapun, perbualan singkat itu terhenti dan pada masa sama, adiknya mendengar bunyi bising sebelum talian terputus,” katanya.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka sekali lagi cuba menghubungi Rohana, tetapi panggilan tidak berjawab.

“Kami tahu sangat sikap cemburu dan panas baran suaminya kerana pernah melihat dia memukul Rohana di depan kami.

“Malah, kami juga berat melepaskan Rohana pulang pada malam sebelum kejadian memandangkan dia baru saja dicederakan suami sebelum pulang ke rumah kami,” katanya.

Hamzah berkata, kecederaan itu menyebabkan Rohana dirawat di wad selama tiga hari selain menerima lapan jahitan dan ketika ditanya, arwah anaknya itu mengatakan ia akibat terkena kaca.

Bagaimanapun, keluarga Rohana sangsi dan percaya ia akibat kelaran menggunakan pisau, malah doktor yang merawatnya juga meragui kecederaan itu berpunca daripada kaca.

“Tapi, semuanya sudah ditakdirkan dan sekelip mata bukan saja kehilangan anak tersayang, malah cucu dalam kandungan,” katanya.

Jenazah mangsa dihantar ke HSI untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Skudai.


ps: apa nak jadi la kan..kelar org sesuka hati cam kelar ikan ayam...knp jadi cam tu yerk? ada jawaban tak?? sbb kurang keimanan ker? ke sbb otak dah tak betul tak waras??? sepatutnya suami tmpat kita berlindung..ni tak..jadi sebaliknya lak...


Tuesday, November 23, 2010

~Petua : Menghilangkan Kesan Kotoran Pd Pinggan Mangkuk ~

*image frm google..


Korang ada tak masalah pinggan mangkuk yg berminyak, kesan kunyit yg kekuningan melekat di permukaan pinggan, kesan cili..kalau ada, korang tahu tak cara nak hilangkan kesan tu?? kalau tak tahu..meh sini aku bg tahu..aku pun ada org bgth..nanti balik leh cuba..hehe..caranya senang jer..korang amik limau purut atau limau nipis...pastu hiris nipis-nipis..campurkan dgn bahan pencuci dan basuh perkakas berkenaan dgn air..insyaallah pinggan mangkuk korang bersih tanpa kesan yg tidak menyenangkan..cubalah...

*nanti nak trylaa..ni pun aku baru th...mana tahu hlg kesan kunyit kat mangkuk aku tu kan..hehe



~Hari pertama SPM~

Salam...

3 hari aku tak update blog...sabtu ahad, mmg takde masa la nak update...semalam, isnin aku cuti..bawak anak2 gi klinik..check up bulanan..kakak kena makan ubat cacing..adik lak kena cucuk sethn setgh..alhamdulillah dua2 ok...adik pun tak demam..blik klinik je semalam terus bg adik ubat demam...

Ok kita berbalik tajuk di atas..hari ni, ari pertama bg student form 5 utk menduduki peperiksaan SPM..termasuklah adikku yg bernama Shahirah...sebulan gak la dia nak merdeka...skg ni dia duk asrama..senang nak ulangkaji atau study group..kalau kat umah blh dikira bape jam dia baca buku..hehe

Buat adikku Shahirah,

"Semoga dapat menjawab soalan dgn tenang dan lancar...semoga sucsess dalam semua mata pelajaran..nak jawab semua soalan tu baca doa penerang hati..doa kat Allah semoga dipermudahkan segalanya..kalau ko dah usaha, berdoa, kena tawakal pada Allah..kalau ko dapat semua A along belanja makan...hehe..belanja makan sudah.."




Friday, November 19, 2010

~Nak Makan Ni....~

Sejak akhir2 ni byk tul tekak aku ni teringin nak makan...hahhaha...ari tu teringin nak makan Kek Buah Kukus..tapi tak de masa lagi nak bt..raya haji ari tu bt Kek Coklat Moist..bt dua adunan..kejap je hbs..

Ari ni teringin lak nak makan ni...encik abg..bila mau belanja makan ini pizza..huhuhu..

dah...korang jgn nak pk mcm2 yer....tak de org dalam perut aku yg teringin...ni tekak aku yg teringin..hhehehe...

tgg adik besar sikit dulu baru pk next baby..hihihihi


Thursday, November 18, 2010

~Petua : Meredakan Demam Panas~

Salam..

Skg ni musim demam, batuk, sesema..cuaca pun tak menentukan..kejap panas kejap hujan..tu yg ramai tak sihat..terutama budak2..termasuk la anak2 aku..demam smp nak dkt 2 mgg bln lepas..tapi on off on off la..smp amik darah, x-ray segala..skg ni alhamdulillah dah pulih sepenuhnya..

Bila anak demam panas, dah tentu kita risaukan..lagi2 tgh waktu mlm..kat umah tu mmg aku stand by ubat demam, batuk n sesema..lagi satu ubat punggung..time anak aku demam panas ari tu, ada la mak aku bg petua utk kurang or redakan demam panas tu...

1. Kena sentiasa lap kan badan anak dgn kain basah. (Cool Fever mmg sentiasa kat dahi anak )
2. Jarem / Basahkan kepala anak..bila kering je basahkan lagi..biar panas tu keluar..
3. Kalau panas sgt..cuba cara ni utk redakan panas anak, amik segenggam asam jawa dan bancuh dgn air, jgn cair sgt laa..pastu sapukan ke perut anak tu..balutkan dgn kain,ikat (jgn ketat2..cam barutla..) pastu bakinya lumurkan kat kepala anak..pastu tu cuba letak tgn kat kepala anak, mesti rasa bahang panas tu keluar..
4. Kalau bunga raya putih pun blh...amik bunga raya putih, ramas smp kuar lendir dia..sapukan kat kepala..

time anak2 aku demam..mmg kat atas tu la yg aku buat, kecuali no 4. sbb tak de pokok bunga raya putih..pastu bg anak minum air masak byk2..mmg dia minum tak byk...tapi bg dgn kerap..

Semoga Petua ni dapat membantu kalian..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails