Followers

Wednesday, November 24, 2010

~Suami Kelar Leher Isteri Hamil~

*Sumber Harian Metro



JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.

Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga.

Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.

Menurutnya, dia bergegas ke rumah itu selepas menerima panggilan daripada bapa saudara menantunya yang memaklumkan timbul masalah membabitkan pasangan berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang.


Bagaimanapun, katanya, dia mula cemas selepas melihat polis dan orang ramai mengerumuni rumah anak perempuannya itu sebelum rebah sejurus melihat jenazah anak ketiganya itu dengan tangan terkilas ke belakang.


“Saya mula rasa ada yang tak kena apabila melihat menantu berusia 24 tahun dalam keadaan bergari dan dibawa polis,” katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.

Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu.

“Kali terakhir Rohana menghubungi adiknya pula kira-kira jam 11.15 pagi pada hari kejadian. Dia bertanyakan salinan MyKad miliknya yang tertinggal di rumah kami.

“Bagaimanapun, perbualan singkat itu terhenti dan pada masa sama, adiknya mendengar bunyi bising sebelum talian terputus,” katanya.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka sekali lagi cuba menghubungi Rohana, tetapi panggilan tidak berjawab.

“Kami tahu sangat sikap cemburu dan panas baran suaminya kerana pernah melihat dia memukul Rohana di depan kami.

“Malah, kami juga berat melepaskan Rohana pulang pada malam sebelum kejadian memandangkan dia baru saja dicederakan suami sebelum pulang ke rumah kami,” katanya.

Hamzah berkata, kecederaan itu menyebabkan Rohana dirawat di wad selama tiga hari selain menerima lapan jahitan dan ketika ditanya, arwah anaknya itu mengatakan ia akibat terkena kaca.

Bagaimanapun, keluarga Rohana sangsi dan percaya ia akibat kelaran menggunakan pisau, malah doktor yang merawatnya juga meragui kecederaan itu berpunca daripada kaca.

“Tapi, semuanya sudah ditakdirkan dan sekelip mata bukan saja kehilangan anak tersayang, malah cucu dalam kandungan,” katanya.

Jenazah mangsa dihantar ke HSI untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Skudai.


ps: apa nak jadi la kan..kelar org sesuka hati cam kelar ikan ayam...knp jadi cam tu yerk? ada jawaban tak?? sbb kurang keimanan ker? ke sbb otak dah tak betul tak waras??? sepatutnya suami tmpat kita berlindung..ni tak..jadi sebaliknya lak...


16 Komen Sahabat Saya:

NaniE said... [Reply to comment]

betullah shida. bila baca newspaper sekarang nih, nyawa manusia tu dah macam tak bernilai. rasanya start dari potong2 mona fendy sampailah letupkan altantuya dan kemudian, abukan sosilawati..

Anonymous said... [Reply to comment]

Allahuakbar,sedihnya tgk nsb Allahyarham Rohana&baby dia..:(

generasi skrg jd makin byk yg ada problem slh 1 sbb mkn drpd sumber yg haram.cthnya mak ayah dpt gaji buta,menugular time tgh keje,duit rasuah,riba,etc.anak mkn jd drh dagg,end up dgn create mslh sana sni.

aduh,minx simpg smua benda ni..tp takdir Allah siapa yg tahu kn.subhanallah...

Zaidah said... [Reply to comment]

tu semua dah kerasukan setan....sanggup kelar isteri sendiri...

E.d.Y said... [Reply to comment]

ish..kejamnyaaa

Sricahaya said... [Reply to comment]

@NaniE

Tula tu..ingat gak pasal Mona Fendy masa kecik2 dulu..seram tul..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Anonymous

Tulaa..mgkin salah satunya kurang didikan agama..mak ayah sibuk,anak pun terabai..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Zaidah
tulaa..iman dalam diri dah tiada..setan yg menguasai diri..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@E.d.Y

Kejamkan...apa la nak jadi...

LYaFRINA said... [Reply to comment]

MACAM2 KAN SEKARANG..
MAKIN NYK KES PEMBUNUHAN.. BUANG BAYI ..

SEMOGA ARWAH TENANG DI SANA,

Sricahaya said... [Reply to comment]

@LYaFRINA
tu la lya..cam dah kurang sifat perikemanusiaan dah..

..nOj.. said... [Reply to comment]

dirasuk setan la tu. dah la 5 taun tunggu anak. skali dah ngandung, jadik gitu plak. mende la manusia ni. makin lama makin kejam

Sricahaya said... [Reply to comment]

@..nOj..
tu la..mati ditgn suami sendiri..elok suami tu dihukum gantung je..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said... [Reply to comment]

tak ada Otak dan x ada IMAN mcm tue lah jadinya...

Sricahaya said... [Reply to comment]

@..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::..

tu la..mgkin tu salah satu sebab jadi cam tu..

Ummu~Ishak said... [Reply to comment]

iman manusia makin tipis. lebih nipis dr kulit bawang.

**takutnya nak kawen.. eee

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Ummu~Ishak

tu la tu..kena cari yg bebetul utk dijadikan suami..

ko jgn la cam tu..kempunan aku nanti nak makan nasi minyak ko..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails