Followers

Thursday, November 25, 2010

~Kerana Hubungan Cinta Terlarang~

Apa nak jadikan..senang je nak tetak org...ni kes ayah menghalang anak dara belasan tahun bercinta dgn Warga Asing ( org Filipina ) dah tentula seorang ayah tak bagi ye tak..first masih belasan tahun..mgkin masih study lagi..second bercinta dgn warga asing...ermm...org kalau dah suka kan...bknnya dia pk..tapi serius aku ckp..kat opis ni mmg ramai org kita kawin dgn warga asing...kekadang tu lelaki hensem (melayula), pempuan (indon) tak la lawa mana..(tu yg kekadang TERkutuk belakang2 tu..hahahah) ada lak pempuan cun...lelaki bangla...aduhhhhh...camne laa leh suke yerk..cam la kat Malaysia ni tak de org kita dah...tak tahula sbb apa dorang leh pilih warga asing...sbb, warga asing ni romantik ke? pandai amik hati ke? yg tak tahan tu...bila suami berpoligami dgn warga asing..sian kat isteri ngan anak2...tapi kitaorg kat opis ni tak kan nak kata tak boleh kan...so, prosess jela permohonan dorang...bg poligami kena ke Mahkamah Tinggi Syariah...bg yg nak kawin ngan warga asing..kena ada kebenaran dari Kedutaan dan Imigresen..lulus semua permohonan baru leh kawin...haaa..ni korang baca la pasal kes kat bawah ni...sian si ayah kena tetak si warga asing gara2 cinta terhalang..



AMPANG: Hanya kerana hubungan cinta dihalang, seorang lelaki menetak bapa kekasihnya menggunakan parang di depan rumah mangsa di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini.

Kejadian kira-kira jam 6 petang Isnin lalu berlaku ketika mangsa yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai buruh baru pulang dari pasar malam tidak jauh dari rumahnya dengan menunggang motosikal.

Suspek dipercayai mengenali anak mangsa yang berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu, tetapi mangsa dipercayai tidak merestui hubungan itu kerana suspek seorang warga asing.

Menurut sumber polis, sebaik mangsa turun dari motosikalnya, suspek yang menyorokkan parang di belakang badannya memanggil lelaki itu, tetapi ia tidak diendahkan.

“Mangsa yang tidak mengesyaki sesuatu masuk ke rumah dan ketika itu, suspek menyerang dan menetak kepala serta badan mangsa sebelum melarikan diri.


“Anak saudara mangsa yang berusia 14 tahun dan berada di rumah itu menjerit kerana terkejut dengan tindakan suspek,” katanya.

Menurutnya, dalam kekecohan itu, mangsa terjatuh berlumuran darah sebelum dia dibantu jiran yang keluar melihat apa yang berlaku selepas terdengar jeritan meminta tolong.

“Mangsa yang parah dibawa anak saudaranya itu ke Hospital Ampang dan pemeriksaan mendapati tulang pinggulnya patah akibat ditetak suspek.

“Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu, seorang lelaki berusia 20-an yang juga warga Filipina ditahan,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, suspek menyerang dan menetak mangsa kerana tidak puas hati selepas hubungan cinta dia dan anak gadis mangsa tidak direstui.

“Mungkin kerana berang tindakan mangsa yang menghalang cinta mereka membuatkan suspek sanggup menyerang dan menetak mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya, berikutan laporan mangsa, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an yang juga warga Filipina beberapa jam kemudian dan merampas sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.


12 Komen Sahabat Saya:

♥cikmOt♥ said... [Reply to comment]

macam2 hal skang ni...haihhh

Unknown said... [Reply to comment]

macam la xde org msia yg boleh dipilih

sekamar rindu said... [Reply to comment]

salam...

cinta itu buta.....

mohon follow blog awak..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@ciK mOt ©™

tu la..zaman makin canggih..org pun dah canggih2..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@E.d.Y
tu la..padahal ramai je yg belum kwin kan En Edy kan..hihihi

Sricahaya said... [Reply to comment]

@sekamar rindu

Salam..thank's follow..

Betul la tu..cinta itu buta..manusia pun jadi buta gak kerana cinta..

Ummu~Ishak said... [Reply to comment]

nak pilih edy (org malaysia) hakhak

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Ummu~Ishak

sila tanya empunya badan..hihihi

Fadzlin said... [Reply to comment]

aduyai,kesiannya yg kawen ngn bgsa asing tu..syukur kita x terjebak kn Shida!kalo mad salih xpe lg,kalo dh bangla&indon,adush!hoho

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Fadzlin

tu la...syukur sgt2...

missrivebell mumun said... [Reply to comment]

kurang ajar betul..
belum lg jd menantu dah hantu.. huhu

Sricahaya said... [Reply to comment]

@"missrivebell mumun" tulaa..suka2 je nak bt cam tu kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails