Followers

Monday, May 31, 2010

Rentetan Program di Hospital Sg Buloh


Salam..

Ingt tak aku cite pasal Program kat Hospital Sg Buloh kat sini..Seminar mengenai "Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam" ..so ari ni aku nak kongsi sikit ilmu yang aku dapat masa menghadiri program tu kat korang..duk lama terperam..tak publish2..hihi ok Jom baca..


PENGENALAN KEPADA ASA PERUBATAN ISLAM
DATO ISMAIL BIN KAMUS
Penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia

Islam adalah ad-Din yang bererti cara hidup yg juga di terjemahkan sebagai agama walaupun tidak berapa tepat. Di dalam bahasa inggeris di sebut sebagai ' Way of Life'. Apabila di sebut cara hidup maknanya Islam mengatur cara hidup daripada A hingga Z, daripada sekecil2nya hingga sebesar2nya satu pun tidak tertinggal yang sesuai setiap masa dan setiap tempat.

Islam itu bukan nama yang di reka oleh manusia tetapi ia adalah di beri oleh penciptanya iaitul Allah S.W.T. Islam adalah dari Allah untuk umat manusia sebagai cara hdp bg mencapai kebahagian dunia dan akhirat. Dunia di cari tetapi akhirat tidak di lupakan.

Oleh itu Allah S.W.T meletakkan berbagai peraturan dan undang2. Ia bukanlah bertujuan untuk menyusahkan tetapi untuk menjadikan suat jalan menyebabkan manusia menjadi bahagia dunia dan akhirat. Justeru itu, tidak apa pemisah antara dunia dan akhirat.

Nabi S.A.W pernah bersabda yang mafhumnya: ' Sekiranya dunia hampir kiamat dan dalam tangan kita ada sebijih benih kurma maka tanamlah ia'. Begitulah dalam hak kemasyarakatan kita tidak akan berjaya kalau memutuskan salah satu daripada dua perkara; hubungan dengan Allah dan hubungan dgn manusia

Islam mengajar manusia dalam semua hal. firman Allah S.W.T maksudnya:

" Allah mengajar manusia apa yang mereka tidak tahu"

Maka termasuklah masalah ekonomi, politikm kemasyarakatan, pendidikan, perubatan dan lain2.

PERUBATAN

Nabi S.A.W bersabda maksudnya:

" Hendaklah kamu berubat dgn dua perubatan iaitu Al-Quran dan Madu"

Firman Allah S.W.T, ertinya:

"Al-Quran adalah boleh menyembuhkan penyakit hati mukmin"

Firman Allah Taalah Lagi:

ertinya:" Ia menjadi penawar bg penyakit hati"

Firman Allah Taalah:

ertinya: " Dan kami (Allah) menurunkan Al-Quran sebagai penawar dan rahmat bg sekalian mukmin."


Jelas kepada kita bahawa Al-Quran boleh menjadi sebagai penawar kepada sebarang penyakit. Al-Quran sebagai mukjizat yang menjelaskan berbagai2 peraturan sebagai pengajaran ke arah aqidah yang benar,mengenai alam akhirat dan juga sebagai penawar daripada sebarang penyakit.


PERUBATAN ISLAM

Perubatan Islam byk bergantung kpd ayat Al-Quran dan As-Sunnah dan juga di ikuti dgn benda2 alam

Maka tidak dapat tidak org yg menjadi perawat terdiri daripada org yg sentiasa mengamalkan al-Quran dan doa2 yg warid drpd Rasullah S.A.W utk menjadikan bacaan itu ada keberaktan. Al-Quran merupakan mukjizat bukan hanya utk di ambil I'tibar, bahkan di samping itu ia adalah penawar daripada penyakit. Firman Allah S.W.T bermaksud:

" Dan kami ( Allah ) turunkan al-Quran sebagai penawar dan rahmat bg sekalian mukmin"

Kemudian selanjutnya hendaklah org yg berkenaan sentiasa bertakwa kepada Allah melaksanakan perintah wajib dan sunat, menjauhkan perkara yg di larang oleh syariat, Perawat juga mestilah memperbanyakkan sembahyang malam, berzikit, berwirid, bermunajat, membaca al-Quran dan lain2 amalan suant. Perawat juga mestilah menjauhkan daripada makanan haram, syubhat dan sebagainya.

Selain daripada mengamalkan al-Quran dan hadith juga di iringi dgn doa. Maka doalah yg memainkan peranan yg penting utk penyembuhan. Kesimpulan 5 elemen penting utk menjadikan doa makbul :

  1. Al-Quran
  2. Al-Hadith
  3. kemakbulan doa
  4. Perawat yg wara'
  5. Bahan2 yg digunakan berdasarkan pengalaman.

Sebagai contoh org yg di timpa penyakit lupa adalah di sebabkan oleh beberapa faktor:

  • Byk membuat dosa
  • Byk memikirkan dunia
  • Makan daun ketumbar
  • Makan epal masam
  • Membaca tulisan di nisan kubur
  • Berbekam di lubang tengkuk
  • memakan sesuatu yg membykkan balgham ( lendir )
Maka utk merawat penyakit lupa hendaklah menulis;

  • Ayat Ar-Rahman 1-6
  • Ayat Al-Qiamah 16-19
  • Ayat Al-Buruj 21-22
kata Al-Imam Al-Ghazali R.A: Barang siapa ingin mengingati sesuatu yg dipelajari, tulis ayat berkenaan pada mangkuk dan dihapuskan dgn air zam2 dan di minum, maka akan ingat apa2 yg dipelajari. Ini antara conoh mengenai aqal yg kurang cerdik


Seorang sahabat pernah mengalami sakit perut, maka Nabi pesan supaya minum madu lebah sehingga ia sihat.


BERBAGAI JENIS PENYAKIT.

Keras Hati

Keras hati adalah penyakit dalaman yg berkaitan dgn jiwa dan perasaan. Tidak ada ubat penawarnya melainkan memohon doa kepada Allah S.W.T

Untuk mengubati penyakit ini kita ambil beberapa surah yg berkaitan dgnnya dan umumnya byk yg bertukar daripada keras menjadi lembut. Antara surah yg boleh di baca ialah:

  • Surah Toha ayat 1-5
  • Surah an-naml ayat 30-31
  • Surah Ali Imran ayat 83
  • Surah Maryam ayat 58
  • Surah Yasin ayat 72
  • Ya Latif, baca 16 kali
( Boleh la di baca utk lembutkan hati suami or isteri atau anak2 yg degil, minta di lembutkan hatinya..baca..lepas tu tiup kat ubun2 kepala dia...insyaallah ada perubahan..tapi kena selalu amalkan..)

Migraine

mesti ramaikan org yg sakit kepala or migraine..aku sendiri pun kekadang sakit kepala..rasa cam bengang jerk..mmg selalu la makan panadol..tapi hlg kejap laa..esok2 datang lagi sakit kepala.. apa kata kita cuba cara taradisional ni pulak..mana tahu hlg teruskan sakit kepala tu..mgkin amik masa la kot nk hlg..apa2 pun kita cuba dan tawakal padaNYA..

Biasanya ayat yg digunakan utk migraine ialah ayat 19 surah Al-Waqiah. Ditambah dgn doa, di baca 11 kali dgn satu nafas ( ada 5 doa ni, tapi aku bagi dua la yer..)

" Bismillah hillazi layadurru maasmii syaiun fil ardhi wala fissamai"

" Bismillahi khairil asma' "

Jantung

Dgn menggunakan beberapa ayat al-quran, selawat dan doa yg di bacakan keatas bhan2 berikut:

  • Kelapa muda
  • Telur ayam kampung
  • Lada hitam
  • Rempah ketumbar biji
  • AIr mineral
  • Madu lebah
selalu baca " Allahuma salli ala qalbi muhammad "


p/s: moga2 ilmu yg saya kongsi ni berguna utk kalian semua..kena selalu amalkan..moga2 berhasil..

Friday, May 28, 2010

Sweater Baru..

Salam...Selamat bercuti...korang gi mana cuti2 ni? aku balik kg Abg..ada kenduri kawin sepupu dia kat Felda Tembangau,Pahang..tapi tak tahu laa Abg nak gi ke tak..dia kata tgk keadaan umairah mcmana...kalau sihat mgkin pegi..tapi tak tahu lagi laa..

cuti2 ni malas nak tulis panjang2..lagi pun korang msti malas bacakan kalau panjang sangat..ada ker 0rg baca ni...hehehe..

Tgk laa gelagat dua beradik ni pakai sweater baru..bj utk adik cam ngam2..yg kakak nmpk cam kecik sikit..ingatkan dah cukup besar..hihihi..rupanya badan kakak lagi besar..jom layan gambar dorang..

kakak cam ganas lak..sampai adik tersenget..hihi

Pesal tah, sekarang ni kalau amik gambar kakak, suka na bt cam ni...ishhh...
Gambar kakak ni sblm muka kakak sembab..pg esok bgn dah sembab
bukan main lagi adik sengeh..hehehe

beli baju sweater ni sbenarnya utk gi Cameron Highland time cuti sekolah nanti..tapi tak tahu laa jadi ke tak..moga2 jadi la gi kan..

Bermain dgn Cermin

Salam..

Tgk laa gelagat zahirah ni..tak penah tgk cermin besar..kyusuk dia bermain dgn cermin..di ciumnya cermin tu..di ketuk2..hehehe..agaknya dia pk, pesal la org ni ikut jer apa yg aku bt..hehehe

Gambar ni time gi the store kat sg buluh..nak cari kasut..dia pun sibuk pilih2 kasut gak..lepas satu satu dia trunkan kasut nak pakai..hehe..lelama aku letak dia kat dpn cermin..terus main ngan cermin..senang sikit aku nak cari kasut...hihihi


Ummmahhhhhh


lelama terus duduk dia kat kedai kasut tu..hehehe


apa lah yg difikirkan tu..hehehe

siap tenung lagi muka diri sendiri..hehehe

Gambar kakak pun ada..masa ni nampak sembab lagi kan...


Thursday, May 27, 2010

Alhamdulillah...

Salam..

Dua hari aku EL..ari ni aku start keje semula..dan keadaan umairah alhamdulillah la...sembab kat muka dia tu dah makin kurang..berbanding sembab yg ari TU..tapi nampak gak la sembab sikit2..ari isnin ptg ari tu, aku bawak umairah gi klinik, doktor suh amik air kencing umairah, nak tgk gula,darah n protein dlm air kencing dia..pg selasa tu aku dah amik air kencing dia..aku tgk air kencing dia kuning, mcm org kurang minum air..lagi pun mmg mlm tu dia kurang minum susu, selalunya kalau mlm 2 botol susu hbs..ni sebotol pun tak hbs..bincang2 ngan abg, takyah bagi dulu laa..tkt nanti kena tahan wad..nak gi urut dulu..so, rabu tghari la baru gi klinik balik..sementara nak tgg hari rabu, aku bg dia minum air byk2..bg air zam2, bg madu..rabu pg, aku tgk muka umairah dah kurang sembab, tapi nak anta dia gi urut gak..tgh2 tgg turn, wak tukang urut tu kata dia tak bape sihat, jadi dia tak leh nak urut..tak jadi laa umairah urut..trus balik umah..dlm kul 3 lebih aku amik air kencing umairah, pastu terus gi klinik..doktor pun check air kencing umairah...

Doktor kata gula dlm air kencing umairah normal, darah pun normal, cuma protein je ada sikit.. kalau protein lebih mmg confirm buah pinggang tak ok..tapi doktor kata sikit je, diibaratkan cam tercemar sikit..tapi doktor suh perhatikan umairah, doktor suh perhatikan sembab kat muka dia, ngan air kencing dia samada mcm biasa or keruh..kalau nampak keruh, doktor suh cepat2 gi klinik..so, doktor cuma bagi ubat demam utk stand by jerk kalau tgh2 mlm dia dmam, pastu ubat batuk ngan ubat alahan paru2..sbb bila umairah tdo, nafas dia berbunyi..

Doktor pun pelik, kalau budak sakit buah pinggang, mesti budak tu tak aktif, nmpak letih jer..tgn kaki sembab...tapi doktor kata umairah ni nampak aktif, tgn kaki tak sembab, cuma muka je sembab..doktor pun tak tahu apa punca muka umairah sembab..cuma dia suh perhati je..takut tu tanda2 awal..apa2 pun mama bersyukur sgt2...harap2 umairah terus sembuh..mama kena jaga makan minum umairah..supaya dia tak makan jajan byk sgt..


Ni gambar umairah aku amik tadi..
sembab dia dah kurangkan?? cuma nampak sikit2 sembab kat bawah mata..alhamdulillah...syukur sgt2...



Berjaya Akhirnya..

Salam..berjaya akhirnya setelah puas aku godek2 edit html tu..maklumla aku ni tak bape reti..masih dalam pembelajaran..hehehe..

korang perasan tak apa yg aku berjaya buat kat blog aku ni..hehehe..kalau korang tak perasan meh aku bgth..aku telah berjaya letak button Like kat bawah tu..hehehe..so, lepas ni korang leh la tekan button like tu yer..hehe..mgkin bagi yg pandai, mesti kata " elehh..benda senang cam tu pun nak suka.." bg aku yg tak berapa nak reti ni..dah tentula aku suka..sbb hasil usahaku telah berjaya..hehehe..

aku belajar bt button like ni dari blog Liyanaa ..so, kalau korang nak tahu cam ne nak letak button like tu..leh laa terjah blog liyanaa tu yer..

p/s: nanti aku bt entry pasal umairah..pasal muka sembab dia tu..

Monday, May 24, 2010

Half Day..

Salam..

Ari ni aku half day..jap gi nak bawak umairah gi klinik...ari sabtu pg lps, umairah bgn tdo mata dia dah bengkak, sembab..ingat sembab sbb bgn tdo..sekali smp ptg tak gak surut2..cara kebetulan dia cam nak demam n batuk..ptg tu gak aku bawak gi klinik.. doktor pun tgur kenapa muka dia sembab, aku ckp la tak tahu..bgn tdo dh mmg smbab..dok kata tgk dalam 2,3 hari ni, kalau tak surut gak, tkt sintom skit buah pinggang..( minta dijauhkanlaa penyakit yg bukan2)

Ari ni ari isnin, muka umairah tak surut2..sembab gak..kalau surut pun, surut sikit jerk..tu yg nak bawak gi klinik..risaula penyakit yg bukan2..kawan2 semua doakan yer..moga2 umairah tak kena penyakit yg bukan2...

Gambar ni aku amik pagi tadi..tgklaa..sembabkan muka dia..



Sedihlaa bila tgk anak tak sihat..nak bt keje pun dah takde mood..

"Ya Allah Ya Tuhanku...jauhkanlah segala penyakit yg membahayakan anakku..sihatkan lah tubuh badannya ya Allah.."

Kenduri Kawin ILYani

Salam...

Hari sabtu ari tu, 22 Mei 10, aku gi kenduri kawin kat Payajaras..member sekolah dlu, ILYANI,tapi dia junior aku laa..dah makin ramai aku tgk jenior2 aku kawin..bermakna makin berumurla aku..

Aku smp umah pengantin dalam kul 01.45 gak laa, tak jauh pun dari umah aku dlm 10 minit jerk..aku janji ngan ummu & ekin. Ummu smp awal, ekin tah sesat ke mana tah..tapi jmp gak laa..

Smp2..pengantin baru nak kuar..kitaorg pun mkn dulu..lepas tu baru la berposing..hehe..gambar pengantin tak byk, aku dpt amik time dorang tgh ptg kek..jom layan gambr pengantin..


Pengantin baru lepas potong kek


Bukan acara suap-menyuap...tapi calit mencalit..hehehe


Sedia....


Mula...hehehhe



Pelamin..simple but nice..hasil usaha..kawan2 dorang gak..ain,ssa & aini.



Gambar aku sefamily mestila kena ada kan....time ni nak balik dah..



Aku n adik2 junior ku..



dari kiri: zila, ekin, aku & ummu..
(tgk apa la si umairah tu..tgk auntie ummu sengeh yerk..hihi )

SEKIAN..

Tag From Ibu QisQas

Salam..

Thank's ye ibu QisQas

Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?What will u do if u know that your friend has been back stab on u ?

Terkejut, geram dan rasa kecewa sgt...tak sangka dia sanggup bt macam tu..tapi biarlah Allah yg membalasnya..

6 orang di hati anda?6 people in your heart?

*Mak n Ayah saya
*Suami Tersayang
*Anak2 Saya
*Mak n Ayah Mertua

Anda rasa anda comel?Do u think u're cute?

*Mungkin..hahahaha

Single or taken?

*Dah tentulah taken..dah jadi mama kepada dua org cahayamata dah.. :).. tapi ada gak yg kata saya ni cam blm kawin lagi..hihihi

" Blog yang anda suka?Blog that u like?

*Semua blog best2..mcm2 info leh dapat..

adakah bilik anda kemas setiap hari?Do u clean your room everyday?

*Of course, pg sebelum gi keje kemas2 katil n sapu seluruh rumah dulu..

Lagu terakhir yang anda dengar?The last song u listening?

*Lagu Kumpulan Dehearty-Insan Istimewa..sentimental jer lagu dia..best..

Last text message?

*Last Message dari Bank Islam..heheh..bgth gaji dah masuk..

Last phone call?

* Tentula My Hubby..tanya pasal anta anak2 pagi tadi, ok ke tak ok dorang..

Hari terakhir anda menangis?Last day u cried?

* Tak ingatlah..rasanya cam lama dah tak nangis..sedih2 or sayu2 tu ada laa..

List lima color favorite anda?List down 5 of your favorite colours?

* Biru, Hijau, Pink, Purple & Kuning

Orang terakhir anda ber-YM?The last people chat with u in YM?

* My Friend Ummu Salamah

Game paling anda suka?Your favorite game?

* Main teka silang kata..mmg mencabar minda..


Adakah anda peminat MCR?-

*MCR tu sape? tak kenal..sory..


Apa perasaan anda jawab tag ni?What do u feel when u answering this tag?

* Seronok, coz tgh boring..

Anda rasa tag ini best?Do u think this tag interesting?

* Best gak, otak ligat berpusing mencari jawapan..hehehe..

Tag 10 Rakan anda

Rasa cam nak tag..hihihi

1- Ummu

lima sudah..Sekian..

Friday, May 21, 2010

LYNA'S GIVEAWAY


sapa2 nak join or nak tgk syarat yg cukup simple leh klik SINI yerk...



Labah2.....

Salam..

Kejap je dah ari jumaatkan..rasanya baru semlm isnin..hihihi..esok dah hujung minggu..apa xtvt korang?? aku tak tahu lagi..yg pasti esok abg nak keje..dia nak OT sikit..aku lak, nak gi kenduri kawin member kat Payajaras, dkt je ngan umah aku..ahad tak tahu lagi xtvt apa..tak pun duk umah bt apa yg patut..hihihi

Aku sebenarnya nak cite pasal labah2..labah2 mainan..ari tu kan gi Bukit Melawati, ada laa beli cenderahati sikit..pastu nampak labah2 mainan, labah tu diperbuat dari getah..mmg lembikla.. beli tu pun utk takut2kan kakak..memula beli tgk kakak cam tak takut jerk..( tu dia tak usik lagi tu..) dia pun suh aku bukak..bila dah bukak, dia pun nak pegang..then bila pegang tetiba dia baling balik kat aku..pastu dia bt muka cam geli2..hihii..rupanya dia geli..dan sejak tu la smp skg ni dia geli n takut bila tgk labah2 tu..heheheh



Ni la Labah2 tu...

So, skg kalau dia nakal or kalau mandi tak nak kuar2 ( nak main air ) mmg aku campak jer labah2 tu kat dalam bilik air..sure dia melompat keluar..hahahha..pagi tadi aku mandi, aku sendiri pun terkejut tgk labah2 tu dalam bilik air..heheheh..yg si adik relax jer pegang kaki labah2 tu, tarik panjang2...kekadang si adik pun pandai..di bawaknya labah2 tu bg kat kakak dia..si kakak pun apa lagi..menjeritlaa..hehe


Gambar bawah ni, kakak mengelak dari kena labah2...

labah2 ni bukan umairah je takut..adik aku shahirah tu pun takut...hahahahha..tu yg aku suka menyakat dia tu..hahaha...



ni la adik aku yg takut labah2 tu..hihi


Thursday, May 20, 2010

Progam Di Hospital Sg Buloh

Salam..

Semalamkan aku gi program kat Hospital Sg Buloh..anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Gombak n Hospital Sg Buloh...program mengenai Perubatan mengikut Perspektif Islam...adalah amik gambar skit time program tu..ptg2 macam ni hujan lak tu, mls nak taip pepanjang..heheheh..layan gambar je la yerk..

Buku Tentatif Program..


Banner menggunakan LCD


Ust Dato' Ismail Kamus



Tgh menerangkan serba sedikit tentang perubatan Islam



Di antara peserta yg hadir...hihi aku n k.Sal


Pegawai Tadbir Agama Gombak dgn ust Ismail



Dari kiri: Tn Hj Daim (Pegawai Tadbir Agama), Y.A.D Dato' Paduka Raja Dato' Hj Wan Mahmood bin Pa' Wan Teh (Org Besar Daerah Gombak) Dato' Ismail b Kamus ( Penceramah ) dan Tn Khalid bin Ibrahim ( Pengarah Hospital Sg Buloh )


p/s: nanti aku share sikit ilmu yg aku dapat masa program tu..

Wednesday, May 19, 2010

Rajin Anak Dara Mama Ni...

Salam..

Rajin tul anak mama ni..nak tolong mama basuh pinggan yerk..?? Kejadian ni berlaku mlm tadi, lepas dah selesai makan malam, dah siap2 kemas, lap2 mana yg patut..rehat jap depan tv...aku tgk kiri, tgk kanan cuma aku, ayah n adik jerk..kakak tak de, ni mesti kakak kat dapur...aku pun jerit la panggil kakak..(jerit tu tak la kuat) " kakak...kakak bt pe tu?? meh sini tgk tv ngan mama.." tapi tak de respon...aku panggil lagi."kakak...ooo kakak..kakak kat mana??" baru la dgr suara dia menjawab pertanyaanku.. "kakak kat dapo la mama.." aku tanya lagi " kakak bt apa kat dapo..? " diam..tak de respon..aku pun perlahan2 gi ke dapur..nak intai dia tgh bt pe..rupa2nya dia tgh sibuk nak basuh pinggan..patutlah bila aku tanya tgh bt pe dia tak jawab..tkt aku marah kot..hihihi..aku pun amik kamera, snap gambar dia...



korang tgk..kusyuk tul dia nak membasuh pinggan..smp tak perasan aku snap gambar dia..agak2 korang dia pijak apa utk setinggi itu...?? nak tahu pijak apa??
jeng..jeng..jeng...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tara.....

dia pijak bakul...nasib baikla tak jatuh..aku tkt bakul tu lari sbb licin jerk...


tak lama lepas tu..si adik pun terkedek2 laa datang...


dia pun sibuk duk tgk kakak dia tu...tgh belaja la tu..silap2 dia pun nak panjat gak bakul hijau tu..



p/s: Moga2 anak mama ni rajin laa smp ke besar yerk..jgn kecik2 je rajin nak nolong, dah besar tak nak..



Bukit Melawati - Part Last

Salam..

Baru berkesempatan update blog..pagi tadi gi program kat Hospital Sg Buloh..tajuk program tu tak salah "Seminar Perubatan dalam Perspektif Islam.." sonok la gak..penceramahnya Ust Ismail Kamus..nanti aku bt entry sikit pasal ni..

ok..nak sambung pasal jalan kat Bukit Melawati..gambar kat Taman Permainan..malas nak cite byk..jom layan gambar..


Taman Permainan kat K.Selangor..


bukan takat kakak je main buai..mama ngan ayah pun main sama..hihihi duduk je pun..


sonok tul tgk kakak ayun buai laju2...


nak main gelongsor la plak..


tgk riak muka kakak..sonok sgt...


ayah penuh bersemangat menghayun buaian utk kakak...


gambar ayah n kakak


last sekali gambar kakak n mama...


main kat situ adalah dlm 20 minit kot..tu pun jenuh nk ajak balik..pujuk macam2 baru nak..sampai rumah dlm kul 2 ptg..memasing kepenatan..solat dan terus Zzzz....




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails