Followers

Wednesday, September 30, 2009

Raya 2009

Hari ni dah 3 hari aku berkerja..tak sempat2 nak update n3 raya..nak kata keje byk..tak laa sgt..cuma ramai yg nak urgent..so, siapkan laa yg mana nak urgent tu..ari ni baru laa menyempat nak update sikit..

tahun ni raya kat belah aku dulu..kat ijok..raya kedua ptg baru aku balik banting..so, sehari seblm raya..kitaorg adik beradik sibuklaa bergotong royong menyiapkan semua juadah..alhamdulillah sblm berbuka puasa hari yg last..semuanya dah siap..byk lak lauk ari tu..sbbnya adat org kg bertukar2 menu ngan jiran2..org jawa kata "munjung"

pagi raya semua adik beradik aku gi solat sunat raya..tiggallah aku,adik aku syahmina, umairah ngan zahirah..sian kakak ( umairah ) dia org first siap pakai baju raya..tapi dia kena tinggal..punyalaa menangis..habis semua dia bukak..tudung, baju..protes la tu kot..hehehe..

lepas solat raya..kita org adik beradik berkumpul maaf bermaafan..tak sangka lak dah besar ni pun dapat gak duit raya dari abah aku..kekeke..lepas bermaafan-maafan..kita org pun gambar reramai..raya tahun ni tema family aku warna unggu..

thn ni nak plak abah aku bergambar..kekeke tgk laa gambar berdua tu..


si umairah pun dapat duit raya dari atok dia..punya laa suka dapat duit besar..tgk laa gelagat dia dapat duit raya ni..hehehe..mamanya minta pun tak dibaginya..hehehe










Raya kedua aku bawak adik2 ngan sepupu aku gi beraya..nanti kang tak kenal sedara lak dorang ni..suh gi sendiri tak nak..so kita org gi laa reramai..rumah atok2 sedara..pakcik2 belah abah aku..

ni baru sikit je sepupu yg ikut join..suku pun tak sampai..klau gi reramai lagi meriah kot..

yang kat atas ni semua gambar adik2 aku..cuma gambar yg last bawah ni gambar mak aku ngan umairah


dah puas beraya..kitaorg balik umah,solat dan bum..tido..masing2 kepenatan berjalan..kekeke..dalam kul 6 lebih aku gerak balik banting lak..kg hubby..keylaa nanti sambung balik yerk..


Wednesday, September 16, 2009

Kad Raya..

Hari ni dah 26 Ramadhan..kejap je rasanya..rasanya baru je semalam berpuasa..so, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan " Selamat Hari Raya Maaf Zahir & batin.." kira 0-0 la yer kalau ada salah dah silap harap dimaafkan..berhati-hati ketika memandu..ingatlah org yg tersayang...

Kad Raya ni khas utk sesiapa yg singgah kat blog saya ni..sila la amik dan letak kat korangnya blog yer..

Cerita Dapat dari Email

Cerita ni aku dapat melalui email..air mata aku dah bergenang dah bila baca cite ni..sedih sgt..budak yg masih kecik dah melalui macam2 derita..ni gara2 pengasuh yg tidak bertanggungjawab..yg jg anak-anak kecil bkn dgn hati yg ikhlas,bkn dgn kasih sayang, anak-anak kecil dah tentula macam2 kerenahnya..kita sebgai org dewasa kena byk bersabar utk melayan kerenah anak-anak kecil ni..lagi2 menjaga bdk..bl jaga ramai, dah tentula byk kerenahnya..aku yg baru 2 org anak ni pun mcm2 kerenah nak kena layan..tu pun jaga setelah balik keje dgn waktu cuti je..korang bacalaa cite ni..sedih....

"Ya Allah..ya tuhanku..kau lindungilah anankku dari kecelakaan yg tidak disangka..kau berikanlah kesihatan dan keselamatan kpd mereka..jadikanlah mereka anak2 yg solehah..amin.."

Kisah Benar....Buaian

Sayang anakku Akmal Haris - baby yg jatuh dr buaian kt nursery tahun lepas

BERAPA ramai ibu yang pernah menempuh pengalaman menyambut ulang tahun kelahiran anak dengan menyorongnya masuk ke bilik bedah.

Ketika anak tersebut sepatutnya girang meniup lilin dan memotong kek hari lahir sambil dikelilingi rakan-rakan sebaya, tubuhnya terlantar tidak bermaya di atas katil ditusuk jarum suntikan dan pisau pembedahan.

Pilu mendengarnya, tapi jauh lebih memilukan bagi yang pernah melaluinya. Bahkan, tiada kata-kata yang mampu mengungkap perasaan seorang ibu menempuhi pengalaman sebegitu.

Bagi ibu muda, Rozarina Bukari, 35, ia umpama mimpi ngeri yang akan menghantui kehidupannya sampai bila-bila.

Segalanya bermula apabila anak keempatnya, Akmal Haris Shamsul Anwar, satu tahun enam bulan, mengalami musibah atas kecuaian pihak yang diberi tanggungjawab melindungi dan menjaganya.

Setiap kali bercerita mengenai peristiwa malang itu, air mata Rozarina pasti deras mengalir.

Menceritakan semula tarikh hitam 7 September 2005, Rozarina masih mengingati satu demi satu detik cemas yang terpaksa dilalui.

Katanya, petang itu dia menerima panggilan daripada pengasuh dari pusat jagaan kanak-kanak (taska) tempat Akmal ditinggalkan pada pagi tersebut.

Si pemanggil beberapa kali meminta dia datang ke taska, tetapi peliknya enggan memberitahu sebabnya walaupun selepas didesak berulang kali.

"Hati saya sudah mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku. Bergegas saya ke sana dan setiba di sana saya lihat seorang pengasuh sedang mundar-mandir mendukung Akmal.

"Mulanya pengasuh berkenaan enggan menyerahkan Akmal sehinggalah saya menjerit supaya menyerahkan anak saya. Ketika dalam pangkuan, saya lihat keadaan Akmal sudah lembik tidak bermaya dan setelah didesak baru mereka memberitahu anak saya jatuh buai.

"Saat itu juga saya bawa dia ke klinik berhampiran dan doktor memberitahu keadaan Akmal serius perlu dihantar ke hospital. Doktor juga memberitahu anak saya sudah diserang sawan sekurang-kurang 40 minit sebelum tiba di klinik.

"Kemudian baru saya tahu, Akmal rupanya diserang sawan sebaik jatuh dari buai di mana tubuhnya jadi biru, muntah dan mulut berbuih. Malangnya, pengasuh taska mengambil masa lama untuk menghubungi saya,'' katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Desa Mewah, Semenyih, Selangor.

Menurut Rozarina, saksi kejadian juga memberitahunya pengasuh taska membuai Akmal terlalu kuat dan tali nylon yang dijadikan tali buai putus menyebabkan tubuh kecil itu melambung ke dinding sebelum jatuh ke lantai.

Sambung ibu muda itu, ketika dihantar ke hospital keadaan Akmal begitu menyedihkan, kedua-dua mata hitamnya sudah tertarik ke tepi dan hanya mampu mengerang apabila dipanggil namanya.

"Ujian x-ray menunjukkan kepala Akmal retak dan berlaku pendarahan. Tapi yang lebih mengejutkan terdapat juga kesan darah beku yang sudah lama.

"Doktor mengandaikan Akmal sebelum ini sama ada jatuh atau digoncang dengan kuat berkali-kali. Kata-kata doktor amat mengejutkan saya kerana pihak taska tidak pernah memberitahu apa-apa tentang perkara itu.''

Buat pertama kali malam itu, Akmal memasuki bilik bedah dan kepalanya ditebuk untuk mengeluarkan darah beku.

Tiga jam berada di dalam bilik bedah, Akmal dibawa keluar dengan keadaan tubuh yang berselirat dengan wayar, langsung ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

"Sukar sungguh untuk saya menerima kenyataan. Bayi yang pagi tadi saya tinggalkan dalam keadaan sihat dan riang, kini terlantar tidak bermaya. Hanya Tuhan saja yang tahu sayu dan gundah-gulananya hati seorang ibu menyaksikan keadaan anak yang sedemikian rupa,'' katanya menyambung cerita.

Trauma yang dilalui Rozarina dan suami, Shamsul Anuar Saidin, 35, rupanya jauh lagi dari titik noktah kerana keadaan Akmal tidak berubah, bahkan bertambah teruk berikutan tekanan otak sebelah kanannya yang sangat kuat.

"Doktor meminta kebenaran untuk membuang tempurung kepala sebelah kanan bagi mengurangkan tekanan. Katanya, kepala Akmal ketika itu umpama air yang sedang 'menggelegak' yang bila-bila masa boleh 'meledak' jika penutup cereknya tidak dibuka.

"Doktor memberi dua kemungkinan, jika tidak dibedah Akmal mungkin tidak dapat diselamatkan dan jika pembedahan dilakukan anak saya mungkin lumpuh.

"Bayangkan apa pilihan yang saya ada ketika itu. Saya tidak mampu memberi jawapan kerana terlalu tertekan, tetapi pada hari ketiga saya reda membenarkan pembedahan dijalankan kalau itulah yang dapat mengurangkan penderitaan Akmal,'' katanya sambil menyeka air mata yang deras mengalir.

Selepas pembedahan, Akmal dimasukkan semula ke ICU dan keadaannya stabil, tetapi hujung jahitan pada tempurung kepalanya yang dibuang pula menghadapi masalah tidak mahu bercantum.

Doktor terpaksa membuka dan menjahitnya semula bahagian tersebut sebanyak tujuh kali tanpa menggunakan ubat bius kerana tubuh Akmal tidak boleh lagi menerima suntikan tersebut.

"Bayangkanlah kesakitan yang ditanggung, sedangkan kita yang dewasa luka sedikit pun sudah mengadu sakit, inikan lagi dijahit 'hidup-hidup'. Sampai sekarang masih terdengar-denger rengekan Akmal ketika jarum jahitan menusuk kulitnya."

Mungkin disebabkan kesakitan itu, pada hari ketujuh suhu badannya tiba-tiba naik hingga mencecah 40 darjah celsius. Seluruh tubuhnya menggeletar dan sentiasa mengerang seolah-olah menahan sakit yang amat sangat.

Doktor kemudian memberitahu, anak kecil itu perlu dibedah sekali lagi untuk membuang cecair yang terlalu banyak pada kepalanya yang saiznya semakin membesar.

"Ketika doktor memberitahu Akmal perlu dibedah sekali lagi, hati saya sangat berdebar dan naluri keibuan saya seolah memberitahu saya mungkin tidak akan bertemu lagi dengan anak cukup istimewa ini.

"Sebelum dibawa masuk bilik pembedahan saya cium wajah Akmal sepuas-puasnya. Saya bisikan pada telinganya yang saya sayangkannya dan halalkan susu yang dia minum.

"Saya lepaskan dia dengan hati yang berat tapi saya reda dengan segala kemungkinan yang akan berlaku,'' katanya.

Keluar dari bilik pembedahan, Akmal koma dan doktor terpaksa menebuk leher untuk memudahkan sistem pernafasannya. Keadaannya begitu tenat dan doktor sendiri memberi tempoh tiga hari untuk hidup kerana tekanan dalam kepalanya terlalu kuat.

Namun, memang benarlah Akmal anak yang istimewa, semangat untuk hidup begitu kuat dan dia terus bertahan biarpun tempoh ramalan doktor berlalu.

Rozarina tetap bersyukur kerana Akmal terus berada di sisinya walaupun dalam keadaan koma dengan matanya terbuka.

"Seperti yang saya kata tadi, Akmal memang anak yang istimewa. Dalam keadaan seperti itu dia masih bertahan, malah dipindahkan ke wad biasa.

"Kebetulan waktu itu sudah masuk bulan Ramadan. Sebulan saya berpuasa dan berhari raya di hospital. Sempat juga saya beli dan pakaiankan Akmal baju raya," katanya pilu.

Begitupun, keadaan akmal amat daif, badannya melengkung dan kakinya berlipat, sesekali air kencingnya mengandungi nanah.

Rasa lega Rozarina dan suami juga tidak bertahan lama apabila masalah lain pula muncul. Disebabkan pengaliran oksigen yang tidak lancar, kaki Akmal mengalami gengeran dan doktor mencadangkan kaki tersebut dipotong.

"Ia satu lagi pukulan yang maha hebat. Saya tolak saranan doktor kerana pada masa itu saya fikir kalaulah Akmal mahu 'meninggalkan' saya biarlah dalam keadaan anggotanya sempurna tidak ada cacat cela.

"Namun, satu hari saya ternampak daging kakinya yang gengeran luruh satu demi satu sehingga menampakkan tulang.

"Kerana terlalu terkejut saya jatuh terduduk. Saat itu juga saya izinkan doktor memotong kakinya jika itu jalan terbaik.

"Saya dapat rasakan dia cukup menderita. Namun, melihat keadaannya, saya insaf selagi Tuhan masih belum menjemput dia sebagai ibu saya perlu bertanggungjawab mencari penawar yang terbaik untuknya.''

Tiga bulan 'berumah' di hospital, Akmal akhirnya dibenarkan pulang ke rumah biarpun dalam keadaan yang begitu daif, hanya terlantar dan tidak boleh bergerak.

Usaha menyembuhkan Akmal tetap diteruskan dengan mencari rawatan alternatif seperti berurut dan fisioterapi.

"Alhamdulillah ada perubahan, badan yang melengkung kembali lurus, manakala kaki dan tangan yang berlipat sudah tegak semula,'' katanya yang kemudiannya menyambung tugasnya sebagai guru sekolah menengah selepas 'bercuti' panjang.

Begitupun kata Rozarina, kesengsaraan Akmal belum berakhir, giliran matanya pula menerima kesan daripada keadaannya yang koma.

Disebabkan keadaan mata Akmal sentiasa terbuka, tidak berkedip dan tiada air mata, mata hitamnya menipis dan berkemungkinan bocor.

"Doktor memberi pilihan sama ada untuk membuang biji mata yang rosak atau menutup terus dengan menjahit kelopak matanya,'' katanya.

Tidak tahu ujian apa lagi yang harus dilalui anak kecil ini, Rozarina hanya mampu berserah melihat kelopak mata anaknya dijahit rapat untuk selama-lamanya.

Dengan cara itu menurut doktor, biji mata akan kecut dan diliputi daging sekali gus mengelakkan daripada jangkitan virus jika ia dibiarkan terbuka.

Sejak kejadian malang pada usianya baru tiga bulan dan kini mencecah setahun enam bulan, Akmal sudah melalui sembilan pembedahan besar, tiga di kepala, tiga bagi membuang kakinya yang gengeran dan tiga pembedahan mata.

Terkilan
Biarpun reda dengan keadaan Akmal sekarang, jauh di sudut hati ibu kepada empat anak ini, masih terbuku rasa terkilan yang mendalam.
Keadilan yang dicari tidak kunjung tiba apabila pihak yang menyebabkan Akmal berkeadaan begitu masih bebas daripada sebarang tindakan. Bukan saja tidak dikenakan apa-apa hukuman, malah pihak berkenaan kini mengembangkan perniagaan dengan membuka sekurang-kurangnya dua lagi pusat jagaan serupa.

"Saya bukan berdendam, saya cuma mahu keadilan bagi Akmal dan supaya kejadian yang menimpa anak saya tidak berulang pada kanak-kanak lain. Siasatan oleh pihak polis terhadap kes ini sampai sekarang pun tak dengar khabar beritanya.

"Kalau kes ini kecuaian saya boleh terima lagi, tetapi ini kes penderaan. Doktor yang merawat Akmal pun mengakuinya. Saya anggap ia sama seperti kes merompak dan membunuh. Mereka sudah 'bunuh kehidupan' Akmal, merompak hak Akmal untuk berjalan, melihat dan membesar seperti kanak-kanak yang lain,'' katanya dengan air mata berlinangan semula.

Walaupun terlantar, tumbesaran Akmal seperti kanak-kanak normal lain dan kini beratnya sudah mencecah 11 kilogram.. Semakin meningkat usia, kos penjagaannya juga semakin tinggi, lebih-lebih lagi Akmal hanya bergantung pada susu khas berharga RM21 satu tin kecil dan dalam sebulan dia memerlukan sekurang-kurangnya 10 tin susu.

Penjagaan terhadapnya juga perlu dilakukan berhati-hati memandangkan sebahagian besar tempurung kepalanya sudah dibuang dan hanya diliputi kulit serta rambut hitam lebat.

Setakat ini menurutnya, hanya pihak Yayasan Kebajikan Negara yang mengambil peduli dengan memberi bantuan lampin pakai buang dan susu selama setahun.

"Pihak taska sudah tidak ambil tahu, malah sejak insiden itu mereka hanya datang dua kali menjenguk Akmal di hospital dan menghulurkan duit sebanyak RM2,000,'' katanya.

Selain dari segi kewangan, kejadian yang menimpa Akmal memberi kesan kepada seluruh keluarga termasuk tiga lagi anak Rozarina, Farhana Shamsul Anwar, 8, Adam Illman, 6 dan Aizad Haqimi, 3.

Menurutnya, sesekali mereka merungut tidak dapat lagi bercuti ke tempat-tempat yang mereka sukai.

"Bukan tidak mahu membawa mereka bercuti, tetapi keadaan Akmal menyukarkan untuk kami bergerak ke mana-mana. Begitupun, saya berusaha juga sedaya upaya memenuhi permintaan mereka,'' katanya.

Sebagai ibu, tekanan yang dirasai oleh Rozarina juga bukan kepalang hebatnya, lebih-lebih lagi apabila datang rasa rindu yang tidak tertahan pada anak kecil itu.

"Pada hari lahir saya baru-baru ini, dek kerana terlalu rindu dengan pandangan mata Akmal, saya bisikan pada telinganya, 'bukalah mata Akmal dan ibu ingin sangat melihat Akmal berjalan walaupun dalam mimpi'.

"Permintaan saya dimakbulkan Tuhan, sayangnya mimpi itu bukan berlaku pada saya sebaliknya pada pengasuh yang menjaga Akmal sekarang. Dia bermimpi melihat Akmal berlari dan tersenyum,'' katanya sambil mengesat air mata yang tumpah untuk sekian kali..

Monday, September 14, 2009

Perkembangan Puteriku

Ada hati nak dukung adik dia...


Hari ni genap zahirah 4 bulan..perkembangan dia :-

  • Berat badan dah 6kg
  • Menyiarap dengan sendiri..tapi tak pandai nak telentang balik..
  • Dah pandai ketawa mengekek-ngekek..
  • Dah pandai nak main dgn kakak dia..
  • Dah kenal org..kalau org yg dia tak kenal dukung..dia tgk je muka org tu..tapi tak la nangis..hehehe

Kakak dah 1tahun 10bln 2 hari..

  • Berat badan naik sekilo je..11kg..tapi bila dukung dia..kus semangat..tak larat..
  • Dah pandai bercakap dua patah perkataan..byk jugak laa yg dia dah pandai sebut..
  • tak pandai sebut huruf 'L'..hehe..kalau sebut 'betul' jadi 'betui', 'Lambu' jadi ' Yambu'..hehe
  • Dah pandai baca doa makan..tapi hujung2 je..dgn pelatnya..
  • Dah boleh disuruh sikit2..
  • Sgt jeles ngan adik dia..kalau mood tak ok, tak boleh tgk mama dia pengang adik dia..nanti dia ckp.."pan..pan.." (simpan..simpan..) ada ke patut suh simpan adik dia..hehehe
  • dah nakal sikit..pandai menyakat mama ngan ayah dia..walaumcmana nakal pun dia..dialaa penghibur hati kami..



Friday, September 11, 2009

Cukur Jambul

Dia tgk je ayah dia..

Sebenarnya majlis ni dah lama..dlm bln tujuh yang lepas..tapi saje aku nak masukkan gambar masa majlis tu..majlis cukur jambul ni buat di rumah mertuaku di Banting, yelaa..sbb dalam perjanjian dl ( cewahhh..dalam perjanjian konon..) anak sulong bt kat umah mak aku, so anak kedua bt kat umah mertua, sok kalau ada rezeki yg ketiga bt kat umah mak aku balik..hehehe

Lepas kena gunting rambut sikit2..












sebelum dan selepas dibotakkan..




ni gambara skg..adik ngan ayah lebih kurang je..
(abaikan rumahku yg bersepah tu yer..hehe )



Thursday, September 10, 2009

Afiqah Zahirah


Ni gambar beberapa jam lepas lahir..

Ni laa dia permata hati kami yg kedua..yg bernama Afiqah Zahirah, lahir pada 14hb Mei 2009..pukul 2.22ptg..3.2kg, lewat dua hari dari tarikh jangkaan yg doktor beri..ptg 13hb tu dah rasa cam sakit sikit2 tapi tahan je lagi..tkt lama dalam labour room cam kakak dia dulu ( 12 jam dalam lobour room ) tgh mlm tu pun dah sakit gak..tapi sakit2 hilang..tahan lagi..dalam kul 3pg tu dah 10minit2 sakit..mmg tak leh nak tido bila sakit..kejutkan hubby, nasib baik laa masa tu kat umah mak aku, so, tinggalla si kakak ngan wannya kat umah..siap2 terus gi Hospital Sg buluh..sampai sana isi borang semua masuk dalam, doktor cek baru 1cm..tapi sakitnya ya Allah hanya tuhan yg tahu..masa kakak dulu walaupun lama tak laa sakit cam tu..mlm tu ramai lak yg nak bersalin..mcm2 cite ibu mengandung ni..ada yang dah 3 hari kata sana tapi 2cm je..ada yg kat umah sakit, bila sampai hospital tak sakit..hehehe..takut kot baby tu..ok, lepas tu dalam kul 10 pg doktor cek aku lagi..dah bukak 4cm, dia ckap ni mmg nak bersalin ni, tgg labour room kosong, ada kosong awak masuk, dalam kul 11.25pg nurse tu panggil aku masuk labour room, kul 11.50pg nurse pecahkan air ketuban..dlm stgh jam nurse tu cek bukaan dah 6cm, dia cakap awak ni cepat bersalin ni..tapi sakitnya ya Allah..cam nak putus pinggang rasanya..bila rasa sakit je aku teran..biar cepat bukaannya..dlm kul 2 tu dah rasa cam nak neran,aku tekan butang panggil nurse..dia datang cek dah 10cm, dua kali teran, baby kuar tapi takat leher je, nurse tu suh aku stop sbb baby aku terbelit tali pusat..dia pun potong tali pusat sikit, lepas ptg dia suh aku teran habis, aku tarik nafas panjang2 sekali teran aku selamat lahirkan puteriku..pukul 2.22ptg..sakit rasa cam nak bersalin tu tak hilang gak..nurse tu pun tekan2 perut aku bagi kuar darah beku..rupa2nya aku ni kembar darah..org kata kembar darah sakit..masa kakak dulu walaupun 12 jam dalam labour room tapi tak sakit..bila rasa contraction je, air ketuban kuar..mgkin sbb banyak air ketuban kot..yg ini banyak darah..tu yg sakit tu..waktu tu teringat agaknya cam nilaa mak aku bersalinkan aku...apa pun alhamdulillah semuanya selamat..










Afiqah Zahirah ( Adik) Afiqah Umairah (Kakak)


Ada Persamaan tak?

09 September 2009

Hari ni dah ari yg ke 19 kita berpuasa..sekejap je rasa..lagi 10 hari kita nak sambut Aidilfiri..alhamdulillah....persiapan dah siap sikit..persiapan utk dua org puteriku je..biar dorang rasa seronok lak nak beraya..utk mama ngan ayah dia tak beria sgt..lagipun nak simpan sikit duit utk pindah umah sok..hubby cadang nak pindah umah lepas raya..tapi tak tahu lagi camne..paling lambat pun seblm awal tahun depan..mungkin bergantung pada kewangan kot.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails