Followers

Friday, October 29, 2010

" CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly "


Last2 minit join contest Edy..hehehe..gambar konvo gambar lama..segan arr nak bubuh..hehe
so, join la bhagian ucapan..ucapan pun tak tahu nak bt ucapan cam ne..yelaa, aku bkannya puitis, kreatif..janji ucapan ye tak..

" Buai Laju-Laju..
Sampai Singgah Sana..
Rajin Menuntut Ilmu..
Sehingga Berjaya.."

Tahniah kerana berjaya sehingga ke menara gading..semoga berjaya dlm bidang yg diceburi..dah senang, jgn lupa pada IbuBapa yer..


Cam nasihatkan anak2 jerk..hehehe

korang nak join? sempat lagi ni..tarikh tutup 31hb 0ktober 2010 kalau nak join leh klik SINI
nak tag sapa yer? aku nak tag sapa yg baca..blh gitu..?? hehehehhe


~Kek Coklat Moist~

Salam..

Lepas bt Cake Carrot ari tu, aku try lak bt kek coklat moist..seacrh2 kat internet, mmg banyak resepi kek coklat moist ni..so, aku cari la yg paling senang dan sedap..cari2 jmp...kat My Resipi..tgk kat situ, ramai gak yg dah cuba kata sedap..tu yg membuatkan aku lagi nak cuba resepi ni..

Aku tak de la amik gambar satu2 bahan..aku amik yg dah siap di bancuh jerk..heheheh..kek ni kakak tu kata mmg dia selalu bt utk dijual..tu yg dia siap bg ukuran loyang tu..jom tgk bahan2nya..


KEK COKLAT MOIST


Bahan-bahan ( 21 x 21 cm )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 250 gm buttercup
  • 2 sudu kecil esen vanilla

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

  1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan. Akan jadi seperti dibawah.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
  3. Ni gambar tepung yg dah diayak 3x ok..jadi halus tepungnya..butter yg dah kembang aku tak amik..hehe

  4. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah. (Aku masukkan dalam loyang bulat jerk..)
  5. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja. (tak nak pun tak pe)
  6. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.
    sblm cair..

    Dah Sebati..nampak berkilatkan..


    Tadaaa...dah siap dihias...taburkan coklat urai jerk..tak rajin nak hias beriya2...hehehe
    trylaa..sedap tau...rasa cam kek yg dikukus..
    Selamat mencuba.

Thursday, October 28, 2010

~Fadhilat Istighfar~

Salam...

Ari tu aku share pasal Kelebihan & Kehebatan Surah Al-Ikhlas kan..ari ni aku nak share Fadhilat Istighfar lak..


Dalam Al-Qur'an, Allah S.W.T. berfirman :

Ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'Taubat Nasuha' (Surah At-Tahrim : 8)

Terdapat banyak kelebihan istighfar jika amalan ini dilakukan secara istiqamah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Antara kelebihannya adalah:

1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.

2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.

3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)

4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)

5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .

6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)

Seperti amalan selawat, amalan istighfar yang dilakukan secara berterusan juga akan membersihkan hati yang penuh dengan zulmah hawa nafsu dan secara tidak langsung menyelesaikan kemelut hati dan kehidupan. Contohnya istighfar telah menyelesaikan kemelut Nabi Yunus A.S apabila baginda ditelan oleh ikan Nun . Nabi Yunus A.S dicampakkan oleh Allah Taala ke dalam laut kerana baginda masih ada ajalat (sifat-sifat mendahului qodo' Tuhan). Allah Taala memelihara nabiNya daripada sifat-sifat ajalat ini dengan membenarkan ikan Nun menelan Nabi Yunus A.S. Nabi Yunus A.S beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah Taala iaitu :

Ertinya: 'Tiada Tuhan melainkan Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang yang menzalimi dirinya.'(Surah Al Qalam : 87)

Sel-sel nabi Yunus yang maksum kemudiannya dibersihkan daripada sifat-sifat ajalat. Selepas itu barulah doanya diperkenankan oleh Allah Taala.

Nabi Muhammad SAW yang maksum juga sentiasa beristighfar iaitu sebanyak 70 kali sehari. Istighfar Nabi Muhammad SAW adalah untuk memperakui kehambaannya kepada Allah Taala dan membersihkan segala sel-selnya daripada segala rasa 'Ada Diri' atau 'Rasa Keakuan'.

Sesungguhnya, istighfar adalah pernyataan kehambaan kita kepada Allah Taala yang sangat tinggi nilainya. Dengan wujudnya rasa kehambaan ini akan terhakislah segala bisikan-bisikan nafsu Ammarah dan Lawwamah di hati dan fikiran kita


~Tak Sabar..~

Baru order sesuatu dari internet...tak sabar rasanya nak tunggu benda tu sampai..hehe..apakah dia..tungguuuuuuu..



~Cite Yg Lepas~

Salam..

Takde nak cite apa..just nak letak gambar anak2 aku yg dah sihat..walaupun ada batuk n sesema sikit2 ...

No Angka Giliran kat Hospital Sg Buloh.. lagi 7 org nak turn kitaorg..tapi nak tgg 7 org tu bkn main lama...datang kul 10 lbh..selesai kul 4 ptg...anak pun dah merengek2 jerk..



kakak..masih lagi tak leh hilang peace dia tu..ishhh..cam ne tak nak bagi dia bt peace yerk..


senyum...


adik pun dah pandai posing dah...

adik..lepas dah baik dari demam ni, macam2 perangai baru dia..
selera mkn dia pun bertambah2...

hari pertama ngan kedua demam..cuma ni je ubatnya..


masuk hari ke tiga, empat sehingga smgg ubat dah bertambah...



kakak masa demam...seharian baring jerk..makan tak nak, susu tak nak..minum air masak pun sikit jerk..


adik pun sama..makan tak nak, minum air masak pun sikit jerk..nasib baik la masih nyusu badan..tu la yg dia selalu minum...
tgk la tu...senyum pun tak larat...


skg ni alhamdulillah laa kakak n adik dah semakin pulih...dan bt masa skg ni kakak n adik tak duduk ngan kakak sepupu aku atas sebab2 yg tak dapat nak dielakkan..dorang duduk ngan mak aku kat ijok sehingga dorg pulih sepenuhnya...so, aku n abg kena berkorban sikit laa..kena bgn pg2 anta anak ke ijok, ptg amik..dari nak tinggalkan dorang kat ijok berhari2..tak sanggup aku...biar ulang alik..yg penting anak2 ada di depan mata..


Wednesday, October 27, 2010

~Cake Carrot~

Salam..

Cake Carrot ni aku bt mgg lepas ni..time bezday my hubby..seblm anak2ku tak sihat..alhmadulillah pertama kali bt jadi..cuma topping dia tak de..sbb cari krim keju tidaklah jmp..aku bt dua adunan terus..bt satu tkut tak cukup..coz keluarga besarkan..hehehe

Resepi ni aku amik dari blog Kak Nanie..tgk kak nanie ni rajin sgt bt cake carrot, tgk gambar dia pun menyelerakan..so aku pun nak trylaa..cam senang jerk kan..kalau korang nak cuba leh gak...leh amik resepi dari Kak Nanie or kat bawah ni..aku copy bulat2 dari sana..

Siap dibakar..sedap...(puji sendiri..hihi)
nanti nak try lagi, tapi kali ni nak letak topping lak..


dah siap dipotong kecik2..



Cake Carrot

BAHAN-BAHAN :
  • 3 cawan lobak merah -di parut
  • 4 biji telur
  • 1 1/4 cawan minyak sayur- 1 cwn minyak sayur pun dah ok
  • 2 cawan gula- boleh kurangkan gula kepada 1 1/2 cawan sahaja
  • cwn brown sugar,1 cwn gula castor dan 1 sudu madu
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan golden raisin
  • 1 cawan walnut- roast & crush- x letak
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu teh soda bikarbonat- hana kurangkan- letak 1 sudu teh
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis

  • UNTUK TOPPING
    215 gm krim keju
    130 gm gula aising - hana kurangkan
    1 camca teh esen vanilla - boleh ganti jus lemon

  • - pukul semua sebati dan sapukan atas kek.


CARA MEMASAK :
  1. Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
  2. Masukkan pula parutan lobak merah, walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
  3. Didalam bekas lain, pukul telur,minyak & gula hingga sebati.
  4. Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan gaul rata.
  5. Masukkan adunan kedalam loyang 10" yg telah di gris.
  6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 50-60 min pada suhu 175C atau sehingga masak.
  7. Bila sudah masak, keluarkan dah sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk.
  8. Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing.
  9. Topping/Glaze- Pukul creamcheese bersama gula icing, syrup dan vanilla extract.

ps: rasa sonok lak bila yg kita masak anak2 n abg suka mkn....nanti leh try resepi lain..

Tuesday, October 26, 2010

~Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway! ~

Tarikh tutup: 30hb Oktober 2010
Sila Klik SINI kalau nak join..


KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS


Salam...

Ari tu abah aku bagi benda ni..dia suh baca surah Al-Ikhlas bila ada masa terluang..so, sejak hari tu kalau ada masa terluang je aku akan baca Surah Al-Ikhlas, hbs je baca sekali aku tekan sekali benda tu..baru 386..(skg ni dah lebih la) aku akan cuba baca sebanyak mana yg blh..aku cite ni bkn nak riak or tunjuk alim ke or pape jer laa..just nak share ngan korang..

Aku pun tertanya2 apa kehebatan atau kelebihan surah ni..kalau korang nak tahu apa kehebatan atau kelebihan surah Al-Ikhlas ni..korang baca kat bawah ni yerk..aku terbaca kat internet, tapi lupa kat laman mana..apa pun creadit to tuan punya ilmu ni yer..share utk kebaikan bersama utk bekalan kita di akhirat sana..

‘Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahi m’

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad..) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah…
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:
‘Barang siapa membaca Qul huwa’llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab: dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran… Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya
setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan…

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. .

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.




Saturday, October 23, 2010

~Sudah Semakin Pulih~

Salam...

2 hari aku tak update blog..keadaan tak mengizinkan aku nak update dlm 2 hari tu..hari ni ada berkesempatan utk update blog..jd aku nak cite sikit selama dua hari aku tak update blog..kalau korang nak baca,bacalaa..tak nak pun takpe..tiada paksaan.. :)


20.10.10 (rabu)

-kul 9 mlm: kakak batuk teruk..benti kejap pastu batuk lagi..bg mkn ubat, cam ok skit..pastu batuk balik..mlm tu mmg aku tak leh tdo..


21.10.10 (khamis )

-kul 2 pg: aku tgk kakak cam semput, susah dia nak bernafas..adik lak badan dia makin panas, aku bg ubat punggung pun panasnya kurang sikit jer..aku ajak abg gi klinik 24 jam kt Sg Buloh..

- kul 2.30 pg: doktor cek adik, panas tinggi sgt...doktor bg ubat then suh aku selalu lap badan adik..lagi dua hari kalau demam adik tak ok, doktor suh check darah..

doktor cek kakak, doktor kata batuk kakak dah teruk..doktor suh amik gas, doktor kata kalau mlm esok tak kurang dia suh datang balik,then doktor bg surat terus gi hospital..

-kul 3.30pg: smp umah terus bagi dorang makan ubat..lepas amik gas tu, nmpk kakak dah boleh tdo..

-kul 6.30pg: dua2 demam panas balik..aku lap kan badan adik, abg lap badan kakak..abg dpt mc sbb mlm tadi dia pun cek sekali..aku cuti lagi la jawabnya..

sepanjang hari dorang berdua asyik tdo jerk..bgn kejap minta air pastu tdo balik...makan tak nak, minum susu pun tak nak..nasib baik la nak gak dorang minum air masak..

-kul 5.30 ptg: kakak batuk teruk lagi..gi Klinik Zahrin semula, doktor pun pelik sbb tak baik lagi.. selalu bg ubat tu dah baik..adik, doktor kata demam tinggi lagi..doktor bg antibiotik yg kuat, kalau esok tak ok lagi, doktor suh gi check darah tkt denggi..kakak, doktor cek paru2 dia..doktor kata paru2 belah kari kakak ada jangkitan kuman, sbb tu la batuk kakak susah nak hlg..pastu doktor bagi gas lagi dalam 10 minit la gak..lepas dpt gas tu alhamdulillah nampak kurang..doktor kata esok pagi kalau tak kurang terpaksa masuk wad..

sebelah mlmnya alhamdulillah kakak ngan adik nampak dah kurang batuk..cuma demam tak hilang2..mlm tu letak cool fever kat dahi pastu lap2 badan dorang..


22.10.10 (Jumaat)

-kul 7.00pg: keadaan kakak nmpk kurang..walaupun nampak muka tak sihat tapi aktif..cuma batuk sesekali bila penat bermain..

keadaan adik, masih demam..merengek jerk..mgkin bdan tak selesa..

-kul 8.30pg: aku gi klinik kerajaan utk check kakak ngan adik..nasib baik laa org tak ramai..coz, cek ibu mengandung ngan kanak2 dari hari isnin hingga khamis..

doktor cek kakak, doktor kata kakak ada semput..demam dah ok..doktor cek adik, adik masih demam..disebabkan dah demam 5 hari on-off doktor suh cek darah..

dah amik darah, tunggu dlm 2-3 minit dah dapat result..alhamdulillah darah adik bebas dari segala penyakit...aku syukur sgt2...

skg ni keadaan kakak n adik alhamdulillah semakin pulih..demam pun dah berkurangan, batuk masih ada tapi sesekali...tak macam seblm ni, nak tdo pun tak blh..

kakak tgh tgk citer Zoo, asyik la ckp nanti kakak nak gi zoo nak jmp Ad ( Mazlan Pet Pet) adoiilaa..anak2..Ad tu keje kat situ time shooting je nak oiiii..ayah dah janji ngan kakak nak bawak gi zoo sila tunaikan ye..

adik tgh tdo..lama gak dia tdo...qhodo' tido gamaknya..


p/s:aku bersyukur sgt2 anak2ku dah semakin pulih...
p/s:tima kasih sgt pada Doktor Zahri coz bg aku cuti 2 hari (mc) utk jaga anak..yelaakan..memandangkan cuti aku pun tak berapa nak ada..tq doktor.. (camla doktor tu baca blog aku..hahahah)


Wednesday, October 20, 2010

~20.10.2010..~

Salam...

Cantikkan tarikh hari ni..aku ingat tak de yg nk nikah ari ni..rupa2nya ada satu pasangan yg nk nikah ptg nanti..padahal baru je amik kursus kahwin ahad sudah..mgkin sbb tarikh ari ni tarikh yg cantik utk dijadikan ingatan sepanjang hayat..

Ari ni aku keje walaupun keadaan anak aku blm pulih sepenuhnya...coz cuti tggl dua hari je lagi sehingga Dis 2010. Tp Alhamdulillah nampak berkurangan walaupun still batuk2 lagi.

Adik, aku anta gi umah pengasuh, kakak tggl dgn wan dia ( mak aku )..pg tadi kul 3.30pg badan adik panas balik..aku terus bg dia makan ubat, basahkan kepala, lap2 badan..rasa badan kakak, panas gak, tapi tak sepanas adik..aku pun lap2 badan kakak dan basahkan kepala kakak..mmg aku tak lena tdo mlm tadi..nak kejutkan abg, rasa cam kesian lak..takpelaa biar aku je yg jaga, lagi pun aku keje kat opis je..kalau ngantuk leh lelap kejap2..abg keje runner, tkt bila drive mengantuk lagi susah..


Pagi tadi aku smp opis lambat sikit..siap2kan kakak n adik dulu,lapkan badan dia, tukar baju, btkan susu, bg makan ubat..dorang dah siap baru hati aku senang nak gi keje..smp2 opis, aku dgr pengumuman dari Masjid sebelah opis ada org telah kembali ke rahmatullah..bila dgr betul2 rupa2nya isteri bekas staff kat sini (Wak Amir), isteri Wak Amir ni mmg skt, asalnya sakit darah tinggi jerk, masuk hospital sbb tekanan darah tinggi sgt smp tak leh baca..pastu terus berkait2, sakit buah pinggang ngan saspek sakit jantung...semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dah beramal soleh..amin..

Al-Fatihah....

ps: semoga anak perempuan beliau kuat dan tabah..dah la nak peksa..tkt tak leh nak bt time peksa nanti..

Tuesday, October 19, 2010

~Cuti~

Salam..

ari ni kena cuti..coz dua2 anak aku demam, batuk sesema..pakej sekali dapat..mlm tadi lepas makan ubat dah kurang..dorang pun dah leh main..sekali kul 5.30-6.00pg tadi dua2nya demam balik..panas sgt badan si adik..cek suhu 38'c..terus masukkan ubat punggung..si kakak lak, dah meracau..tah apa2 dia ckpnya..tak tahu la ngigau ke apa..pengang kepala pun panas..bg mkn ubat..aku lap2 badan adik..abg lap2 badan kakak...

Bila dua2 dah lena..abg nak siap gi keje, kakak terjaga lak, tak bg ayahnya gi keje..jenuh memujuk tak bg gak..layankan jelaa..nak dkt kul 7 tadi baru abg gerak..tu pun sbb dia batuk2 muntah kena ayahnya, tu ayahnya terus bgn mandi..kalau tak kena muntah,confirm ayah pun cuti..

Skg ni kakak kat pasti ikut Mak Lang dia, demam pun nak gi sekolah..aslnya dia nak ikut mak aku anta abah aku gi Pusrawi, nak cek mata yg kena operate mgg lepas. Pujuk2 tu yg dia ikut makcik dia tu..adik, tgh tdo..dia tido je tadi aku terus mulakan operasi mengemas smua, tu yg dapat jap update blog..tggl nak masak je jap gi..

Syok gak duk umah jadi surirumah sepenuh masa ni..dah siap keje leh rht..tak pening nak pk pasal akaun kat opis..huhu..tapi nak bt cam ne kalau keje sorang, pendapatan tak mencukupi..nak tak nak mmg kena keje dua2...apa pun aku bersyukur dgn apa yg aku miliki skg..*lari topik jap..hehe

keylaa..nak siap bahan tuk masak..nanti tak kelam kabut bila kakak dah balik, adik dah bgn..daaaa

Monday, October 18, 2010

~Dugaan...~

Gambar smgg lepas..
Salam...

Ari ni aku balik keje awal, kul 3.30ptg aku gi bank masukkan duit hasil, kuar dari bank terus amik anak, kakak yg jaga anak aku bgth zahirah demam n batuk, umairah batuk2 nmpk cam semput...aku risau kalau dorang dah start batuk mmg amik masa utk pulih..nak makan pun dorang tak blh, sbb bila makan or minum susu, bila batuk jer habis kuar semua apa yg dorang makan..

Lepas amik tadi terus bawak gi klinik, utk adik, doktor bg ubat demam, batuk, dgn antibiotik, utk kakak lak doktor bg ubat paru2 dgn alahan..ubt batuk share dgn adik..harap2 esok berkurangan laa..ni adik baru je tdo, tu pun tdo nak kena dukung,bila aku baring or duduk dia nangis..dia nak suh mama dia tdokan dia smbil dukung n berjalan...aku pun ikutkan jelaa..bila dah lena baru aku masukkan adik dlm buai...Kakak tgh makan..dia nmpk ok sikit, walaupun tgk muka cam tak bermaya tapi masih aktif bermain..cuma bila kakak main cepat mengah n letih.. sbb batuk2..tadi dua2 dah makan ubat..kakak, bdn tak berapa panas..adik, badan dia panas betul..harap2 bila bgn pagi esok anak2 mama dah sembuh dan ceria seperti selalu ye syg...bkn apa, risau bila tgk dorang tak sihat..mgkin sbb cuaca skg ni kot yg membuatkan kesihatan dorang terjejas..

ps: Ya Allah Ya Tuhanku..engkau sembuhkan lah penyakit anak2ku..amin..

~Petua: Menghilangkan Sakit Kepala ~


Salam..

Korang selalu sakit kepala tak? aku tak la selalu..tapi kalu dah sakit kepala..mmg tak leh nak wat keje laa..aku kalau sakit kepala, makan panadol dua biji, masuk bilik, bukak aircond, tdo..smp bgn sendiri..jgn sesapa kejut..biasanya lepas tu mmg ok dah..

tadi ada baca satu majalah ni..dia bg petua utk hilangkan sakit kepala..tak tahu la berkesan ke tak..kalau korang nak cuba leh gak..mana tahu berkesan lak kan..jom baca bawah ni..

Bagi menghilangkan sakit kepala dgn cepat, caranya adalah dgn menggunakan bawang putih. Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampalkan pada kanan dan kiri pelipis kepala. Biarkan semalaman dan bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala anda. Sakit kepala akan hilang pada keesokan harinya..insyaallah

senangkan? haa..leh la cuba pas ni..

~Jangan Tunjuk Peace Kerana....~


Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah.
Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).


Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.



*sumber dari SINI


ps: Dl selalu gak bt peace ni..rupanya ada maksud disebalik peace ni..lps ni tak nak dah bt..


Sunday, October 17, 2010

~Selamat Hari Lahir Ayah~



Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Azizul Yusof
Allah Selamatkan Kamu....


" Selamat hari lahir syg..semoga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan kekuatan tubuh badan, diberi keimanan dan kesabaran yg tinggi, semoga kita sekeluarga berbahagia dan bersama utk selamanya...amin"



p/s: sorry..ayg kena keje ari ni..nanti kita celebrate ye..


Friday, October 15, 2010

~Info Kesihatan : Nanas Penawar Penyakit Batu Karang~

*image frm google
Salam..

Tadi aku ada baca satu artikal pasal buah nanas ni..rupa2nya buah nanas ni penawar penyakit batu karang..jom baca tulisan kat bawah ni..

Nanas atau nama saintifiknya Ananas Cosomos mengandungi kandungan gula yang tinggi dan memiliki khasiat vitamin A,B dan C yang baik untuk lelaki. Buah yang berasal daripada keluarga Bromeliaceae ini, berkensan mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi lelaki yang menghidap penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas juga terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing yang tidak lawas kerana kandungan enzim yang tinggi terdapat di dalamnya.

~Bayi Mati Dijaga Pengasuh~


PUTRAJAYA: “Anak saya membuka mata dan tersenyum apabila saya mengejutkannya dari tidur, malah kelihatan sihat ketika saya menghantarnya ke rumah pengasuh sebelum ke tempat kerja,” kata Nor Zulaihan Mustapa, 25, ibu kepada Muhammad Firdaus Hakim Faizal Hafiz, lima bulan yang meninggal dunia dipercayai terjatuh ketika dijaga pengasuh di pangsapuri Presint 14 di sini, Selasa lalu.

Anak sulung pasangan, Nor Zulaihan dan Faizal Hafiz Abdullah, 24, yang masing-masing bekerja dijaga pengasuh sejak lebih tiga bulan lalu.

Difahamkan, pengasuh yang menjaga arwah turut menjaga empat kanak-kanak lain termasuk dua kembar selain empat anaknya sendiri.

Kejadian itu yang ketiga membabitkan kematian bayi ketika dijaga pengasuh atau pusat asuhan di sini, dalam tempoh dua bulan selepas dua kes membabitkan kematian bayi masing-masing empat dan sembilan bulan, akibat tersedak susu.

Nor Zulaihan berkata, anaknya sihat dan sangat aktif malah sudah pandai meniarap serta tidak nampak sebarang perubahan atau tanda menunjukkan dia sakit.

“Biasanya pengasuh memaklumkan kepada saya jika anak meragam, tetapi pada hari itu (kejadian) saya tidak menerima sebarang mesej.

“Bagaimanapun, saya menghubungi pengasuh bagi mengetahui keadaan anak saya dan dimaklumkan pengasuh anak saya baik dan aktif serta suka meniarap,” katanya ketika ditemui Harian Metro di bilik mayat Hospital Putrajaya di sini, semalam.


Sambil menitiskan air mata, Nor Zulaihan berkata, dia reda dan menerima pemergian anak sulungnya itu.

Mengimbas kembali insiden itu, dia menerima panggilan pengasuh kira-kira jam 1 tengah hari supaya mengambil anaknya dengan segera kerana dimaklumkan bayinya itu berada dalam keadaan sungguh lemah.

Menurutnya, dia meminta suami yang kebetulan berada di rumah kerana bekerja syif malam mengambil anak mereka.

“Ketika suami mengambil anak, Firdaus sudah lembik dan tidak sedarkan diri, malah badannya biru selain ada kesan darah pada hidungnya. Melihat keadaan anak yang kritikal suami menghantarnya ke hospital.

“Ketika diberi rawatan kecemasan, denyutan jantung anak berhenti menyebabkan doktor memberikan kejutan elektrik... selepas itu baru jantungnya kembali berdenyut, tetapi dia masih tidak sedarkan diri,” katanya.

Nor Zulaihan berkata, arwah kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), namun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi semalam, selepas lebih 24 jam bertarung dengan maut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan doktor mendapati ada pendarahan pada otak, tetapi tidak begitu ketara dan ia tidak boleh menjadi punca kematian bayi terbabit.

“Doktor membuat bedah siasat petang ini (semalam) untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Katanya, suaminya membuat laporan di Balai Polis Daerah (IPD) Putrajaya, petang kelmarin kerana mengesyaki mangsa didera berikutan terdapat pendarahan dalam kepala, selain hidungnya berdarah.

“Jika laporan bedah siasat mendapati anak saya didera, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengesah sama ada bayi terbabit didera atau sebaliknya kerana berdasarkan keterangan pengasuh, bayi terbabit jatuh di rumah menyebabkan hidung dan kepalanya berdarah.

“Kita tunggu keputusan bedah siasat,” katanya.


*Sumber dari hmetro


p/s: risau bila memikirkan pasal ni...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails