Followers

Friday, October 29, 2010

~Kek Coklat Moist~

Salam..

Lepas bt Cake Carrot ari tu, aku try lak bt kek coklat moist..seacrh2 kat internet, mmg banyak resepi kek coklat moist ni..so, aku cari la yg paling senang dan sedap..cari2 jmp...kat My Resipi..tgk kat situ, ramai gak yg dah cuba kata sedap..tu yg membuatkan aku lagi nak cuba resepi ni..

Aku tak de la amik gambar satu2 bahan..aku amik yg dah siap di bancuh jerk..heheheh..kek ni kakak tu kata mmg dia selalu bt utk dijual..tu yg dia siap bg ukuran loyang tu..jom tgk bahan2nya..


KEK COKLAT MOIST


Bahan-bahan ( 21 x 21 cm )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 250 gm buttercup
  • 2 sudu kecil esen vanilla

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

  1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan. Akan jadi seperti dibawah.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
  3. Ni gambar tepung yg dah diayak 3x ok..jadi halus tepungnya..butter yg dah kembang aku tak amik..hehe

  4. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah. (Aku masukkan dalam loyang bulat jerk..)
  5. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja. (tak nak pun tak pe)
  6. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.
    sblm cair..

    Dah Sebati..nampak berkilatkan..


    Tadaaa...dah siap dihias...taburkan coklat urai jerk..tak rajin nak hias beriya2...hehehe
    trylaa..sedap tau...rasa cam kek yg dikukus..
    Selamat mencuba.

8 Komen Sahabat Saya:

E.d.Y said... [Reply to comment]

nak cikit

Sidratul Muntaha said... [Reply to comment]

tgk kek ni pepagi..
buat aku lapar!!

Sricahaya said... [Reply to comment]

edy: blh2 meh la sini.. :)

Sricahaya said... [Reply to comment]

Sidratul: yeke...kena bfast ni.. :)

az rina a.k.a jaijina said... [Reply to comment]

alo, sentaplah tengok kek pepagi nih..rase lapo pon ade gak nih..nnti anta sikit kat rina ye, hehehe..

Ummu~Ishak said... [Reply to comment]

edy sebok, mintak kek kat sini plak :p~

aku balik mesia dah pencen bab2 masak kek ni. dulu duk mesir, akula hero kek coklat (walaupun tak la suka sangat makan). wat bagi org je.
satu lagi kek aku suka wat, kek pisang. wawawa

Sricahaya said... [Reply to comment]

rina: rina mesti lagi terror bt kek kan.. :)

Sricahaya said... [Reply to comment]

ummu: ok la tu..jgn biarkan lelama..nanti bakat bt kek tu hilang..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails