Followers

Wednesday, December 15, 2010

~Sayu Baca Paper Pg Ni..~

*image frm hmetro

Punyala setia menemani ibunya walaupun ibunya dah tiada...sanggup tak makan tak minum tu nak temankan ibunya..umur br 4thn dah mengalami teragedi cam ni..mesti budak ni trauma, teringat2 sampai dewasa kelak..zaman sekarang ni senang je nak bunuh org..nyawa cam dah tak berharga dah..minta dijauhkan laa perkara2 cam ni...


SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.

Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.

Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.


“Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur.

“Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya.

“Berdasarkan siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan.

“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wanita itu,” katanya.

Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


17 Komen Sahabat Saya:

CT said... [Reply to comment]

Kesian budak tu...tak tau apa2

echa said... [Reply to comment]

dunia skrang..silap sikit bunuh..takut plak rasanye...minta la dijauhkan perkara2 cam gini...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said... [Reply to comment]

innalillah.... kecian sungguh kanak² tue. mesti dia akan ingt sampai ke mati dgn peristiwa yg meragut nyawa mak kesayangannya itu. naseb bek tuan rumah datang mintak sewa rumah. kalau tidak?? urrrmmmm....ALLAH maha besar. inilah keajaiban yg berlaku. ALLAH tidak akan biarkan kanak² tue mati kebuluran.

sob...sob..sob...

ciK mOt ©™ said... [Reply to comment]

hurmm..nyawa sekarang dah tak berharga jek kan...

Amy Syaquena said... [Reply to comment]

As'salam..

kesian sangat dekat budak tue x tahu pape..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@CT

tu la..setia menanti disisi ibunya

az rina a.k.a jaijina said... [Reply to comment]

hari² kalau bukak paper mesti cerita bunuh²..takutlah..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@echa

tu la..makin canggih makin ganas org

Sricahaya said... [Reply to comment]

@..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::..

tulaa..kalau tuan rumah tak datang..mau si kecik tu pun ikut jejak ibunya..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@ciK mOt ©™

tu la..cam main bunuh2 jerk..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Amy Syaquena

siankan..mesti bdk tu bingung

Sricahaya said... [Reply to comment]

@az rina a.k.a jaijina

mmg hari2 dah..cam satu kemestian lak..

lia said... [Reply to comment]

kenapa asyik kuar cter sedey skng nih?

manusia makin x bertamadun.... ;(

Sricahaya said... [Reply to comment]

@lia

tulaa..hari2 ada je cite sedih..

Ummie Bonda said... [Reply to comment]

tak dapat ibu bayangkan macam mane si kecil ini mengadap ibunya..

E.d.Y said... [Reply to comment]

kesiannya budak tu...

Amy Syaquena said... [Reply to comment]

As'salam...

amy singgah sini melawat tuan rumah..sunyi je rumah hari nie.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails