Followers

Friday, January 14, 2011

~Bayi pengsan ditumbuk ibu~

Kenapa sejak akhir2 ni ada je mangsa penderaan, bunuh, rogol dan sbgnya..?? kenapa kejam sgt manusia zaman skg ni..? mana sifat perikamanusiaan mereka?? dah la baru2 ni cite pasal penderaan Nur Dania yg didera oleh ibu tirinya...mmg kesian sgt2..yg peliknya bapak Dania tu tak de perasaan pape bila tgk keadaan anak sendiri cam tu...ni lagi satu..ibu sendiri sggup tumbuk anak smpai tak sedarkan diri..mengong betul..iskkk..geram aku bila baca cite2 cam ni...walaupun bkn bangsa sendiri..tapi kesian tgk budak tu..umur baru setahun..apa yg dia tahu..baru setahun hdp kat duniakan..dah kena camtu..ngan ibu sendiri lak tu..korang baca la sendiri kat bawah ni..

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lebam di seluruh muka dan berkemungkinan buta mata kanan akibat ditumbuk ibu kandungnya yang di Bandar Sungai Long, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan selepas tidak sedarkan diri.

Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob berkata, mangsa, Yong Kar Sheng turut cedera di kepala serta patah tulang pelipis sebelah kanan akibat dibelasah ibunya.

“Mangsa dihantar ke PPUKM oleh bapanya yang berusia awal 40-an selepas mendapati kanak-kanakitu tidak sedarkan diri. Doktor yang memeriksa mangsa kemudian membuat laporan di pondok polis hospital berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.


Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak itu dipercayai ditumbuk berdasarkan kecederaan teruk pada mata kanannya dan difahamkan doktor yang merawatnya menyatakan kemungkinan mangsa buta akibat kejadian itu.


Azman berkata, mangsa anak bongsu daripada dua beradik dan ibunya, warga China berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Polis membawa ibu mangsa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sama ada mengalami masalah mental atau tidak,” katanya.

Menurutnya, wanita itu direman selama empat hari sehingga 16 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


*sumber hmetro

20 Komen Sahabat Saya:

MummyEcha said... [Reply to comment]

ish3x....geram plak baca... tergamak buat ank sendiri macam tu...

Mrs. Simplicity said... [Reply to comment]

astaghfirullah, dia tak rasa apa2 ke, dah la dia yang mengandung dan melahirkan anak itu. macam2... kat kajang pulak tu. dekat je. kalau jumpa mmg nak kena tumbuk. huhuhu..

MamaFarhan said... [Reply to comment]

sengal mak dia ni... siannye la...

Sricahaya said... [Reply to comment]

@MummyEcha
tula..binatang pun tahu sayang anak..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@alyyani
tu la tu..dah hlg kewarasan agaknya..sian anak dia..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@MamaFarhan
mmg sengal sgt..

fatin said... [Reply to comment]

mm..ntahlah dunia skrg ni..
apa nak jadi.. kan.

nway, salam perkenalan..
mama afiqah...

p/s:jln2 bace blog, singgah cni.. ;}

Encik MamaT said... [Reply to comment]

gila punya orang....

Sricahaya said... [Reply to comment]

@FATIN MRAZ
salam perkenalan gak bt fatin..
tu laa cam dah hlg kewarasan dah manusia skg ni..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Encik MamaT

tahu tak pe..

Zaidah said... [Reply to comment]

tumbuk balik muka mata mak dia....baru padan muka....

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Zaidah eloknya cam tu..biar dia rasa lak skit kena tumbuk cam mana

nurul rasya said... [Reply to comment]

bila manusia tidak lagi ada belas kasihan

Ummu~Ishak said... [Reply to comment]

giler.. kotla anak org lain nak dibelasah gitu gaya. ni anak sendiri

Unknown said... [Reply to comment]

xreti nak syg anak ke dieorg ni?kalau xnak anak, meh sini...

Sricahaya said... [Reply to comment]

@She's retarded

tula..dah hlg pedoman..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Ummu~Ishak

tu la tu..sakit mental kot tu..tak pun tertekan

Sricahaya said... [Reply to comment]

@E.d.Y

pandai ke jaga budak..? hihihi

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis said... [Reply to comment]

tak de hati perut punyer ibu, sanggup wat anak camtu...sedangkan biantang pun sayangkan anak kan

Sricahaya said... [Reply to comment]

@♥ Anje a.k.a Mama_Balqis
tu la tu..tak patut betulkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails