KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lebam di seluruh muka dan berkemungkinan buta mata kanan akibat ditumbuk ibu kandungnya yang di Bandar Sungai Long, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan selepas tidak sedarkan diri.
Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob berkata, mangsa, Yong Kar Sheng turut cedera di kepala serta patah tulang pelipis sebelah kanan akibat dibelasah ibunya.
“Mangsa dihantar ke PPUKM oleh bapanya yang berusia awal 40-an selepas mendapati kanak-kanakitu tidak sedarkan diri. Doktor yang memeriksa mangsa kemudian membuat laporan di pondok polis hospital berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak itu dipercayai ditumbuk berdasarkan kecederaan teruk pada mata kanannya dan difahamkan doktor yang merawatnya menyatakan kemungkinan mangsa buta akibat kejadian itu.
Azman berkata, mangsa anak bongsu daripada dua beradik dan ibunya, warga China berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
“Polis membawa ibu mangsa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sama ada mengalami masalah mental atau tidak,” katanya.
Menurutnya, wanita itu direman selama empat hari sehingga 16 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
20 Komen Sahabat Saya:
ish3x....geram plak baca... tergamak buat ank sendiri macam tu...
astaghfirullah, dia tak rasa apa2 ke, dah la dia yang mengandung dan melahirkan anak itu. macam2... kat kajang pulak tu. dekat je. kalau jumpa mmg nak kena tumbuk. huhuhu..
sengal mak dia ni... siannye la...
@MummyEcha
tula..binatang pun tahu sayang anak..
@alyyani
tu la tu..dah hlg kewarasan agaknya..sian anak dia..
@MamaFarhan
mmg sengal sgt..
mm..ntahlah dunia skrg ni..
apa nak jadi.. kan.
nway, salam perkenalan..
mama afiqah...
p/s:jln2 bace blog, singgah cni.. ;}
gila punya orang....
@FATIN MRAZ
salam perkenalan gak bt fatin..
tu laa cam dah hlg kewarasan dah manusia skg ni..
@Encik MamaT
tahu tak pe..
tumbuk balik muka mata mak dia....baru padan muka....
@Zaidah eloknya cam tu..biar dia rasa lak skit kena tumbuk cam mana
bila manusia tidak lagi ada belas kasihan
giler.. kotla anak org lain nak dibelasah gitu gaya. ni anak sendiri
xreti nak syg anak ke dieorg ni?kalau xnak anak, meh sini...
@She's retarded
tula..dah hlg pedoman..
@Ummu~Ishak
tu la tu..sakit mental kot tu..tak pun tertekan
@E.d.Y
pandai ke jaga budak..? hihihi
tak de hati perut punyer ibu, sanggup wat anak camtu...sedangkan biantang pun sayangkan anak kan
@♥ Anje a.k.a Mama_Balqis
tu la tu..tak patut betulkan.
Post a Comment