Followers

Showing posts with label Makan2. Show all posts
Showing posts with label Makan2. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

~Bezday MIL~

Salam..

05 Feb ari tu, bezday MIL..adik ipar aku yg bongsu cadang nak bt makan2 sikit utk bezday MIL, ari tu dia mengofferkan diri utk bt semua....dari beli kek, goreng mee, goreng kentang..segala persiapan dia yg buat..rajin adik ipar aku ni.. :)

Lepas maghrib kitaorg pun mulakan lah majlis..tak ramai pun, cuma adik beradik abg aku  jerk..tapi dua org tak de..sorang kuar gi kenduri kawin, sorang lg balik kg suami dia..MIL aku cam segan or malu2 nak potong kek, cucu2 dah tak sabar nak makan kek...hehehe

si kakak tak sabar2 nak tiup lilin, cam bezday dia plak yerk..


tgkla..masing2 mcm nk terkam kek tu jerk..dh x sbr dh..


 Nenek pun potong kek..umairah n sepupu dia efa bkn main suka lagi..siap tepuk tgn bila nenek dia potong kek...


Dah tak sabar nak makan kek..sementara Acik Ida dia potong kek, budak2 ni mkn bunga kat atas kek tu...



Bila Acik Ida dia dah potong kek, bunga atas kek tadi dah tak laku..dibuangnya..tak sedap kot..hehehe


Gambar ni kek yg kedua dorang makan..kek coklat kan..mmg suka la dorang..


ps: Semoga MIL dipanjangkan umur dan diberi kesihatan tubuh badan..amin..


Thursday, January 27, 2011

~CRABSTICK POPIA @ POPIA KETAM FROZEN ~

Salam...

sapa penah order popia ketam ni ngan MamaLyna?? sedapkan..aku first time order..aku order dua bungkus..isnin k.ejan pos, hari selasa dah smp..balik jer opis aku dah tak sabar nak rasa..terus aku goreng sebungkus...kejap je hbs...ni tinggal lagi sebungkus...nanti kalau dah hbs aku nak order lagi laa..anak2 aku pun suka popia ni...


Popia yg telah digoreng...sedap...
Sapa2 nak order..leh la terus contect k.ejan or Mamalyna...sebungkus tu Rm3.50 ada 20 popia..murahkan..sapa yg blm cuba..leh la order..sedap tau.. :)



Tuesday, January 18, 2011

~Nazar..~

Salam..

Akhirnya..terlaksana sudah niat aku nak bt pulut kuning ni..lega rasanya...nyaris2 terlupa niat aku ni dari bln 10 thn lepas lagi *2010..

So, dgn bantuan bondaku..terhasilah pulut kuning ngan kari ayam..tanpa bantuan bondaku..rasanya tak berapa nak menjadi kot..heheheh..aku ni tak reti nak masak byk2...kena ada sifu baru jadi..hehe


Pulut Kunig..lebih kurang cam ni la..
pic ni frm google..

kari ayam..
pic ni pun frm google..tak dan nak amik gambar, bateri kamera dah hbs..


tada.....bila pulut kuning bertemu kari ayam..jadi cam ni la rupanya..hehe
alhamdulillah...lega rasanya..dah tunaikan niat...
pic diatas ni lak dari Resepiraidah


Kat bawah ni aku selitkan serba sedikit maklumat dan perincian nazar. Aku lupa amik dari mana..minta share ye kalau tuan empunya ni baca..

Sabda Rasulullah SAW daripada Aisyah ra daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka taatilah, dan sesiapa yang bernazar untuk mengingkari perintah Allah (berbuat maksiat) maka janganlah menderhakai-Nya.
(al-Bukhari, no:6565, Abu Daud, no:3265, al-Tarmidzi, no: 1564, Ibn Majah, no: 2126 ).

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan (ketahuilah), apa sahaja Yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja Yang kamu nazarkan maka Sesungguhnya Allah mengetahui-Nya dan (ingatlah), orang-orang Yang zalim itu tidak ada sesiapa pun Yang dapat menolongnya. (al-Baqarah: 270).

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi Yang Diwajibkan Tuhan kepada-Nya), serta mereka takutkan hari (akhirat) Yang azab seksa-Nya merebak di sana sini.
(al-Insan:7)

Nazar mempunyai dua macam iaitu;

Nazar mutlak

Mewajibkan diri dengan sesuatu ketaatan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas apa yang diperolehi dan yang telah berlaku, sama ada berbentuk nikmat atau terhindar dari bala. Contoh bernazar setelah Allah melepaskannya dari kesengsaraan dan kesedihan atau Allah mengurniakannya dengan rezeki.

Nazar ini lafazkan setelah memperoleh nikmat atau terhindar dari sesuatu bala’. Nazar begini hukumnya adalah diharuskan. Manakala menurut Maliki disunatkan.

Nazar mu’allaq

Iaitu bernazar untuk mentaati Allah swt sekiranya dia dikurniakan sesuatu yang dihajatinya atau dengan ketaatan atas sesuatu yang akan datang (belum berlaku). Juga bermaksud jika impiannya terlaksana. Nazar yang bersyarat begini hukumnya adalah makruh menurut kebanyakan ulama Syafi’i, Hanbali dan Maliki.

Ini kerana perbuatan taat yang mahu dilakukan bergantung kepada tercapai atau tidaknya apa yang dimahukan. Ternyata di sini bahawa amalannya itu bukanlah untuk mendekatkan diri kepada Allah tetapi dengan niat sebagai barang ganti.

Seolah-olah, Jika Allah laksanakan kemahuan aku, aku akan mendekatkan diri kepada-Nya, jika tidak, maka aku tidak lakukan. Ia disebut sebagai orang yang bakhil dan berkira-kira dengan Allah SWT.

Kebanyakan apa yang kita nazarkan dalam mencapai sesuatu hajat perlu berhati-hati supaya tidak mengundang kemurkaan Allah SWT. Ini kerana ada di antara kita yang suka bernazar kemudian memungkiri nazarnya selepas mendapat apa yang dia mahu. Dengan demikian kita telah menanggung hutang dengan Allah SWT.

Peliknya manusia ini masa minta dan mohon kepada Allah SWT memang bersungguh-sungguh, tapi apabila sudah dapat, mereka buat-buat terlupa. Saya sedari hal ini apabila ada yang bertanya bahawa dia pernah bernazar pada tahun 1990. Nazarnya telah diperkenankan oleh Allah SWT pada tahun 1991 tapi sampai sekarang belum menunaikan nazarnya.
Sebab itulah saya fikir bahawa walaupun bernazar ini suatu yang harus dalam Islam tetapi ia seolah-olah mensyaratkan perlakuan kebajikan itu dengan sesuatu pemberian daripada Allah SWT. Sedang Allah SWT sangat luas pemberiannya yang kalau manusia hitung pasti tidak dapat membalasnya.

Oleh itu seperkara kena ingat di sini, jika nazar yang diucapkan disertakan dengan iktikad bahawa nazar yang dibuat ini memestikan hasratnya tercapai, atau beriktikad bahawa Allah SWT memperkenankan hasratnya disebabkan oleh nazarnya itu, maka iktikad seperti ini adalah satu niat yang buruk, keji dan rosak. Ia hampir kepada kufur. Ia termasuk di dalam dosa besar

Sekian....

Monday, January 03, 2011

~Triffle~

Salam...

Cuti 3 hari ari tu saje je bt triffle...dari ari tu nak bt tapi tak bt2..so, cuti semalam ni gagahkan diri bt triffle ni..bekas tak de yg besar..cari2 dalam kabinet ada lak mangkuk kaca ni..hadiah masa kahwin dulu..jadila kan dari tak de..tapi mangkuk kaca ni kurang tinggi..letak kek ngan castard je dah nak penuh..so, jellynya dapat letak sikit jerk...


see...dah nak penuhkan..


letak jelly ni dah thp maximum dah ni..

pandangan dari tepi..keknya pun tak bape nak nampak..
Makan sejuk2 sedap...
Korang nak resepi triffle ni..mesti ramai yg dah thkan...lagi pun senang je nak bt triffle ni...resipi ni pun aku amik dari Kak Nannie.. korang tryla gi blog Kak Nannie ni..byk resipi yg simple2...

Ni Resipi aku copy dari blog Kak Nannie:


BAHAN-BAHAN :

1 swiss roll atau butter cake
1 tin buah peach-beli yang dah dipotong
1 tin lychee atau nenas
1 kotak jelly crystal ( tak kira brand apa pun boleh )

* Boleh juga diganti buah peach dengan fruit coctail

RESEPI UNTUK CASTARD :

1 tin susu sejat Idealmilk
1/2 tin air buah-buah dalam tin
4 sudu besar tepung kastard

CARA MEMASAK CASTARD : Campur semua bahan dalam periuk dan kacau dulu bagi tepung castard larut kemudian baru nyalakan api dapur dan terus kacau sampai kuah castard menjadi pekat dan berkilat .Terus tutup api dan kacau perlahan-lahan bila dan suam sikit baru dituang ke atas kek yang dah disusun dalam mangkuk yang sesuai.


* Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul .

*Kalau nak sos castard lebih pekat tambah lagi tepung castard dan kalau nak lagi manis tambah la gula..

CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :

1. Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 2 cm ketebalannya , lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai , pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek .

2. Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan kek tadi dan biar sampai sos castard sejuk .

3. Ambil semua buah dalam tin yang sudah ditos awal tadi dan susunlah diatas sos castard tadi.

4. Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan tuangkan secara perlahan-lahan atau menggunakan senduk ceduk jelly ini dan tuang ke atas buah-buahan tadi secara perlahan-lahan sampai habis jelly ini.

5. Biarkan jelly sejuk dan mengeras sikit dan boleh la dimasukkan triffle ni ke dalam peti sejuk , bila jelly dah keras boleh la dimakan bersama whipping cream..


SELAMAT MENCUBA..


Wednesday, December 29, 2010

~Sarapan Yg Simple Tp Mengeyangkan~

Salam...

Morning semua...korang dah bfast? aku bfast simple je pagi ni..bt air vico..pastu makan biskut ots krunch coklat ngan ots krunch strawberi n blackcurrant..alhamdulillah kenyang..leh la bt keje..kalau tak kang, tak tenang nak bt keje asyik kruk krak bunyi perut..hehehe....tghari nanti baru makan berat sikit...


suka lagi vico dari milo..

yg ni oat krunch yg coklat.

yg ni yg strawberi..

aku lagi suka oat krunch coklat dari strawberi..oat krunch coklat mmg sedap...aku kan penggemar coklat yg tegar...hehehehe

*semua pic diatas sumbangan dari en google..



Thursday, December 23, 2010

~Jom makan Rojak Buah~

*image frm google.

Lama tak makan rojak buah....rojak buah yg aku beli ni sedap...cam2 buah ada..buah mangga,jambu,kedondong,nanas, betik, jambu batu, sengkuang macam2, byk lak tu..puas makan...hehehe...jemput makan semua...



Thursday, December 02, 2010

~Arrgghhh...Boring..Tension.~

Ari ni bz sikit, tu yg blog tak berupdate...nak2 dah dkt hjg thn...lagi la bz..ni pun berhenti jap dari menyiapkan laporan...penat weiiii tulis angka2, kira2 ni....sakit kepala otak aku kalau tak balance...time sekolah2 dulu paling tak suka subjek angka2 ni (akaun + math)..sudahnya bila time keje ni dgn angka2 ni jugak la aku bermain....huhuhu...selalu tulis angka, jarang menulis, tulisan pun dah naik buruk bila nak menulis..hahahah...biasa menaip je kat komputer...parah tul aku ni...takpelaa..buruk pun buruk laa janji org leh baca ye tak....lagi pun skg ni dah canggih nak tulis pape taip je kat komputer tu haa..pastu print...hehehe

Bila boring, tension, penat, aku mulalah cari makanan utk kudap-kudapan...kuar tadi gi petronas cari coklat...hehehe..i like..jom kita makan duluuuu.....


kajian mengatakan makan coklat blh membuatkan kita release tension..

ps: sbb tu org tua2 kata jgn benci sesuatu / seseorang...nanti itu gakla yg kita dapat...kan dah terjadi padaku..huhuhu

ps2: skg ni aku dah suka bermain ngan angka2...hehehe


Monday, November 29, 2010

~Minum Petang~

Ptg2 cam ni sedap makan cokodok ngan minum air panas2 ye tak..dah la ptg2 cam ni hujan..mmg best dpt makan cam tu kan..hehehe.. itula yg kitaorg makan kat opis ni...pg tadi ada membe opis bawak nangka, tapi nangka kan angin..nak makan pun cam takut2 je..sekali tu, tghari tadi ada sorang kakak ni bt cokodok nangka...nangka tu di potong dadu, campur ngan tepung..haaa..bila dah masak sekejap je habis...laku tul...sedap lak tu..hehe


Cekodok Nangka..
frist time aku makan..sedap gak..



Wednesday, November 24, 2010

~Dating Dgn Cinta Hati Saye...~



Tghari tadi...dating ngan cinta hati ...heheh dgn En Abg saye laa..dgn sape lagi..bkn dgn org lain pun...dah lama tak makan sesama time keje lepas kawin ni..cara kebetulan ari ni abg keje kat area2 sini jer..tu yg tghari lunch sama...makan KFC jer...snack plate...alhamdulillah kenyang sehingga kini...time kasih ye en abg coz sudi belanja saye..lain kali leh la belanja lagi...hehehe

*tgh memikir nak masak apa utk mlm ni..


Friday, November 19, 2010

~Nak Makan Ni....~

Sejak akhir2 ni byk tul tekak aku ni teringin nak makan...hahhaha...ari tu teringin nak makan Kek Buah Kukus..tapi tak de masa lagi nak bt..raya haji ari tu bt Kek Coklat Moist..bt dua adunan..kejap je hbs..

Ari ni teringin lak nak makan ni...encik abg..bila mau belanja makan ini pizza..huhuhu..

dah...korang jgn nak pk mcm2 yer....tak de org dalam perut aku yg teringin...ni tekak aku yg teringin..hhehehe...

tgg adik besar sikit dulu baru pk next baby..hihihihi


Wednesday, November 10, 2010

~Teringin Nak Makan Kek Buah Kukus~



*amik dari SINI

Tgk gambar kat atas ni nampak sedapkan....ishhhh..dah terasa kecur dah air liur ni...tetiba lak rasa cam teringin nak makan kek buah kukus ni...opssss...bkn mengidam sebab ada isi yerk..ni org mengidam yg tak de isi..tapi badan je berisi...hehehehe..

Hujung minggu ni kalau tak de pape halangan nak try buat laa kek buah ni..gambar kek buah kukus ni aku amik dari blog Resipi Kak Noraini siap ada resipinya sekali..tu yg nak try kek buah kukus K.Noraini ni..akak ni siap bg tips2 lagi cara nak buat kek buah kukus ni..kalau tak jadi jugak tak tahu la aku..hehehe


Tuesday, November 09, 2010

~Buger Mat Salai~

Malam tadi tak tahu nak makan pe...tanya abg nak makan tak, tak kisah katanya...on the way balik Ijok mlm tadi nampak satu gerai buger...buger Mat Salai nampak sedap..siap jual ais blanded lagi..kitaorg pun order la 2 buger ayam Mat Salai..ingat nak order air sekali..pk2 dah tentu bdk2 ni nak gak..tak yah laa..coz baru baik dari demam + batuk..so order buger jerk..sblm ni dgr2 nama Mat Salai ni je..kali ni,nak rasa lak..100% bumiputra punya..cubalaa..blh tahan sedapnya..

Ingat lepas beli buger tu nak singgah pasar malam nak cari Ayam Uncle Bob..tapi ujan lak..so tak jadi laa..


Buger Ayam Mat Salai
"Makan Tanpa Was-Was.."



Lebih kurang cam oblong..sedap..

Tinggal kotak..kejap je dah licin..hehehe..



Wednesday, October 27, 2010

~Cake Carrot~

Salam..

Cake Carrot ni aku bt mgg lepas ni..time bezday my hubby..seblm anak2ku tak sihat..alhmadulillah pertama kali bt jadi..cuma topping dia tak de..sbb cari krim keju tidaklah jmp..aku bt dua adunan terus..bt satu tkut tak cukup..coz keluarga besarkan..hehehe

Resepi ni aku amik dari blog Kak Nanie..tgk kak nanie ni rajin sgt bt cake carrot, tgk gambar dia pun menyelerakan..so aku pun nak trylaa..cam senang jerk kan..kalau korang nak cuba leh gak...leh amik resepi dari Kak Nanie or kat bawah ni..aku copy bulat2 dari sana..

Siap dibakar..sedap...(puji sendiri..hihi)
nanti nak try lagi, tapi kali ni nak letak topping lak..


dah siap dipotong kecik2..



Cake Carrot

BAHAN-BAHAN :
  • 3 cawan lobak merah -di parut
  • 4 biji telur
  • 1 1/4 cawan minyak sayur- 1 cwn minyak sayur pun dah ok
  • 2 cawan gula- boleh kurangkan gula kepada 1 1/2 cawan sahaja
  • cwn brown sugar,1 cwn gula castor dan 1 sudu madu
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan golden raisin
  • 1 cawan walnut- roast & crush- x letak
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu teh soda bikarbonat- hana kurangkan- letak 1 sudu teh
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis

  • UNTUK TOPPING
    215 gm krim keju
    130 gm gula aising - hana kurangkan
    1 camca teh esen vanilla - boleh ganti jus lemon

  • - pukul semua sebati dan sapukan atas kek.


CARA MEMASAK :
  1. Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
  2. Masukkan pula parutan lobak merah, walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
  3. Didalam bekas lain, pukul telur,minyak & gula hingga sebati.
  4. Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan gaul rata.
  5. Masukkan adunan kedalam loyang 10" yg telah di gris.
  6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 50-60 min pada suhu 175C atau sehingga masak.
  7. Bila sudah masak, keluarkan dah sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk.
  8. Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing.
  9. Topping/Glaze- Pukul creamcheese bersama gula icing, syrup dan vanilla extract.

ps: rasa sonok lak bila yg kita masak anak2 n abg suka mkn....nanti leh try resepi lain..

Wednesday, August 25, 2010

~Berbuka Puasa Di Asrama Damai ( Update )~


*image frm google
Salam..

Petang ni aku tak masak..coz ptg ni opis aku bt program berbuka puasa bersama anak2 yatim di Asrama Damai, Kuang. Tak jauh pun dari umah aku dlm 10 minit jerk..jap gi balik amik anak, smp umah siap2 smbil tgg abg balik. Dlm kul 6.45 or kul 7.00 gerak gi Asrama Damai...

update..

aku gerak dari umah kul 7.10mlm, smp kat Asrama kul 7.20mlm, smp2 terus berbuka..hehehe..menu mlm tu Nasi Tomato, Kambing bakar..mmg sedap..pastu ada kuih muih sikit..anak2 aku, Umairah & Zahirah mkn sekejap pastu main..duk lari sana, lari sini..suka ati la nak oiii..janji kamo bahagia..


tgk la tu...si kakak panjat tiang..pastu si adik pun ikut panjat..



seorang hero, 2 org heroin..duk main lari2..




Nasi Tomato...gambar ni aku search frm google..mlm tadi tak dan nak amik pic makanan...lebih kurang cam ni gak laa...




kambing bakar...mmg sedap...cicah ngan sos lada hitam...tp aku tak makan byk la, sekadar merasa jerk..



see....kambing tu dah tinggal tulang & kepala...



lepas solat, duk luar jap..pastu si kakak nampak anak2 yatim duk main kat taman...anak aku dah nampak taman, dia pun nak main..nasib baik la leh mkn pujuk lagi..hahaha...



time ni nak balik dah..sempat lagi posing kakak ni...tu pun puas la duk pujuk suh naik keta...hehe.. sampai umah lebih kurang kul 8.45 mlm..sekian..


p/s: ni je la yg sempat amik gambar..gambar sendiri pun tak dok..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails