Followers

Wednesday, October 27, 2010

~Cake Carrot~

Salam..

Cake Carrot ni aku bt mgg lepas ni..time bezday my hubby..seblm anak2ku tak sihat..alhmadulillah pertama kali bt jadi..cuma topping dia tak de..sbb cari krim keju tidaklah jmp..aku bt dua adunan terus..bt satu tkut tak cukup..coz keluarga besarkan..hehehe

Resepi ni aku amik dari blog Kak Nanie..tgk kak nanie ni rajin sgt bt cake carrot, tgk gambar dia pun menyelerakan..so aku pun nak trylaa..cam senang jerk kan..kalau korang nak cuba leh gak...leh amik resepi dari Kak Nanie or kat bawah ni..aku copy bulat2 dari sana..

Siap dibakar..sedap...(puji sendiri..hihi)
nanti nak try lagi, tapi kali ni nak letak topping lak..


dah siap dipotong kecik2..



Cake Carrot

BAHAN-BAHAN :
  • 3 cawan lobak merah -di parut
  • 4 biji telur
  • 1 1/4 cawan minyak sayur- 1 cwn minyak sayur pun dah ok
  • 2 cawan gula- boleh kurangkan gula kepada 1 1/2 cawan sahaja
  • cwn brown sugar,1 cwn gula castor dan 1 sudu madu
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan golden raisin
  • 1 cawan walnut- roast & crush- x letak
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu teh soda bikarbonat- hana kurangkan- letak 1 sudu teh
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis

  • UNTUK TOPPING
    215 gm krim keju
    130 gm gula aising - hana kurangkan
    1 camca teh esen vanilla - boleh ganti jus lemon

  • - pukul semua sebati dan sapukan atas kek.


CARA MEMASAK :
  1. Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
  2. Masukkan pula parutan lobak merah, walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
  3. Didalam bekas lain, pukul telur,minyak & gula hingga sebati.
  4. Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan gaul rata.
  5. Masukkan adunan kedalam loyang 10" yg telah di gris.
  6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 50-60 min pada suhu 175C atau sehingga masak.
  7. Bila sudah masak, keluarkan dah sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk.
  8. Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing.
  9. Topping/Glaze- Pukul creamcheese bersama gula icing, syrup dan vanilla extract.

ps: rasa sonok lak bila yg kita masak anak2 n abg suka mkn....nanti leh try resepi lain..

6 Komen Sahabat Saya:

r|nA @ ja|j|na said... [Reply to comment]

nmpk macam senang + menyelerakan..boleh buat kalau ade mase nnti..

Kak Amy said... [Reply to comment]

salam..

wah sedapnya, nak cube jugak la..amy copy resepi ye

Sricahaya said... [Reply to comment]

rina: tula..mmg senang..cuti2 leh bt.. :)

Sricahaya said... [Reply to comment]

amy: sila2..kita pun copy dari kak nanie.. :) mmg sedap..

Ummu~Ishak said... [Reply to comment]

woitttt.. nak gak!

Sricahaya said... [Reply to comment]

ummu: meh arr dtg umah aku..
alaaa..ko pun leh bt..ko kan dah terror..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails