Followers

Wednesday, July 24, 2013

Bonus Sebulan Untuk Kakitangan Awam Di Selangor


Salam...alhamdulillah..akhirnya berita yg ditunggu tersebar jgk..rezeki utk anak2.. :)

 

Bonus Sebulan Untuk Kakitangan Awam Di Selangor

pada 24hb Julai 2013 pukul 2.28 ptg

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju untuk memberi bonus Hari Raya sebulan gaji kepada kakitangan awam di Selangor.



Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan  selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.



Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.



Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.



Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan.



YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR

http://www.facebook.com/notes/abdul-khalid-ibrahim/bonus-sebulan-untuk-kakitangan-awam-di-selangor/10151588793007991





Monday, July 15, 2013

Rezeki Bulan Ramadhan..


Salam...

Lama tak bukak blog kesayangan aku ni..ari ni saje je la jengah blog aku ni..aku pun update la yg mana perlu..sekali tgk ada la 2, 3 iklan sedang menayangkan dirinya...aku pun tergerak hati nak tgk En. Nuffnang..sekali tgk..wow...ada 3 BE yg sedang running..hehe..thank's En Nuff..walaupun jarang sekali ku update..tetapi kau tetap memberi...hihihi

Ermm..rindu sebenarnya nak berblog ni..tapi tah la..kena amik aura menulis semula la..insyaallah akan ku rajinkan diri ini utk menulis semula walaupun pendek..hehehe..

Ohh..ye..utk pengetahuan korang *ada lagi ke yg nak baca blog aku ni..hihihi anak2 aku pun dah besar...yg sulong dah 6thn..yg kedua 4thn..yg kecik sekali dah 1thn 4bln..ketiga2nya puteri..blm dikurniakan putera...ketiga2 puteri aku ni mempunyai perangai yg sungguh berbeza..kakak seorang yg manja, pemalu, mudah tersentuh hatinya, bertanggungjawab, pandai jaga adik dan diri bila mama dan ayah keluar bekerja...dan..kadang2 suka menyakat..ni yg kadang2 bt aku geram..hihi.. kak ngah pulak seorg yg keras hati..kita kena berlembut dgn dia, kalau kita keras..dia keras jgk..so, kita la kena pujuk n ckp dgn dia elok2 baru jalan..garang,manja, suka bercerita, peramah, pandai amik hati org..suka sgt ketawa..Amani..yg bongsukan..tentulah manja..rajin sgt kacau kakak n k.ngah dia bt kerja sekolah..kalau kakak n k.ngah kemas mainan..dia tukang sepahkan balik..hehehe..dan yg pasti ketiga2 anak aku ni pemanja orgnya..macam sapa yer..?? hihi..

Moga anak2 aku ni menjadi anak yg solehah, yg dgr kata org tua, cerdik dan pandai jaga diri..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails