Followers

Monday, January 03, 2011

~Triffle~

Salam...

Cuti 3 hari ari tu saje je bt triffle...dari ari tu nak bt tapi tak bt2..so, cuti semalam ni gagahkan diri bt triffle ni..bekas tak de yg besar..cari2 dalam kabinet ada lak mangkuk kaca ni..hadiah masa kahwin dulu..jadila kan dari tak de..tapi mangkuk kaca ni kurang tinggi..letak kek ngan castard je dah nak penuh..so, jellynya dapat letak sikit jerk...


see...dah nak penuhkan..


letak jelly ni dah thp maximum dah ni..

pandangan dari tepi..keknya pun tak bape nak nampak..
Makan sejuk2 sedap...
Korang nak resepi triffle ni..mesti ramai yg dah thkan...lagi pun senang je nak bt triffle ni...resipi ni pun aku amik dari Kak Nannie.. korang tryla gi blog Kak Nannie ni..byk resipi yg simple2...

Ni Resipi aku copy dari blog Kak Nannie:


BAHAN-BAHAN :

1 swiss roll atau butter cake
1 tin buah peach-beli yang dah dipotong
1 tin lychee atau nenas
1 kotak jelly crystal ( tak kira brand apa pun boleh )

* Boleh juga diganti buah peach dengan fruit coctail

RESEPI UNTUK CASTARD :

1 tin susu sejat Idealmilk
1/2 tin air buah-buah dalam tin
4 sudu besar tepung kastard

CARA MEMASAK CASTARD : Campur semua bahan dalam periuk dan kacau dulu bagi tepung castard larut kemudian baru nyalakan api dapur dan terus kacau sampai kuah castard menjadi pekat dan berkilat .Terus tutup api dan kacau perlahan-lahan bila dan suam sikit baru dituang ke atas kek yang dah disusun dalam mangkuk yang sesuai.


* Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul .

*Kalau nak sos castard lebih pekat tambah lagi tepung castard dan kalau nak lagi manis tambah la gula..

CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :

1. Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 2 cm ketebalannya , lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai , pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek .

2. Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan kek tadi dan biar sampai sos castard sejuk .

3. Ambil semua buah dalam tin yang sudah ditos awal tadi dan susunlah diatas sos castard tadi.

4. Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan tuangkan secara perlahan-lahan atau menggunakan senduk ceduk jelly ini dan tuang ke atas buah-buahan tadi secara perlahan-lahan sampai habis jelly ini.

5. Biarkan jelly sejuk dan mengeras sikit dan boleh la dimasukkan triffle ni ke dalam peti sejuk , bila jelly dah keras boleh la dimakan bersama whipping cream..


SELAMAT MENCUBA..


7 Komen Sahabat Saya:

Sidratul Muntaha said... [Reply to comment]

yum yum yum
meleleh!
lapo plak tetiba!
ekeke..

ciK mOt ©™ said... [Reply to comment]

rajinnya sri...akak jugak yang malas...hahaha

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Sidratul Muntaha

hehehe..try la bt..sng jer...

Sricahaya said... [Reply to comment]

@ciK mOt ©™

tu pun gagahkn diri gak nk bt..byk kali tunda nk bt triffle ni..hehehe

Alin said... [Reply to comment]

sedapnyer..hulur sikit sini...:)

Ummu~Ishak said... [Reply to comment]

masak sedap2 tak panggil aku
nanti aku dah duk jauh baru terindu2
=p

Notami said... [Reply to comment]

triffle nama makanan tu ye..nama makanan pon canggih ye! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails