Salam...
Setiap manusia itu mempunyai bermacam2 perasaan dan sifat...antaranya perasaan sayang,benci, rindu, dan sebagainya..dan ada juga manusia yg mempunyai bermacam2 sifat..sifat sabar, tenang, baran, pemarah, tak reti nak sabar..tak yah ckp org laa..aku sendiri pun ada sifat2 cam ni..dan tak lari dari sifat marah..cuma tak la smp tahap kritikal..hehehe..biasala kan..bila diri dah penat, badan letih, pastu ada lak yg tak kena..cepat je perasaan marah tu datang..bila dah tenang, rasa cam kesian lak siapa yg kena marah ngan aku tu..hehehe..org kata,biar akal yg mengawal perasaan kita, jgn biarkan perasaan kita yg mengawal akal...bila dah perasaan yg mengawal akal, akal dah tak dapat nak fikir pape..tu yg terjadinya macam2, dera sana sini, pukul tak tak ingat dunia..betul tak??
so, ari ni aku nak share apa yg kita harus buat bila perasaan marah tu datang..
Diam - Mendiamkan diri dapat meredakan marah. Jangan berbalas cakap kerana jika kita berbalas cakap dengan orang yang menaikkan daran, maka kemarahan boleh semakin memuncak.
Jauhkan Diri - Apabila sedang marah, lebih baik kita menjauhkan diri daripada individu yang menyebabkan kita marah. Duduk berdekatan boleh mendatangkan lebih marah dan berkemungkinan kecederaan. Maklumlah ketika marah, syaitan akan menghasut kita untuk berbuat lebih teruk.
Berwuduk - Wuduk ialah satu jalan yang amat bagus kerana boleh 'mencairkan' kemarahan menjadi cairan yang terus mengalir keluar dari tubuh. Kemudian jalankan solat dua rakaat.
Selalu2lah baca doa ni..moga2 kita diberi kesabaran yg lebih...
Doa Melembutkan Hati Yang Marah
ni lak Doa Ketika Datang Perasaan Marah..
kalau susah sgt nak ingat doa2 ni..cara yg paling senang nak hlgkan marah berISTIGHFAR jer.. tu yg paling pendek dah ringkas..istighfar lah sebanyak mana yg boleh..moga2 kita tergolong dalam org2 yg bersabar...amin..
0 Komen Sahabat Saya:
Post a Comment