Followers

Monday, November 29, 2010

~Dapat Talak 3 Kerana Dedah Dosa Suami~

Tgk tajuk kat atas tu patut ke tak patut...? dah la bt dosa depan isteri..pukul isteri dgn anak2..pastu bg lak talak 3 terus...ni bkn kes kat opis aku..ni kes kat sabak bernam..dlm harian metro pagi ni..kalau nak diikutkan mmg banyak kes2 macam ni yg tak didedahkan..macam2 kes laa..ada yg berbaik bila dah dibg khidmat nasihat..tu kira okla kan..ada yg tak nak dah hdp bersama..ada yang nak bercerai cara baik..ada lak yg nangis2 tak nak diceraikan...kebykan kes berpunca dari org ketiga...

Korang bacalah bagi kes kat bawah ni...ni salah satu punca suami isteri berpisah...



SABAK BERNAM: Seorang isteri diceraikan dengan talak tiga melalui SMS selepas mengadu kepada ketua kampung mengenai tingkah laku suaminya yang membawa pulang wanita lain ke rumah untuk melakukan maksiat.

Lebih malang, ketika membawa pulang teman wanita itu, isteri berkenaan bersama tiga anaknya berada di rumah dan melihat tingkah laku lelaki terbabit.


Isteri berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 29, berkata bukan sekali, malah banyak kali suaminya berkelakuan sedemikian dan jika ditegur, suaminya itu akan memukulnya dan anak-anak dan lapan laporan polis dibuat berhubung kejadian dera itu.

Berikutan tidak tahan dengan perilaku suaminya, dia membuat aduan kepada ketua kampung meminta menasihati suaminya itu.


Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan suaminya berang dan tidak lama kemudian dia menerima SMS daripada suami yang menceraikannya dengan talak tiga.


“Kejadian berlaku sebulan lalu, kira-kira jam 10.30 malam, suami saya yang juga seorang anggota tentera membawa pulang seorang wanita berusia 21 tahun yang didakwa adik angkatnya. selanjutnya klik sini hmetro.



18 Komen Sahabat Saya:

♥cikmOt♥ said... [Reply to comment]

moga kita terhindar dari perbuatan cam gini...

LYaFRINA said... [Reply to comment]

KEHIDUPAN BERUMAH TANGGA MMG PENUH DUGAAN KAN??
CUMA BENTUK DUGAAN SETIAP PASANGAN ITU BERBEZA-BEZA....
Y PENTING KEIMANAN & KESABARAN DLM MENANGANI MASALAH RUMAHTANGGA

Sricahaya said... [Reply to comment]

@ciK mOt ©™

amin..moga2 kita dilindungi..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@LYaFRINA

betul tu lya..keserasian dan persefahaman penting dalam hubungan suami isteri...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said... [Reply to comment]

tak ada suami mcm tue pun x pe!! elok jugak dorang bercerai...bg pendapat kina la kan.

r|nA @ ja|j|na said... [Reply to comment]

rasanya ade hikmah dia berpisah..takdelah si isteri derita tgok suami buat maksiat..kalau dah berani pukul, bawak balik pompuan, tak gune hidup serumah dah..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::..
yup..betul..elok berpisah dari merana..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@az rina a.k.a jaijina

tu la rina..agaknya si isteri bersyukur sgt2 kot bila suami lepaskan dia..yg kesian anak2 pun kena sekali...tak de hati perut tul ayah cam tu..

Fadzlin said... [Reply to comment]

huhu,minta mijauhkan..tp kalo thgs happen jg, hv to md wise decision which is move on.so ladies,ganbatte!!:)

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Fadzlin

tu laa..minta dijauhkan la kan lin..

Kak Amy said... [Reply to comment]

salam..

subahanaallah, minta di jauhi la dengan perkara2 macam nie..

Ummu~Ishak said... [Reply to comment]

elokla bercerai. dari duk sebumbung ngan jantan gitu, baik bela anak sorg diri.

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Amy Syaquena

perlu ada keimanan dlm diri..skg ni macam2 kes..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Ummu~Ishak

tulaa..elok gak tu kan..duk ngan org cam tu menyusahkan jer..

Unknown said... [Reply to comment]

suami tak guna. jangan esok2 suami dia gila talak sudah ler

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Mata Hati

mmg tak guna..
tak kawin ngan org cam tu pun tak pe..tak rugi pun.

Sophie Al-Yahya said... [Reply to comment]

eee geramnyeee.. perempuan yg dibawa balik tu pn tak tahu malu ke?

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Sophie Al-yahya

tu la tu..pempuan tu tak tahu malu agaknya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails