Followers

Friday, December 17, 2010

~Femous Jap Ustaz Aku..~

update: kak izan, cari punya cari..ada gak gambar ust ni haa..yg pakai spek tu..


image frm hmetro

*Femous jap ustaz aku...mana2 surat khabar ada muka dia...hehehe...smlm pagi mmg kecoh jap la kat opis..sbb dorang nak siasat OKT (Orang yg Kena Tangkap) yg dorang siasat dua orang..kira ketua dorang ni laa...yg lain semuanya pengikut2 dorang ni...ramai la smlm....ngan wartawan bagai...jom baca bawah ni...


KUALA LUMPUR: Akibat terlalu taksub dengan fahaman diikutinya, seorang pengikut ajaran Syiah mengukir kalimah Allah di lengan tangannya sedangkan tindakannya menyimpang daripada ajaran Islam yang melarang sebarang bentuk ukiran berupa tatu.

Lelaki itu antara 128 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan ke sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sri Gombak, dekat sini, yang dipercayai menjadi kubu kuat pengikut ajaran Syiah di Selangor, malam kelmarin.

Serbuan pada jam 10.15 malam itu disertai sepasukan polis bersama penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan berlaku sedikit ketegangan apabila pengikut terbabit enggan bekerjasama.

Ketika penguat kuasa Jais hendak menahan pengikut lelaki yang bertatu itu, dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya tegar mempertahankan fahaman dianutinya dengan menceritakan kegiatan dijalankan mereka.


Suasana bertambah tegang apabila seorang pengikut lain bangun dan melaungkan selawat sambil disambut pengikut lain selama beberapa minit.



Apabila diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri, seorang pengikut terbabit memarahi penguat kuasa Jais menyebabkan berlaku pertikaman lidah.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang menyertai operasi itu berkata, pihaknya percaya ketika serbuan ratusan pengikut Syiah terbabit mengikuti ceramah khas yang disampaikan seorang lelaki warga Iran.

Menurutnya, ceramah itu diadakan bersempena tarikh 10 Muharam dalam kalendar Islam yang dianggap mulia oleh pengikut Syiah sebagai memperingati kematian Saidina Husain.

“Keseluruhannya, kami menahan kira-kira 200 orang, namun 72 daripada mereka bayi dan kanak-kanak. Jadi hanya 128 individu dewasa yang ditahan untuk diambil keterangan dan sebahagian besar daripada mereka lelaki.

“Jais sudah melakukan intipan selama dua tahun bagi mengumpul bukti mencukupi sebelum melakukan serbuan ini dan penahanan lebih 100 orang terbabit menjadikan ia tangkapan ajaran sesat terbesar di Selangor pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, Jais percaya daerah Gombak menjadi pusat utama penyebaran Syiah di Selangor sedangkan fahaman itu sudah diwartakan sebagai ajaran sesat di Selangor mengikut Seksyen 12 (C) 1995.

Menurutnya, fahaman Syiah lebih berbahaya daripada al-Arqam dan jika dibiarkan ia boleh mengancam keselamatan negara dan perlu dibendung.

“Bagi lelaki, tarikan seks dipercayai menjadi antara sebab utama mereka mudah mengikuti fahaman Syiah kerana fahaman ini menghalalkan nikah mutaah.

“Pengikut Syiah juga beranggapan membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah halal dan dibenarkan, malah menjadi satu jihad kepada mereka.

“Selain itu, mereka turut mendewa-dewakan Saidina Ali berbanding Nabi Muhammad s.a.w. Malah, ganjaran syurga menanti juga pengikut Syiah yang melawat makam Saidina Husain,” katanya.

Mohammed Khusrin berkata, lebih membimbangkan apabila pensyarah turut dikesan menjadi pengikut Syiah dan menyebarkannya kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini.

Berikutan serbuan malam kelmarin, dua lelaki termasuk seorang warga Iran dihadapkan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di Kuang, Selangor, bagi mendapatkan perintah jaminan.

Hakim Syarie Saiful Azli Jamaludin membenarkan kedua-duanya dijamin RM2,000 setiap seorang dan pasport antarabangsa warga Iran itu diarah diserahkan kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Pada prosiding semalam, tiada pertuduhan dibacakan terhadap mereka dan Saiful Azli menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan kes berkenaan.

Di luar mahkamah, lebih 20 lelaki dipercayai pengikut Syiah hadir untuk memberi sokongan kepada kedua-dua individu terbabit yang dipercayai pemimpin mereka.


4 Komen Sahabat Saya:

ciK mOt ©™ said... [Reply to comment]

eh mana satu ustaznya...

lia said... [Reply to comment]

Akak tau berita ni dr radio pg td..

Tp skng ni seram ar, yg taksub sampai jd ajaran sesat, yg xpeduli sampai jd freethinker..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@ciK mOt ©™.

kat paper adala gambarnya..kat internet ni tak nmpk muka..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@lia

tulaa tu...byk sgt ajaran sesat ni kak..tak tahu laa cam ne dorang leh terikut..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails