Followers

Tuesday, December 14, 2010

~Bayi disangka Sampah~

*image frm hmetro


KOTA TINGGI: Seorang kaki pancing menangis teresak-esak apabila objek disangka sampah terlekat pada tayar depan keretanya ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor, di sini, pagi semalam, rupa-rupanya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Lim Kin Chee, 58, mengundurkan kereta Datsun Wagon miliknya ke gigi air apabila tayar depan kenderaannya tersekat.


“Saya ingatkan sampah dan turun untuk membuangnya, tetapi terkejut apabila mendapati objek yang menyekat pergerakan kereta saya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.

“Mayat itu tersembul keluar dari beg plastik hitam di bawah tayar kereta. Hampir separuh tubuh bayi itu terhimpit di bawah tayar dan saya menangis kerana kesedihan melihat keadaan itu.


“Saya sedih, marah dan kecewa sikap individu yang tidak berperikemanusiaan kerana membuang zuriat sendiri,” katanya.


Ketua Balai Polis Kota Tinggi, Cif Inspektor Mohd Azizi Abd Razak bersama pegawai dan anggotanya bergegas ke lokasi penemuan bayi itu sebaik menerima panggilan telefon daripada Lim.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot mengesahkan penemuan mayat bayi lelaki berkenaan.


“Kami meminta bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

“Setakat ini, siasatan masih berjalan dan tiada tangkapan dibuat. Keterangan Lim juga sudah diambil dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi 07- 8837222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.


*serius weii...sedih baca artikal ni....org yg buang bby ni berhati binatang...xde sifat perikemanusiaan...

14 Komen Sahabat Saya:

fazilzura said... [Reply to comment]

gile nye manusia ... sapo le yg suke suki je buang baby kt situ ... hish bikin emo


** salam kenalan

az rina a.k.a jaijina said... [Reply to comment]

sanggup org buang bayi..ni bukan manusia..iyerlah, dah dalam plastik, kalau rina jadi driver tu mmg tak perasan..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@fazilzura

salam kenal..

tulaa..bila manusia berperangai seperti bina**ng cam tu la jadinya..tapi binatang pun tahu sygkan anak dia..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@az rina a.k.a jaijina

tu laa..org yg langgar tu rasa cam bersalah sgt..ni org yg buang tu tak de rasa pape ke..

♥ manje ♥ said... [Reply to comment]

salam

kita dgr berita ni kat radio pg td...
mmg sedih... tergamak dorang buang baby yang tak berdosa tu...

lagi sayu bila tau orang yang
jumpa tu teresak2... tapi yang buat jahat... um

Sricahaya said... [Reply to comment]

@♥ manje ♥

sayukan...tergamak tul org yg buang baby tu...

Amy Syaquena said... [Reply to comment]

As'salam..Geramnya la dengan sikap manusia yang suka buang2 bayi nie..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said... [Reply to comment]

GERAM tul kina!!! kenapa manusia kejam??

Ummu~Ishak said... [Reply to comment]

gila a manusia skang

kan senang kalau hudud dilaksanakan. komfem masalah zina akan selesai

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Amy Syaquena

bila manusia dah tak de keimanan tu la jadinya..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::..

ermm..tulaa..manusia semakin kejam

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Ummu~Ishak

aku sokong...mesti jenayah kurang..

irwanpauzi said... [Reply to comment]

sampai hati mereka yang buang bayi nie..tak terasa bersalah ker....?

Sricahaya said... [Reply to comment]

@irwanpauzi

yg buang tu dah tak de hati dah tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails