Followers

Monday, May 31, 2010

Rentetan Program di Hospital Sg Buloh


Salam..

Ingt tak aku cite pasal Program kat Hospital Sg Buloh kat sini..Seminar mengenai "Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam" ..so ari ni aku nak kongsi sikit ilmu yang aku dapat masa menghadiri program tu kat korang..duk lama terperam..tak publish2..hihi ok Jom baca..


PENGENALAN KEPADA ASA PERUBATAN ISLAM
DATO ISMAIL BIN KAMUS
Penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia

Islam adalah ad-Din yang bererti cara hidup yg juga di terjemahkan sebagai agama walaupun tidak berapa tepat. Di dalam bahasa inggeris di sebut sebagai ' Way of Life'. Apabila di sebut cara hidup maknanya Islam mengatur cara hidup daripada A hingga Z, daripada sekecil2nya hingga sebesar2nya satu pun tidak tertinggal yang sesuai setiap masa dan setiap tempat.

Islam itu bukan nama yang di reka oleh manusia tetapi ia adalah di beri oleh penciptanya iaitul Allah S.W.T. Islam adalah dari Allah untuk umat manusia sebagai cara hdp bg mencapai kebahagian dunia dan akhirat. Dunia di cari tetapi akhirat tidak di lupakan.

Oleh itu Allah S.W.T meletakkan berbagai peraturan dan undang2. Ia bukanlah bertujuan untuk menyusahkan tetapi untuk menjadikan suat jalan menyebabkan manusia menjadi bahagia dunia dan akhirat. Justeru itu, tidak apa pemisah antara dunia dan akhirat.

Nabi S.A.W pernah bersabda yang mafhumnya: ' Sekiranya dunia hampir kiamat dan dalam tangan kita ada sebijih benih kurma maka tanamlah ia'. Begitulah dalam hak kemasyarakatan kita tidak akan berjaya kalau memutuskan salah satu daripada dua perkara; hubungan dengan Allah dan hubungan dgn manusia

Islam mengajar manusia dalam semua hal. firman Allah S.W.T maksudnya:

" Allah mengajar manusia apa yang mereka tidak tahu"

Maka termasuklah masalah ekonomi, politikm kemasyarakatan, pendidikan, perubatan dan lain2.

PERUBATAN

Nabi S.A.W bersabda maksudnya:

" Hendaklah kamu berubat dgn dua perubatan iaitu Al-Quran dan Madu"

Firman Allah S.W.T, ertinya:

"Al-Quran adalah boleh menyembuhkan penyakit hati mukmin"

Firman Allah Taalah Lagi:

ertinya:" Ia menjadi penawar bg penyakit hati"

Firman Allah Taalah:

ertinya: " Dan kami (Allah) menurunkan Al-Quran sebagai penawar dan rahmat bg sekalian mukmin."


Jelas kepada kita bahawa Al-Quran boleh menjadi sebagai penawar kepada sebarang penyakit. Al-Quran sebagai mukjizat yang menjelaskan berbagai2 peraturan sebagai pengajaran ke arah aqidah yang benar,mengenai alam akhirat dan juga sebagai penawar daripada sebarang penyakit.


PERUBATAN ISLAM

Perubatan Islam byk bergantung kpd ayat Al-Quran dan As-Sunnah dan juga di ikuti dgn benda2 alam

Maka tidak dapat tidak org yg menjadi perawat terdiri daripada org yg sentiasa mengamalkan al-Quran dan doa2 yg warid drpd Rasullah S.A.W utk menjadikan bacaan itu ada keberaktan. Al-Quran merupakan mukjizat bukan hanya utk di ambil I'tibar, bahkan di samping itu ia adalah penawar daripada penyakit. Firman Allah S.W.T bermaksud:

" Dan kami ( Allah ) turunkan al-Quran sebagai penawar dan rahmat bg sekalian mukmin"

Kemudian selanjutnya hendaklah org yg berkenaan sentiasa bertakwa kepada Allah melaksanakan perintah wajib dan sunat, menjauhkan perkara yg di larang oleh syariat, Perawat juga mestilah memperbanyakkan sembahyang malam, berzikit, berwirid, bermunajat, membaca al-Quran dan lain2 amalan suant. Perawat juga mestilah menjauhkan daripada makanan haram, syubhat dan sebagainya.

Selain daripada mengamalkan al-Quran dan hadith juga di iringi dgn doa. Maka doalah yg memainkan peranan yg penting utk penyembuhan. Kesimpulan 5 elemen penting utk menjadikan doa makbul :

  1. Al-Quran
  2. Al-Hadith
  3. kemakbulan doa
  4. Perawat yg wara'
  5. Bahan2 yg digunakan berdasarkan pengalaman.

Sebagai contoh org yg di timpa penyakit lupa adalah di sebabkan oleh beberapa faktor:

  • Byk membuat dosa
  • Byk memikirkan dunia
  • Makan daun ketumbar
  • Makan epal masam
  • Membaca tulisan di nisan kubur
  • Berbekam di lubang tengkuk
  • memakan sesuatu yg membykkan balgham ( lendir )
Maka utk merawat penyakit lupa hendaklah menulis;

  • Ayat Ar-Rahman 1-6
  • Ayat Al-Qiamah 16-19
  • Ayat Al-Buruj 21-22
kata Al-Imam Al-Ghazali R.A: Barang siapa ingin mengingati sesuatu yg dipelajari, tulis ayat berkenaan pada mangkuk dan dihapuskan dgn air zam2 dan di minum, maka akan ingat apa2 yg dipelajari. Ini antara conoh mengenai aqal yg kurang cerdik


Seorang sahabat pernah mengalami sakit perut, maka Nabi pesan supaya minum madu lebah sehingga ia sihat.


BERBAGAI JENIS PENYAKIT.

Keras Hati

Keras hati adalah penyakit dalaman yg berkaitan dgn jiwa dan perasaan. Tidak ada ubat penawarnya melainkan memohon doa kepada Allah S.W.T

Untuk mengubati penyakit ini kita ambil beberapa surah yg berkaitan dgnnya dan umumnya byk yg bertukar daripada keras menjadi lembut. Antara surah yg boleh di baca ialah:

  • Surah Toha ayat 1-5
  • Surah an-naml ayat 30-31
  • Surah Ali Imran ayat 83
  • Surah Maryam ayat 58
  • Surah Yasin ayat 72
  • Ya Latif, baca 16 kali
( Boleh la di baca utk lembutkan hati suami or isteri atau anak2 yg degil, minta di lembutkan hatinya..baca..lepas tu tiup kat ubun2 kepala dia...insyaallah ada perubahan..tapi kena selalu amalkan..)

Migraine

mesti ramaikan org yg sakit kepala or migraine..aku sendiri pun kekadang sakit kepala..rasa cam bengang jerk..mmg selalu la makan panadol..tapi hlg kejap laa..esok2 datang lagi sakit kepala.. apa kata kita cuba cara taradisional ni pulak..mana tahu hlg teruskan sakit kepala tu..mgkin amik masa la kot nk hlg..apa2 pun kita cuba dan tawakal padaNYA..

Biasanya ayat yg digunakan utk migraine ialah ayat 19 surah Al-Waqiah. Ditambah dgn doa, di baca 11 kali dgn satu nafas ( ada 5 doa ni, tapi aku bagi dua la yer..)

" Bismillah hillazi layadurru maasmii syaiun fil ardhi wala fissamai"

" Bismillahi khairil asma' "

Jantung

Dgn menggunakan beberapa ayat al-quran, selawat dan doa yg di bacakan keatas bhan2 berikut:

  • Kelapa muda
  • Telur ayam kampung
  • Lada hitam
  • Rempah ketumbar biji
  • AIr mineral
  • Madu lebah
selalu baca " Allahuma salli ala qalbi muhammad "


p/s: moga2 ilmu yg saya kongsi ni berguna utk kalian semua..kena selalu amalkan..moga2 berhasil..

0 Komen Sahabat Saya:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails