Followers

Thursday, September 23, 2010

~Ingat Lagi Tak Kes Ni???~

Salam...

Korang ingat lagi tak kes ni..masa awal2 thn ari tu..pasal adik Syafiah Humaira yg di dera teman lelaki maknya..kejamkan..mlm tadi kuar berita tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati...kenalah hukuman setimpal ngan tertuduh..yelaa dera budak yg baru berusia 4 thn yg tak tahu pape...

Kalau korang nak tahu adik Syafiah Humaira ni anak buah Member aku..kira dgn aku ni aku panggil dia Pakcik la (pangkat pakcik)..dah pencen pun member aku ni..mmg mak Syafiah Humaira ni ada hubungan ngan Fazli Azri ni...padahal suami dia masih ada dlm tahan Penjara Sg Buloh dan tak pernah bercerai..Penguatkuasa JAIS pernah nak tangkap pasangan ni, tapi terlepas..


korang bacalah bawah ni..petikan dari Harian Metro..


SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.

“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.

Sebelum itu, hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu terhadap Mohd Fazli yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-28 semalam selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Mendengar keputusan itu, ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, 52, yang tidak dapat menahan emosi terus meraung dan berulang kali berkata: “Abang tak salah, biar mama yang mati” sebelum wanita itu pengsan dua kali di galeri awam.

Nenek Mohd Fazli yang dikenali sebagai Siti pula kelihatan tenang dengan keputusan itu berkata, keluarganya akan mengemukakan rayuan.

“Berpantang maut sebelum ajal,” katanya.

Mohd Fazli dituduh membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Selain Idham Abd Ghani, pendakwaan diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.

Terdahulu, Mohtarudin dalam alasan penghakimannya berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa kecederaan kanak-kanak itu disebabkan jatuh motosikal dan terhantuk di dinding tandas.

Katanya, ia sama sekali bercanggah dengan keterangan dua ahli perubatan yang merawat dan melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu.

Selain itu, katanya, kisah jatuh motosikal itu sama seperti cerita tertuduh bahawa mangsa muntah selepas makan ubat yang dibeli di kedai jamu tidak pernah diberitahu kepada sesiapa.

Menyentuh mengenai keterangan tertuduh ‘lalok’ di padang bola, Mohtarudin berkata ia bercanggah dengan keterangan saksi yang menunjukkan Mohd Fazli adalah waras pada masa kejadian.

Katanya, ini dikuatkan lagi apabila melihat fakta bahawa tertuduh boleh memandu teksinya untuk ke padang berkenaan.

“Keterangan ibu mangsa bahawa tertuduh berada dalam keadaan mabuk sepatutnya disoal balas pada peringkat pendakwaan,” katanya.

Menurutnya, undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa mabuk akibat perbuatan sendiri tidak boleh diterima dalam pembelaan kes jenayah.

Mohtarudin berkata, mahkamah juga menolak hujah pembelaan bahawa tertuduh tidak berniat mencederakan mangsa berdasarkan apa yang sudah dilakukannya terhadap kanak-kanak malang itu.

“Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak itu tidak dapat diterima sebagai tidak berniat,” katanya.

Sepanjang perbicaraan bermula sejak 7 Jun lalu, pihak pendakwaan memanggil 33 saksi, manakala tiga saksi pembelaan tampil memberikan keterangan.


p/s: tak faham aku ngan mak budak ni...tak rasa pape ke bl lelaki tu bt anak dia cam tu...lagi syg ada...ishhhh..pelik aku..

8 Komen Sahabat Saya:

Ummu~Ishak said... [Reply to comment]

yg si bini tu dah kompem nusyuz, siap main kayu tiga ngan laki lain.

yg mak di laki tu bengong. dah tau anak jahat, lagi nak bela2. agak2 la.

dua2 pompuan tu bangang.

fazli tu mmg elok mati. qisas dengan apa yg dia dah buat

Sricahaya said... [Reply to comment]

ummu, tu la pasal..aku pun tak faham mak pada syafiah ni..nak gak syg laki yg bunuh anak dia..

mak syafiah ni ada anak sorang tak salah aku ngan laki ni..

r|nA @ ja|j|na said... [Reply to comment]

mmg patut pon dia ni dihukum setimpal²nya..ish, geram tau dgn org yg dera budak² ni..

owh, maknanya awak kenal jugaklah kuarga adik syafiah ni..so maknanya, mak dia pun ade hubungan ngan laki nilah ek? erm..

Sricahaya said... [Reply to comment]

sy tak kenal ngan mak syafiah ni..cuma kenal ngan pakcik dia jerk..pakcik dia ni dulu satu tempat keje ngan saya..tp skg ni dah pencen..

katanya mmg dorang ni ada hubungan..

Mrs.fRss said... [Reply to comment]

harus dihukum n direjam smpi mati.. xpatut berada di muka bumi ni.. klu bertaubat pun lom tentu ntah2 buat lg da mati ank nti mak die jd mngsa... sedih sgt kat arwahhh

Sricahaya said... [Reply to comment]

mama cfa: ermm tu laa..tapi yg peliknya mak si syafiah ni ttp syg kan lelaki yg tak de sifat perikemanusian ni..

Afne said... [Reply to comment]

maaf le ckp.. pompuan tu mmg bodoh. dh le boipren tibai anak dia sampai mati blh plak ckp msh syg. takde otak ke apa.

bgs le dpt hukuman mcm ni. perbuatan bunuh hukumannya mati.

moga roh arwah adik syafiah tenang di sana. masuk syurga.

Sricahaya said... [Reply to comment]

afne: tula pasal..pempuan tu cam rasa tak bersalah jer pakwe dia bt anak dia cam tu..masih syg lak tu..tu yg geram tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails