GUANGZHOU: Balwan Singh mendedahkan rahsia untuk terus kekal sihat, gembira dan panjang umur ialah dengan aktif dalam sukan kabaddi.
“Lihat saya, saya sudah berusia 50 tahun dan masih boleh menahan nafas selama tiga minit,” kata jurulatih India yang bertenaga, Balwan.
“Anda boleh hidup selama 100 tahun jika bermain kabaddi!,” katanya.
Sukan itu yang dikuasai negara Asia Selatan memerlukan semua pemain dalam satu pasukan berpegangan tangan, menahan nafas dan melancarkan serangan mengejut ke atas pihak lawan dengan menyebut “Kabaddi, Kabaddi, Kabaddi”.
“Anda perlu menyebut kabaddi dan organ dalaman anda, jantung, paru-paru menjadi kuat. Kabaddi membuatkan anda gembira dan sihat, anda tidak akan jatuh sakit,” kata Balwan yang membimbing India mara ke final acara lelaki menentang Iran. - AFP
4 Komen Sahabat Saya:
SAMELAH, TIME SKOLAH RENDAH DULU MMG RAJIN MAIN BENDA NI..PASTU MAIN GETAH PLAK..
@az rina a.k.a jaijina
hehe..betul..betul..betul...
ooh, iye ke..
heheh, nnti nk kumpul geng kanak2 ribena join sama la, hehehe..
nnti de plak org cakap.. "buang tabiat ke mak budak tu" hihihihi.. :P
@♥Leily|Ummi Alya Husna♥
hehe..tulaa..kalau bdak2 leh la lagi..kalau mak budak main..kelakar lak rasanya..
Post a Comment