Followers

Wednesday, February 09, 2011

~Akibat Telan Dadah, Warga Afrika Hilang Akal~


KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita warga Afrika berbogel dan berjoget di tepi jalan raya di Cheras di sini, kelmarin dipercayai bukan disebabkan gangguan mental secara semula jadi, sebaliknya ia kesan sampingan selepas satu daripada puluhan bungkusan kecil dadah ditelannya, pecah dalam perut.

Sumber polis berkata, perkara itu terbongkar selepas hospital membuat imbasan X-ray pada bahagian perut wanita terbabit yang kelihatan agak buncit.

Berikutan itu, polis percaya wanita terbabit ‘keldai dadah’ digunakan sindiket penyeludupan dadah ke negara ini dan dia menelan puluhan bungkusan sebesar ibu jari mengandungi dadah jenis heroin bertujuan menyoroknya daripada dikesan pihak berkuasa.

“Besar kemungkinan satu daripada bungkusan dadah berkenaan terpecah atau bocor di dalam perut wanita itu menyebabkan dia menjadi tidak siuman dan hilang kawalan diri,” katanya.


Menurutnya, sehingga semalam, wanita terbabit yang dirujuk ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) bagaimanapun masih dalam keadaan tidak siuman dan gagal memberi kerjasama ketika keterangannya hendak diambil.


“Setakat ini, hospital memberikan ubat khas bagi membolehkan suspek mengeluarkan bungkusan dadah itu daripada perutnya. Proses mengeluarkan dadah berkenaan masih dilakukan sehingga petang ini (semalam) dan jumlah sebenar dadah dalam perut wanita terbabit juga tidak diketahui,” katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam, lebih 10 bungkusan plastik kecil dadah dikeluarkan dan bakal dihantar ke Jabatan Kimia bagi menentukan jenis dadah berkenaan dan beratnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang yang dihubungi mengesahkan penemuan dadah berkenaan, namun enggan mengulas lanjut berikutan belum mendapat laporan penuh berhubung identiti wanita terbabit.

Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada wanita Afrika berkenaan, namun polis meminta bantuan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti identitinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, wanita berusia 20-an itu mencetuskan kegemparan apabila muncul dalam keadaan telanjang bulat sebelum berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Jalan Lingkaran Tengah II, di sini.

Selepas kira-kira 15 minit dipujuk anggota polis dan orang awam, baru dia bersetuju memakai pakaiannya semula sebelum dibawa menaiki kereta peronda polis untuk dihantar ke PPHUKM bagi pemeriksaan kesihatan.

*sumber hmetro

12 Komen Sahabat Saya:

Piasara said... [Reply to comment]

ish2..ntah apa2 la..
tu la nak sembunyi dadah tu,dah taktau mana nak letak..telan jer,pastu akibat dia lagi buruk.
malah ada ramai yg mati bila peket plastik isi dadah tu pecah...

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis said... [Reply to comment]

adey...memalukan sungguh la...kat tengah2 jalan raya plak tu

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Piasara

tu la tu..tkt punya pasal, snggup telan semua peket dadah tu..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@♥ Anje a.k.a Mama_Balqis

tu la pasal..mmg amat2 memalukan..kita lak yg segankan..

MummyEcha said... [Reply to comment]

pagi nie macam2 citer ada kat paper....tp yang nie paling memalukan....bleh plak bogel di tengah2 jalan raya...kita yg tengok pun malu

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said... [Reply to comment]

mengong punyer olang!!!
ptt r mengong semcam je, telan dadah overdose!!
huhuuh, tak psl² leh tgk show pree org sinung ye..
huh, africa.. udosss!!! hahahahah

Zaidah said... [Reply to comment]

memang memalukan....satu jantina plak ngan kita.....bleh plak kat tengah jalan

Sricahaya said... [Reply to comment]

@MummyEcha

skg ni mmg hari2 ada je kes yg bkn2..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@♥Leily|Ummi Alya Husna♥

tu la tu..tak pasal2 org awam dapat tgk free show..memalukan sunggukan

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Zaidah

kat kl lak tu kan..huhuhu..segan sungguh..

mekchu said... [Reply to comment]

nak wat camtu, wat lah kat negara sendiri... semakin ramai warga asing kat negara ni, semakin macam2 masalah pelik timbul....

Sricahaya said... [Reply to comment]

@mekchu yup betul tu..kat kl dah macam2 warga asing ada..rimas kekadang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails