Followers

Thursday, February 10, 2011

~Selangor naikkan elaun guru Kafa RM300~

SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan 
tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru 
Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah 
Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)
di seluruh negeri.


Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan 
guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 
sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu. 


Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis 
Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.


Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar 
di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri. 


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika 
mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar selepas 
mempengerusikan Mesyuarat Exco berkata, kenaikan elaun 
bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan 
negeri lebih RM14 juta setahun.


Pada masa ini, guru Kafa di SRA dan SRAI di Selangor menerima 
elaun sepenuhnya dari kerajaan negeri dan Baitulmal sebanyak 
RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.


“Kerajaan negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan 
mendorong guru Kafa di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan 
kualiti kerja seharian,” kata Khalid.

Sumber Harakahdaily 

ps: Tahniah bt Guru2 Kafa yg mendapat kenaikan elaun tersebut..
lps ni leh la adik aku yg sorang tu open table..hehehehe

4 Komen Sahabat Saya:

ciKmOt said... [Reply to comment]

lepas ni nak jadi cikgu kafa jugak lag...heheh

Ummu~Ishak said... [Reply to comment]

aku nak join dia open table!

Sricahaya said... [Reply to comment]

@ciKmOt

tu la kan..keje setghari dpt gaji RM1300..

terpk gak nak jadi cikgu..tapi pk2 balik, tak sanggup la rasanya nak menghadapi kerenah murid2...hihihi

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Ummu~Ishak

boleh2..meh la datang nanti..
pastu nanti ko lak open table utk aku yerk..hihihihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails