SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan
tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru
Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah
Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)
di seluruh negeri.
Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan
guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300
sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.
Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.
Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar
di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika
mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar selepas
mempengerusikan Mesyuarat Exco berkata, kenaikan elaun
bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan
negeri lebih RM14 juta setahun.
Pada masa ini, guru Kafa di SRA dan SRAI di Selangor menerima
elaun sepenuhnya dari kerajaan negeri dan Baitulmal sebanyak
RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.
“Kerajaan negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan
mendorong guru Kafa di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan
kualiti kerja seharian,” kata Khalid.
ps: Tahniah bt Guru2 Kafa yg mendapat kenaikan elaun tersebut..
lps ni leh la adik aku yg sorang tu open table..hehehehe
|
4 Komen Sahabat Saya:
lepas ni nak jadi cikgu kafa jugak lag...heheh
aku nak join dia open table!
@ciKmOt
tu la kan..keje setghari dpt gaji RM1300..
terpk gak nak jadi cikgu..tapi pk2 balik, tak sanggup la rasanya nak menghadapi kerenah murid2...hihihi
@Ummu~Ishak
boleh2..meh la datang nanti..
pastu nanti ko lak open table utk aku yerk..hihihihi
Post a Comment