KUALA LUMPUR: Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan kejadian aneh menimpa seorang lelaki berusia 27 tahun yang gagal mencari jalan keluar selepas memecah masuk sebuah rumah di Kepong, di sini, Isnin lalu.
Apa yang menghairankan, suspek dilaporkan berpusing-pusing dalam rumah berkenaan hampir sejam selepas mencuri beberapa barangan berharga namun gagal menemui pintu keluar menyebabkan dia ‘terperangkap’ dalam rumah berkenaan.
Bertambah malang, apabila suspek akhirnya dicekup pihak berkuasa kira-kira jam 5 petang selepas kehadirannya disedari pemilik rumah berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia lingkungan 20-an yang baru pulang ke rumah itu.
Menurut sumber, ketika suspek memecah masuk rumah berkenaan, kediaman itu kosong kerana mangsa yang hanya tinggal berdua dengan anak lelakinya itu keluar berniaga.
“Sebaik pulang ke rumah, dua beranak itu melihat ada seorang lelaki tidak dikenali sedang berdiri di ruang tamu rumah bersama beberapa bungkusan barang kemas yang sudah dicurinya dianggarkan bernilai RM1,700.
“Dia (suspek) seperti kebingungan sebelum anak kepada pemilik rumah itu menghubungi polis,” katanya di sini, semalam.
“Namun, rakan subahat suspek hanya menunggu di kawasan luar kediaman mangsa dan dipercayai melarikan diri sebaik menyedari pemilik rumah itu pulang,” katanya.
Sumber berkata, hasil soal siasat, rakan suspek berjaya diberkas sekitar Kepong, di sini, kira-kira sejam kemudian.
Difahamkan, kedua-dua suspek yang juga warga tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kedua-dua suspek akan dituduh di mahkamah.
*sumber hmetro
* Ada gak lagi cam ni..aku ingatkan org dulu2 je yg reti buat sesatkan org..kira bgusla gak kan..sapa yg mencuri tak leh kuar dari umah yg dia curi tu..senang sikit nak tangkap pencuri..mak aku kata, arwah moyang aku dulu reti bt cam ni..tapi smp ke kitaorg dah tak reti..lagi pun mesti ada amalan yg kita kena amalkan ye tak..tak pun, susah2 sgt pasang jerk alam..hehehehe
0 Komen Sahabat Saya:
Post a Comment