Followers

Tuesday, January 18, 2011

~Nazar..~

Salam..

Akhirnya..terlaksana sudah niat aku nak bt pulut kuning ni..lega rasanya...nyaris2 terlupa niat aku ni dari bln 10 thn lepas lagi *2010..

So, dgn bantuan bondaku..terhasilah pulut kuning ngan kari ayam..tanpa bantuan bondaku..rasanya tak berapa nak menjadi kot..heheheh..aku ni tak reti nak masak byk2...kena ada sifu baru jadi..hehe


Pulut Kunig..lebih kurang cam ni la..
pic ni frm google..

kari ayam..
pic ni pun frm google..tak dan nak amik gambar, bateri kamera dah hbs..


tada.....bila pulut kuning bertemu kari ayam..jadi cam ni la rupanya..hehe
alhamdulillah...lega rasanya..dah tunaikan niat...
pic diatas ni lak dari Resepiraidah


Kat bawah ni aku selitkan serba sedikit maklumat dan perincian nazar. Aku lupa amik dari mana..minta share ye kalau tuan empunya ni baca..

Sabda Rasulullah SAW daripada Aisyah ra daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka taatilah, dan sesiapa yang bernazar untuk mengingkari perintah Allah (berbuat maksiat) maka janganlah menderhakai-Nya.
(al-Bukhari, no:6565, Abu Daud, no:3265, al-Tarmidzi, no: 1564, Ibn Majah, no: 2126 ).

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan (ketahuilah), apa sahaja Yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja Yang kamu nazarkan maka Sesungguhnya Allah mengetahui-Nya dan (ingatlah), orang-orang Yang zalim itu tidak ada sesiapa pun Yang dapat menolongnya. (al-Baqarah: 270).

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi Yang Diwajibkan Tuhan kepada-Nya), serta mereka takutkan hari (akhirat) Yang azab seksa-Nya merebak di sana sini.
(al-Insan:7)

Nazar mempunyai dua macam iaitu;

Nazar mutlak

Mewajibkan diri dengan sesuatu ketaatan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas apa yang diperolehi dan yang telah berlaku, sama ada berbentuk nikmat atau terhindar dari bala. Contoh bernazar setelah Allah melepaskannya dari kesengsaraan dan kesedihan atau Allah mengurniakannya dengan rezeki.

Nazar ini lafazkan setelah memperoleh nikmat atau terhindar dari sesuatu bala’. Nazar begini hukumnya adalah diharuskan. Manakala menurut Maliki disunatkan.

Nazar mu’allaq

Iaitu bernazar untuk mentaati Allah swt sekiranya dia dikurniakan sesuatu yang dihajatinya atau dengan ketaatan atas sesuatu yang akan datang (belum berlaku). Juga bermaksud jika impiannya terlaksana. Nazar yang bersyarat begini hukumnya adalah makruh menurut kebanyakan ulama Syafi’i, Hanbali dan Maliki.

Ini kerana perbuatan taat yang mahu dilakukan bergantung kepada tercapai atau tidaknya apa yang dimahukan. Ternyata di sini bahawa amalannya itu bukanlah untuk mendekatkan diri kepada Allah tetapi dengan niat sebagai barang ganti.

Seolah-olah, Jika Allah laksanakan kemahuan aku, aku akan mendekatkan diri kepada-Nya, jika tidak, maka aku tidak lakukan. Ia disebut sebagai orang yang bakhil dan berkira-kira dengan Allah SWT.

Kebanyakan apa yang kita nazarkan dalam mencapai sesuatu hajat perlu berhati-hati supaya tidak mengundang kemurkaan Allah SWT. Ini kerana ada di antara kita yang suka bernazar kemudian memungkiri nazarnya selepas mendapat apa yang dia mahu. Dengan demikian kita telah menanggung hutang dengan Allah SWT.

Peliknya manusia ini masa minta dan mohon kepada Allah SWT memang bersungguh-sungguh, tapi apabila sudah dapat, mereka buat-buat terlupa. Saya sedari hal ini apabila ada yang bertanya bahawa dia pernah bernazar pada tahun 1990. Nazarnya telah diperkenankan oleh Allah SWT pada tahun 1991 tapi sampai sekarang belum menunaikan nazarnya.
Sebab itulah saya fikir bahawa walaupun bernazar ini suatu yang harus dalam Islam tetapi ia seolah-olah mensyaratkan perlakuan kebajikan itu dengan sesuatu pemberian daripada Allah SWT. Sedang Allah SWT sangat luas pemberiannya yang kalau manusia hitung pasti tidak dapat membalasnya.

Oleh itu seperkara kena ingat di sini, jika nazar yang diucapkan disertakan dengan iktikad bahawa nazar yang dibuat ini memestikan hasratnya tercapai, atau beriktikad bahawa Allah SWT memperkenankan hasratnya disebabkan oleh nazarnya itu, maka iktikad seperti ini adalah satu niat yang buruk, keji dan rosak. Ia hampir kepada kufur. Ia termasuk di dalam dosa besar

Sekian....

4 Komen Sahabat Saya:

MummyEcha said... [Reply to comment]

sedapnye akak...dah lama x mkn pulut kuning ngan kari ayam macam nie....

4feet8 said... [Reply to comment]

wa..sedapnya nampak..pandai juga shida buat eh..hehe..nak blaja gakla..saya pernah gak bernazar..tapi tak ingatlah..camana ya..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@MummyEcha

tq..yeke..mmg jarangkan org bt pulut kuning ni..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@NaniE

nampak je sedap..heheh..blh la gak..tapi kena guna talian hayat..nak masak byk2 ni kalau sorang2 tkt tak jadi jerk..hehehe

nazar pe tu??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails