Korang tgk tak cite Trilogi Cinta ni? TV 1 setiap hari Ahad n Isnin kul 10.00mlm..cite Trilogi Cinta ni best tau..adaptasi dari cite novel tulisan Sharifah Abu Salem.... Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi..novel ni famous satu ketika dulu..best cite dia..aku tak tahu la plak yg novel ni dah didramakan di tv..ari tu kebetulan tertekan Tv 1, tertgk cite ni..tu yg tahu tu..tapi rugilaa coz tak tgk dari mula...nyesal sungguh..huhuhuhu..
Novel2 Sharifah Abu Salem
Sinopsis Trilogi Cinta
Diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, Mengangkat plot kisah berlatarkan percintaan di antara orang gaji dengan majikan,
Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.
Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.
Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.
Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.
Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.
Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya. Lalu bagaimanakah kesuadahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah? Untuk itu saksikan Trilogi Cinta mulai 2 Januari 2011, setiap Ahad dan Isnin, jam 10.00 malam di TV1.
Sinopsis Trilogi Cinta ambil dari SINI
7 Komen Sahabat Saya:
sangat best citer..novel pun ada yg 1st tu....
@Alin
tulaa..bestkan..
tu yg tak sabar nak tgk ahad ni..
rosyam nor?xde hero lain ke?huhu
@E.d.Y
hahahhaha..rosyam nor kan romantik2 gitu..
best novel ni. aku dulu berhantu layan novel pertama dan kedua. yg ketiga tak baca.
@Ummu~Ishak
best mu..baik ko baca novel yg ketiga..hehe
Interesting blog by an elegant templates, it may be better if almost all the existing content on your blog is made unique with interesting topics that will give you more visitors to your site.
Vimax Brasil, Vimax no Brasil, Vimax Brasil, VigRX Plus, Vimax. Penis Enlargement.
Post a Comment