Difahamkan, pengasuh yang menjaga arwah turut menjaga empat kanak-kanak lain termasuk dua kembar selain empat anaknya sendiri.
Kejadian itu yang ketiga membabitkan kematian bayi ketika dijaga pengasuh atau pusat asuhan di sini, dalam tempoh dua bulan selepas dua kes membabitkan kematian bayi masing-masing empat dan sembilan bulan, akibat tersedak susu.
Nor Zulaihan berkata, anaknya sihat dan sangat aktif malah sudah pandai meniarap serta tidak nampak sebarang perubahan atau tanda menunjukkan dia sakit.
“Biasanya pengasuh memaklumkan kepada saya jika anak meragam, tetapi pada hari itu (kejadian) saya tidak menerima sebarang mesej.
Sambil menitiskan air mata, Nor Zulaihan berkata, dia reda dan menerima pemergian anak sulungnya itu.
Mengimbas kembali insiden itu, dia menerima panggilan pengasuh kira-kira jam 1 tengah hari supaya mengambil anaknya dengan segera kerana dimaklumkan bayinya itu berada dalam keadaan sungguh lemah.
Menurutnya, dia meminta suami yang kebetulan berada di rumah kerana bekerja syif malam mengambil anak mereka.
“Ketika suami mengambil anak, Firdaus sudah lembik dan tidak sedarkan diri, malah badannya biru selain ada kesan darah pada hidungnya. Melihat keadaan anak yang kritikal suami menghantarnya ke hospital.
“Ketika diberi rawatan kecemasan, denyutan jantung anak berhenti menyebabkan doktor memberikan kejutan elektrik... selepas itu baru jantungnya kembali berdenyut, tetapi dia masih tidak sedarkan diri,” katanya.
Nor Zulaihan berkata, arwah kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), namun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi semalam, selepas lebih 24 jam bertarung dengan maut.
Menurutnya, hasil pemeriksaan doktor mendapati ada pendarahan pada otak, tetapi tidak begitu ketara dan ia tidak boleh menjadi punca kematian bayi terbabit.
“Doktor membuat bedah siasat petang ini (semalam) untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya.
Katanya, suaminya membuat laporan di Balai Polis Daerah (IPD) Putrajaya, petang kelmarin kerana mengesyaki mangsa didera berikutan terdapat pendarahan dalam kepala, selain hidungnya berdarah.
“Jika laporan bedah siasat mendapati anak saya didera, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengesah sama ada bayi terbabit didera atau sebaliknya kerana berdasarkan keterangan pengasuh, bayi terbabit jatuh di rumah menyebabkan hidung dan kepalanya berdarah.
“Kita tunggu keputusan bedah siasat,” katanya.
*Sumber dari hmetro
p/s: risau bila memikirkan pasal ni...
6 Komen Sahabat Saya:
betul la.. ni salah satu benda yg nak difikir 10000000000x sebelum berkeluarga.. hmmmm
ummu: tu la tu..bagi ibu bapa yg bekerja spt aku..mmg risau sesangat pasal ni..
ish..bahaya btol..tp kalau xhantar kat pengasuh, kat mana lg nak hantar..xkan nak bawak pegi keje kot
edy: tula tu..bila kita serahkan anak kita pada pengasuh, kita berharap agar anak kita dijaga dgn baik..dah anta anak pada pengasuh, kita tawakal pada Allah moga2 anak kita selamat dlm jagaan beliau..
kebelakangan nie,banyak kes2 melibatkan bb meninggal di tangan pengasuh...bila kes2 ni kerap berlaku,jd x tenang rasanye bila pegi keje....Risau pun ader.
tu la..hati ni asyik teringat je kan..nak selalu telefon, tkt pengasuh tu rasa kita cam tak percaya kat dia lak..
Post a Comment