Followers

Tuesday, February 22, 2011

~Calon pilihan raya UM ditemui lemah di Bangi~


KUALA LUMPUR - Pelajar Universiti Malaya (UM), Masturah Abu Bakar, 22, yang hilang pada petang Sabtu lalu dijumpai awal pagi semalam dalam keadaan lemah di tepi jalan berdekatan sebuah masjid di Teras Jernang, Bangi.
Menurut ibunya, Mariam Abdul Rashid, 50, Masturah telah menghubunginya dengan meminjam telefon bimbit seorang pemilik kedai makan yang berada bersebelahan masjid di situ.
"Dia hanya panggil saya umi, umi, lepas itu saya suruh dia panggil pemilik telefon bimbit sebab Masturah seolah-olah tidak boleh bercakap lagi," katanya pada satu sidang akhbar di Akademi Pengajian Melayu UM di sini semalam.
Mariam memberitahu, selepas diberitahu oleh pemilik kedai makan itu mengenai lokasi Masturah berada, beliau sekeluarga terus menjemput anaknya di masjid berkenaan.
"Keadaan Masturah lemah dan tidak bermaya sebab tidak makan. Dia ditinggalkan di situ oleh seseorang selepas hilang sejak petang Sabtu lalu... dia anak yang baik dan saya percaya dia tidak buat perkara yang tidak betul," tambahnya.
Cerita Lain blh klik sini 

Calon pilihan raya kampus UM bukan kes culik, kata polis


*sumber kosmo

* Alhamdulillah dah jmp semula dlm keadaan selamat, pg ahad ari tu kakak Masturah ni, Muhaini msg aku mengatakan adik dia Masturah ni hlg...dn minta sama2 doa n solat hajat semoga adik dia selamat..alhamdulillah semuanya selamat...


6 Komen Sahabat Saya:

Ummu~Ishak said... [Reply to comment]

muhaini kawan kita tu ke?

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Ummu~Ishak

ha la..nasib baik la jmp balik adik dia..

Unknown said... [Reply to comment]

alhamdulillah..nasib dah jumpa semula..tp nak tau gak sbb2 dia hilang

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Edy Zaidi

tulaa..tak sempat lagi nak tel kakak dia tanya cite dia cam ne..

Mrs. Simplicity said... [Reply to comment]

tiba2 glamour wakil rakyat ni. mujur takde apa2..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@alyyani

tu la tu..pilihanraya punya pasal..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails