Followers

Tuesday, June 08, 2010

Angkara Filem Lagenda Budak Setan..


Salam...

haa..angkara filem Lagenda Budak Setan (LBS) ni la aku mencari balik novel Ahadiat Akasyah..LBS, Katerina ngan Kasyah Lagenda Berakhir (KLB)..puaslaa dok cari kat internet..berkat usaha yg gigih..cewaahhh...akhirnya berjaya aku utk mendapatkan novel2 ni...hahaha..suke..suke..suke.. novel ni aku dah penah baca dah dulu time aku form 2, masa umur aku 14thn..skg aku dah 28thn..dah 14thn berlalu..so, cite dia pun aku tak ingat sangat dah..tu yg nak carik gak tu..cari punya cari..akhirnya aku jumpa satu laman web ni..dgn pantas aku booking, sbbnya novel LBS ni cover kulit depan dia gambar lisa ngan farid kamil..gambar poster film dorang, aku suka sgt..hihihihi..edisi terhad lak tu...100 org yg pertama je..lepas 100 org, cover depan dia cam asal balik...nila novel2 bersiri tu..


ni Buku LBS..edisi terhad..

Membuai jiwa, meruntum perasaan, mengundang ceria segala suka duka di sini. Adakah senyuman yang tercipta atau air mata kesudahannya? Hanya Tuhan yang menentukan segalanya... Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. Dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. Demi sumpahnya mencintai Ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikannya pada dunia. Cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?


ni buku siri 2: Katerina
Cinta bukan mencintai semata-mata, cinta adalah sebuah pengorbanan. Mungkinkah di persada indah akhirnya? Antara Katerina dan Kasyah...atau di persimpangan beronak mereka dihamparkan? Penuh debaran, bersilih cabaran, yang datang dan yang pergi..Segalanya semakin mengusutkan keadaan namun, segalanya di tangan Kasyah..jua keizinan dari Yang Maha Esa?


ni buku siri 3: Kasyah Lagenda Berakhir..
Mereka ada cerita tersendiri, yang bersalingkait membawa duri, ke mana harus lari, dari kemelut yang semakin ngeri. Segalanya semakin perit untuk dilalui Kasyah setelah pertunangannya terputus dengan Katerina. Hisyam berjaya menyunting Katerina sedangkan dia tak tahu semua itu sandiwara yang dirancang Katerina untuk membalas dendamnya. Kasyah pula melalui kehidupan dengan segala kepayahan sehinggalah Sofean sendiri meminta agar Kasyah menerima Katerina selepas dia yang memutuskan pertunangan itu. Itu pun setelah Katerina murung selepas penceraiannya dengan Hisyam. Demi maruah, Kasyah menolak dan sengaja melamar Zahirah untuk menyakiti lagi hati Sofean. Malangnya, Zahirah menolak kerana tidak mahu melukakan hati Katerina sedangkan hakikatnya dia amat mencintai lelaki itu. Hisyam masih lagi menyimpan tekad untuk memenangi hati Katerina semula sehinggalah Jackie hadir dalam hidupnya. Zahirah yang menyesal menolak lamaran Kasyah itu akhirnya bertemu Shan yang mencintainya sepenuh jiwa. Mampukah mereka semua mengatasi kemelut cinta yang melanda jiwa masing-masing dan akan berakhirkah lagenda cinta ini dengan segala keindahan, ataupun sebaliknya?


p/s: aku dah booking dah pun...semuanya Rm79.70 termasuk pos..ok la kan..dari aku cari sendiri kat luar..blm tentu jmp..dgn penatnya lagi..hehehe...hujung bln kot baru dapat..sbb dorang tgh print out cite2 tu..buku sblm ni telah kehabisan stok..ishh..tak sabar tul nak tgg buku2 ni...

0 Komen Sahabat Saya:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails