MUAR: Seorang guru lelaki hanya sempat mengecap nikmat perkahwinan empat hari sebelum meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika menukar mentol di rumah keluarganya di Parit Pinang Seribu di sini, malam kelmarin.
Keluarganya cuba membantu, tetapi Shahrizal Salleh, 30, gagal diselamatkan. Polis yang datang menyiasat menghantar mangsa ke ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), tetapi dia disahkan meninggal dunia.
Seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, mangsa baru melangsungkan perkahwinan Sabtu lalu.
Menurutnya, keluarga Shahrizal dijadualkan mengadakan majlis menyambut menantu, Sabtu ini.
Katanya, persiapan untuk majlis di rumah keluarga Shahrizal sudah hampir siap sepenuhnya.
“Difahamkan, mangsa cuba menukar mentol lampu tanpa menyedari terdapat aliran elektrik menyebabkan dia terkena renjatan, terjatuh dan tidak sedarkan diri.
“Keluarganya cuba membantu, tetapi mendapati mangsa sudah tidak bernafas dan menghubungi polis. Mangsa dibawa ke HPSF oleh polis tetapi disahkan sudah meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.
Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat yang berkemungkinan menyebabkan renjatan elektrik itu berlaku.
Shahrizal yang mengajar di sekolah berhampiran kampungnya berkahwin dengan pasangannya yang juga mendiami daerah ini.
Ahli keluarga mangsa ketika ditemui enggan ditemubual kerana terlalu sedih dengan kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya menerima laporan kes berkenaan.
“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kami percaya mangsa terkena renjatan elektrik. Keluarga mangsa menuntut jenazahnya di HPSF selepas bedah siasat,” katanya.
*sumber hmetro
12 Komen Sahabat Saya:
salam
takziah buat isteri mangsa..
malang memang tak berbau kan... um ~
tulah, hati²lah kalau hubby korang tukar mentol ke hape..sbb arus elektrik ni mmg kite tk nmpk..
ahfatihah buat keluarga mangsa..
ajal maut di tangan tuhan...tak kiralah baru kawin dah sebagainyer..klu dahtertulis...kena redha...takziah untuk isteri...
@♥ manje ♥
tu laa..dah tertulis..
@az rina a.k.a jaijina
tu la tu...kekadang bila hubby ku nak tukar plug pun aku bsing suh hati2...takut oooo
@Zaidah
tu la tu..kena redha..harap isteri beliau tabah dan kuat utk menghadapinya..
alfatihah=((
sedeynyer....
As'salam...
malang memang tidak berbau , takziah buat keluarga si mangsa..
sian pengantin tu, takziah untuk keluarga kedua2 nya...
siannye isteri dia. mudah2an dia tabah.
alfatihah
@Amy Syaquena
tulaa..penyebab kematian..sbb ajal dah tiba
@♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥
siankan..dugaan bt si isteri..
Post a Comment