Followers

Friday, December 31, 2010

~Khairul & Aimie Tangguh Tunang~

KHAIRUL bersama Aimie melihat laporan kejayaannya di Balai Berita, malam tadi.



KUALA LUMPUR: Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat menangguhkan rancangan bertunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi yang dijadual November lalu semata-mata memberi tumpuan kepada pasukan Harimau Malaya yang menjuarai Piala Suzuki AFF, malam kelmarin.

Aimie Harmelia, 21, berkata memandangkan Khairul perlu membuat persiapan, mereka bersetuju pertunangan ditangguhkan.




"SEGMEN JOM BERKENALAN"


Terima kasih ye k.izan coz sudi tag sy utk join Segmen Jom Berkenalan ni..jenuh gak nak menjawab soklan2 En Loqman ni..hehehe

Cara nak join segmen ni cukup mudah..Jom tengok syarat2nya~
1)Buat Entry bertajuk"SEGMEN JOM BERKENALAN" - DONE
2)Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda
(kalau nak letak kat sidebar pon takpe)..linkkan ke entry ni~ DONE

3)Jawab 7 soalan berikut:
-Apakah status anda
Of Coursela dah berkahwin.

-Ceritakan tentang diri anda
Seorang Isteri yg bekerjaya...mempunyai dua org cahayamata..berasal dari KL..
seorang yg pendiam..tapi bila jmp kawan yg peramah jadi peramah la gak..hehehe

-Ceritakan tentang Blog anda
Ermm...blog yg biasa je...yg menceritakan tentang anak2 dn kehidupan harian, isu semasa, dan apa saje yg terlintas akan diluahkan di blog..

-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Erm...bagus..coz blh dapat ramai kawan, blh bertukar2 fikiran..smbil2 tu leh jana pendapatan..hehehe

-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
Usaha tangga kejayaan..rajin2 tgk blog yg ada tutorial..insyallah akan jadi cantik..

-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
ermm..rasanya tak de yg unik pun..hehehe

-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Tak tahula smp bila..smp pencen kot..hehehe..tak pun smp rasa dah bosan nak menulis..

4)Tagged 4 orang rakan blogger anda

5)Linkkan entry anda ke ruangan komen..-DONE
6)Tarikh tutp sampai 3 Januari 2011~-OK


Thursday, December 30, 2010

~Indonesia Menang Tapi Malaysia JUARA~

Berita penuh di harian metro

Seblm kul 8 aku dah duk dpn tv..nak tgk bola..hehehe...riuh dlm rumah bila bola dah dkt ngan jaringan gol..bila dah gol lagi la riuh...hehehe...mmg syok la malam tadi tgk bola...abah aku lagi la..cam dia lak yg main bola, siap angkat2 kaki nak sepak bola masuk gol..hahahaha


DETIK KERAMAT...Safiq Rahim (kanan) menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, semalam



Suka tgk Penjaga Gol Malaysia..Khairul Fahmi, cekap tul dia tangkap bola...

CEKAP...penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalam.


* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. (Sumber: Utusan Malaysia)




Wednesday, December 29, 2010

~Hadiah dah sampai..~

FM dari Singapore

Hadiah GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh dah smp tadi..thank you ye bro Edy..baru pg tadi baca entri yg mengatakan hadiah dah di pos..ptg ni dah smp...cepat tul..hehehe


* Jom ramai2 tgk bola malam ni...doa2la supaya tak de perkara yg tak diingini berlaku...
* tetiba lak jadi minat bola..hehehehe



~Akhirnya....Merasa Jua~

Merasa apa??? merasa BE yg pertama..iklan Dutch Lady Friso Flaunt It SS...suka..suka..suka...tq Nuffnang...tadi saje la nak tgk akaun nuffnang..selalu tgk amaun jerk..ari ni gatal tgn nak klik lak Earnings tu..sekali tgk ada lak Pendapatan Terumpuk..cam blurr jap..cam tertanya2 apa Pendapatan Terumpuk tu..bila tukar ke BI..rupa2nya ini lah dia org kata BE tu..hehehe BI bila tukar ke BM kan lain macam sikitnya jadinya..hehehhe

Ni yg membuatkan hari2 nak update ni..hehehe...Thank You Very Much En Nuff...walaupun dapat satu..aku hargai sgt2..


~Sarapan Yg Simple Tp Mengeyangkan~

Salam...

Morning semua...korang dah bfast? aku bfast simple je pagi ni..bt air vico..pastu makan biskut ots krunch coklat ngan ots krunch strawberi n blackcurrant..alhamdulillah kenyang..leh la bt keje..kalau tak kang, tak tenang nak bt keje asyik kruk krak bunyi perut..hehehe....tghari nanti baru makan berat sikit...


suka lagi vico dari milo..

yg ni oat krunch yg coklat.

yg ni yg strawberi..

aku lagi suka oat krunch coklat dari strawberi..oat krunch coklat mmg sedap...aku kan penggemar coklat yg tegar...hehehehe

*semua pic diatas sumbangan dari en google..



Tuesday, December 28, 2010

~Beri Anak Pada Org Lain Kerana Kesempitan Hdp..~

*sumber hmetro

KUALA LUMPUR: “Maafkan ayah nak...walaupun hati ayah berat untuk membuat keputusan ini, namun demi kebaikan masa depanmu, ayah terpaksa,” rintih seorang lelaki yang mahu menyerahkan anak dalam kandungan isterinya kepada keluarga lain atas alasan tidak mampu menampung kehidupannya sekeluarga.

Shahrul Rahman, 33, berkata dia nekad mengambil tindakan itu selepas mengalami masalah kewangan yang teruk dan tidak mahu anak-anaknya mengalami nasib sama.


Katanya, kehidupannya bermula dengan baik selepas mengahwini isterinya, Aishah Ismail, 26, pada 2006 dan dikurniakan tiga anak berumur antara tiga tahun hingga enam bulan. Selain itu, katanya, dia mempunyai seorang anak tiri hasil perkahwinan isterinya dengan suami terdahulu yang kini berusia enam tahun dan tinggal bersamanya sejak berusia empat bulan.

Namun, episod sedih hidupnya bermula selepas perniagaannya sebagai pengendali makanan di kantin sekolah di Kedah mengalami kerugian.


“Hidup saya menjadi susah dengan bebanan hutang yang semakin bertambah. Saya meminjam daripada bank untuk memulihkan kembali perniagaan, namun tidak berhasil.


“Keadaan bertambah kusut apabila saya membuat pinjaman daripada ceti haram (along) untuk digunakan sebagai modal pusingan perniagaan, tapi segala-galanya tidak menjadi,” katanya ketika ditemui semalam.

Runsing memikirkan masalah dihadapi, Shahrul berkata, dia pernah cuba membunuh diri dengan menelan 60 ubat tidur dan minum cecair peluntur, namun digagalkan isterinya yang menyedari tindakannya itu.


“Tidak cukup dengan itu, saya juga pernah terdorong untuk menukar agama kerana terpengaruh seorang rakan yang hidup senang selepas berhijrah menganuti agama lain. Mujur saya masih ingatkan Allah. Jika tidak saya pun tak pasti apa akan berlaku,” katanya.

Shahrul berkata, kehidupannya tidak banyak berubah selepas itu dan pernah satu ketika dia sekeluarga mengisi perut dengan menjadikan ubi kayu yang ditanam di belakang kantin sekolah sebagai menu hidangan.


“Saya sedih dan tertekan apabila melihat anak-anak hanya minum air sejuk dan terpaksa mengharungi hidup yang sukar hanya kerana saya tidak mampu memberi kesenangan kepada mereka.


“Anak kedua dan ketiga tidak pernah minum susu seperti kanak-kanak lain. Saya hanya mampu memberikan air sejuk sebagai minuman. Mujur anak-anak tidak memilih sebaliknya makan dan minum apa yang diberikan,” katanya.


Menurutnya, anak keempatnya sudah diserahkan kepada seorang penjawat awam selepas dua hari dilahirkan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, dan sebagai ganjaran, dia diberikan wang sagu hati RM2,000.


“Waktu itu hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya hati melihat anak yang tersayang berada dalam pangkuan orang lain, tapi apa boleh buat, hanya itu yang terdaya.


“Isteri saya juga seperti tertekan dan menerima hakikat kami terpaksa menyerahkan anak untuk dijaga keluarga lain,” katanya.


Dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Lumpur sejak sebulan lalu, hanya mampu membawa keluarganya tinggal menumpang sebuah bilik di rumah rakannya di Kota Damansara.


“Setiap hari hidup isteri dan anak-anak terkurung dalam bilik itu. Di situ mereka main, tukar baju dan tidur. Ikutkan hati ingin saja saya mencari rumah sewa yang luas sedikit, tetapi saya tidak mampu. Gaji saya sebagai pengawal keselamatan hanya RM780 sebulan,” katanya.


Shahrul berkata, dia bertambah tidak keruan apabila mendapati isterinya mengandung lagi bulan lalu dan dia bimbang dengan nasib menimpa keluarganya akan menjejaskan kehidupan anak yang bakal lahir nanti.


“Isteri berkali-kali mendesak saya supaya digugurkan saja kandungannya itu, tapi saya tidak tergamak untuk melakukan sedemikian kerana anak tidak bersalah, tapi saya yang perlu membela nasib keluarga.


“Sebab itu saya buat keputusan untuk serahkan anak ini kepada keluarga yang mahu menjaganya. Saya juga mohon supaya keluarga barunya akan menjaga anak ini dari dalam kandungan lagi termasuk membiayai rawatan dan pemeriksaan sehingga dia lahir,” katanya.


Katanya, dia berharap anak yang bakal lahir akan selesa dengan kehidupannya bersama keluarga baru dan hubungan kekeluargaan mereka tidak akan terhenti di situ saja.


“Kepada keluarga baru yang akan mengambil anak ini, saya hanya mohon satu perkara iaitu jangan putuskan hubungan kekeluargaan kami. Saya reda dengan apa yang berlaku dan hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya.


*Kalau aku, rasa cam tak smp hati nak bg anak kat org lain...susah cam ne sekali pun insyaallah akan aku usaha dn jaga sendiri...aku mmg tak leh la nak bg..darah daging sendiri tu...tu kalau aku laa..

*alhamdulillah...aku bersyukur dgn rezeki yg ENGKAU berikan padaku..walaupun kekadang hjg bln takat2 hdg jer...aku bersyukur sangat2 Ya Allah......



~GIVEAWAY eqbalzack "SERBA SATU"~


Menerima Tag dari seorang sahabat utk menjoinkan diri Giveaway Abg Eq..kalau korang nk join..jom cepat..Tarikh Tutup thn baru ni.. 01.01.2011 kul 1.11 pg..hadiah pun best gak..barang dari

mana tahu rezeki korangkan..tak ke untung..hehehe

Saya nak Tag Liza utk join Giveaway Abg Eq






Monday, December 27, 2010

~Cuti~

ari ni aku cuti..abg aku pun cuti..menghabiskan sisa2 hujung tahun..hehehe...dua2 duk lepak2 kat umah je..tak ke mana pun..kakak n adik tgh tido..dua2 batuk...kejap ok kejap batuk balik...mgkin sbb cuaca kot..mgg ni mgg last thn 2010..sabtu ni dah masuk thn baru..kejap je kan..so, apa azam thn baru korang????

ok laa..nak gi berperang kat dapur..nak masak apa ye ari ni..tak de idea laa...sementara budak2 tdokan..so wajib settelkan semua keje...daaa

~Pelakon dikejar dengan parang~

KUALA LUMPUR: Pelakon baru yang memegang watak utama drama dongeng bersiri, Putera Katak yang kini ditayangkan di TV3, terpaksa menempuh detik cemas apabila dikejar sepasang kekasih bersenjatakan parang sejauh lebih dua kilometer.

Kejadian berlaku hanya disebabkan pelakon muda itu, Mohd Hanif Karamdin, 27, memintas kereta dinaiki pasangan terbabit ketika melalui Lebuhraya Duta Hulu Klang (Duke) menuju Ampang, di sini, Jumaat lalu.


Bagaimanapun, dia yang menggunakan nama komersial Haniff bernasib baik apabila dapat meloloskan diri sebelum bergegas ke balai polis membuat laporan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Haniff berkata, dia dalam perjalanan dari Kelana Jaya ke rumahnya pada mulanya mengekori sebuah kereta Honda City.


“Disebabkan kereta itu dipandu terlalu perlahan, saya memberi isyarat lampu sebelum memotong kenderaan berkenaan. “Tiba-tiba pemandunya membunyikan hon dan mengejar saya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurut Haniff, pada mulanya dia tidak mempedulikan tindakan itu, namun pemandu kereta itu menghimpit keretanya sebelum menunjukkan parang.

“Ketika itu, saya lihat dia (pemandu) bersama seorang wanit. Saya yakin mereka pasangan kekasih,” katanya.


Haniff berkata, bimbangkan keselamatannya dia memecut keretanya, namun pasangan terbabit mengejar sambil menunjukkan parang ke arahnya.

“Berderau darah saya dibuatnya...apa lagi dengan perasaan takut dan pelik mengenai sikap pasangan kekasih itu, saya pecut sehinggalah tiba di susur keluar menuju Ampang.


“Pasangan itu yang pada mulanya mengekori rapat di belakang kereta saya mungkin terlepas pandang menyebabkan saya dapat meloloskan diri,” katanya.


Haniff pergi ke Balai Polis Taman Melawati membuat laporan sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut.


Dia yang pernah membintangi beberapa drama bersiri seperti Siong, Kelab Jeng Jeng dan Jelatang berkata, laporan polis dibuat kerana bimbang lelaki tidak dikenalinya itu mungkin melakukan perkara tidak diingini kemudian hari.


“Kejadian seperti ini pertama kali berlaku terhadap saya. Saya berharap pengguna lebuh raya lain lebih berdisiplin dan menggunakan diplomasi untuk menyelesaikan masalah, bukannya dengan kekerasan,” katanya.


Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


“Sehingga kini, suspek belum ditahan, namun usaha mengesannya giat dijalankan,” katanya.



*sumber hmetro

Friday, December 24, 2010

~Cabutan Bertuah Sempena Anniversary Yang Ke 5

Jom join Cabutan Bertuah dr K.Izan..
Sempena Anniversary beliau yg ke-5

" Semoga Berbahagia Bersama Family Tersayang & Berkekalan Sehingga Akhir Hayat.."


~Maut setelah ambil Result PMR~

*sumber hmetro

KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan tiga tidak sempat menunjukkan kepada ayahnya keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang baru diambilnya di sekolah apabila dia mati dalam keadaan mengerikan, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Simpang Tiga Kok Lanas, Selising, Pasir Puteh, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Siti Aisyah Zakaria, 15, yang membonceng motosikal ditunggang ibunya, Aziza Musa, 42, dirempuh lori pasir ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Banggol Chica, Kok Lanas, menyebabkan dua beranak itu terbunuh.



Akibat kejadian itu, Siti Aisyah terjatuh daripada motosikal sebelum dihempap kepala kanan lori berkenaan manakala ibunya tercampak atas jalan. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian.

Ayah Siti Aisyah, Zakaria Mohamad, 43, berkata, beberapa hari lalu dia memaklumkan kepada keluarganya untuk bercuti di Perdana Resort sambil mandi kolam pada Sabtu ini dan sudah pun membuat tempahan.

“Kami merancang bercuti di situ, tetapi kini semuanya tinggal kenangan apabila isteri dan anak yang menjadi harapan saya sudah pergi meninggalkan saya.

“Apa pun, saya reda dengan apa yang berlaku kerana sudah begini ketentuan takdir,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu memang mengejutkan kerana isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan, manakala Siti Aisyah, anak kedua daripada enam beradik nampak rajin dan ceria.

Kata Zakaria, kejadian malang menimpa isteri dan anaknya itu diketahuinya selepas dihubungi peniaga di kawasan berkenaan selepas melihat kemalangan itu.

“Saya yang ketika itu berada di Kem Desa Pahlawan Kok Lanas kerana berurusan menghantar baju sukan bergegas menunggang motosikal yang jaraknya dua kilometer dari lokasi kejadian.



“Ketika itu, saya lihat kepala Siti Aisyah berada dekat dengan tayar belakang lori berkenaan, manakala isteri terlentang di tepi jalan berkenaan,” katanya.

Zakaria berkata, mayat isteri dan anak dibawa dengan kenderaan polis ke HUSM Kubang Kerian untuk dibedah siasat.

Katanya, sebelum itu, isterinya yang juga pembantu kewangan di Kem Desa Pahlawan pulang menjemput anaknya bagi mengambil keputusan PMR di Sekolah Menengah Maahad Shamsul Maarif Perempuan, dekat Pulai Chondong, Machang.

“Saya hanya mengetahui keputusan PMR Siti Aisyah selepas dimaklumkan pihak sekolah dia memperoleh 4A 1B dan 1C,” katanya yang juga pesara tentera.

Menurutnya, jenazah isteri dan anaknya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tasik, Rantau Panjang, pada lewat malam atau pagi ini.

Hasil perkongsian hidup bersama arwah isterinya, Zakaria dikurniakan enam anak, masing-masing tiga lelaki dan perempuan berusia antara tujuh hingga 16 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku apabila lori yang dipandu lelaki berusia 40-an hilang kawalan dan akibatnya kenderaan berat itu terbalik.

“Siti Aisyah cedera teruk di kepala dan anggota badan manakala Aziza cedera parah di kepala.

“Dalam kemalangan sama, Proton Persona dan dua Proton Wira remuk di bahagian depan serta belakang, tetapi pemandunya tidak mengalami kecederaan dan kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


*Takziah bt keluarga mangsa...

Thursday, December 23, 2010

~Jom makan Rojak Buah~

*image frm google.

Lama tak makan rojak buah....rojak buah yg aku beli ni sedap...cam2 buah ada..buah mangga,jambu,kedondong,nanas, betik, jambu batu, sengkuang macam2, byk lak tu..puas makan...hehehe...jemput makan semua...



~Pengantin terbunuh kerana tukar Mentol~

MUAR: Seorang guru lelaki hanya sempat mengecap nikmat perkahwinan empat hari sebelum meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika menukar mentol di rumah keluarganya di Parit Pinang Seribu di sini, malam kelmarin.

Keluarganya cuba membantu, tetapi Shahrizal Salleh, 30, gagal diselamatkan. Polis yang datang menyiasat menghantar mangsa ke ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), tetapi dia disahkan meninggal dunia.

Seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, mangsa baru melangsungkan perkahwinan Sabtu lalu.

Menurutnya, keluarga Shahrizal dijadualkan mengadakan majlis menyambut menantu, Sabtu ini.

Katanya, persiapan untuk majlis di rumah keluarga Shahrizal sudah hampir siap sepenuhnya.

“Difahamkan, mangsa cuba menukar mentol lampu tanpa menyedari terdapat aliran elektrik menyebabkan dia terkena renjatan, terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Keluarganya cuba membantu, tetapi mendapati mangsa sudah tidak bernafas dan menghubungi polis. Mangsa dibawa ke HPSF oleh polis tetapi disahkan sudah meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat yang berkemungkinan menyebabkan renjatan elektrik itu berlaku.

Shahrizal yang mengajar di sekolah berhampiran kampungnya berkahwin dengan pasangannya yang juga mendiami daerah ini.

Ahli keluarga mangsa ketika ditemui enggan ditemubual kerana terlalu sedih dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya menerima laporan kes berkenaan.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kami percaya mangsa terkena renjatan elektrik. Keluarga mangsa menuntut jenazahnya di HPSF selepas bedah siasat,” katanya.

*sumber hmetro


* Takziah bt isteri dn keluarga mangsa...semoga isteri beliau tabah...baru 4 hari hidup bersama suami tercinta..sekelip mata suami tercinta pergi bt selama2nya...al fatihah...


Wednesday, December 22, 2010

~Croydon Baby Boy Giveaway~

Telah ditag oleh babynaznoy
utk join Giveaway ni..thank's yer..

Giveaway ni dianjurkan oleh Firahadifa
Tarikh tutup: 12 Jan 2011, nak join klik SINI yer..

sy nak ajak


utk join..hehe

Tuesday, December 21, 2010

~Menang GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh...~


Alhamdulillah menang GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh..aku ingatkan tak de rezeki nak merasa hadiah dari bro Edy..sekali ada gak nama aku kat Edisi Singapore..rezeki..tq bro Edy..


aku dapat hadiah FM dari Singapore...



~Wet World~

Hari mgg sudah bawah budak2 gi jalan2 *adik2 aku laa....sian lak dorang cuti2 duk umah jerk..yelaa..yg besar2 keje, ayah aku pun keje...hjg mgg kekadang ada kenduri kawin..so, tak gi memana la kan...ari tu adik2 aku cadang nak gi Wet World kat shah alam...utk tak menghampakan dorang aku ngan azmi *adik bawah aku bawak la dorang gi Wet World..sonok bukan main dorang...kitaorg gi tiga keta..kitaorg gi dlu,mak ngan ayah aku kemudian coz nak gi kenduri kawin dulu....smp Wet World nak dkt kul 11 gak laa..sekali tgk....ya allah.....ramainya umat yg beratur...panjang tu....lbh stgh jam gak laa beratur baru dpt tiket....kalau tak caya meh tgk pic kat bawah ni...serius...mmg ramai giler..nak je aku patah balik...tapi sian lak kat adik2 n anak2 aku...dorang dah excited nak mandi...




Panjang tak?? tak panjang...meh tgk gmbr bawah...

haa..caya? ramai gile....smp ke jalan raya tau...

Dah dapat tiket...pakai siap2 seblm masuk


dah masuk, nak cari tmpt lepak lak..mmg penuh..memula nak duk sini..tapi cam tak best..pusing belah sana lak, ada tempat bawah pokok...alhamdulillah...


dah start berendam...bkn main sonok adik..bknnya pandang kamera..pandai air je...


tgklaa..smpt lagi bt cam tu..tapi tak pandang kamera...si kakak mandi ngan ayah...

Ni gambar last...lps amik gambar ni..adik aku yg pegang camera kononya tak nak mandi..nak basah belah bawah je..terjatuh kat gelongsor air...*sebenarnya dia nak mandi tu... habis kamera aku ngan tel terkena air...jem jap la kamera tu...tak leh nak bukak..tak de la gambar2 bebudak tu mandi...sayang jerk....

nila dia budak yg konon2 tak nak mandi tu..heheheh

Lama gile budak2 berendam...bila dorang rasa lapar dorang naik jap, makan2 pastu berendam balik....kitaorg mmg ada bawak makan dari umah..bawak sandwich ngan karipap jer...nak beli kat situ mahal tu...setakat 2,3 boleh laa..kalau ramai...huhuhuhu....kopak...bukan kedekut..tapi save bajet..memandangkan nak tgg gaji time tu lama lagi..hehehe

Kul 3 lbih suh dorang naik..mandi bersih2 pastu balik...tu pun ngelat2 jerk suh naik...si kakak pun sama..bila suh naik asyik cakap "jap..jap mama...last...last..." ayat tu laa diulang2 bila suh naik..kakak...kakak...

Nak bilas *mandi air bersih pun beratur panjang...haru tul....

Sunday, December 19, 2010

~Penyakit Ganjil Si Suami..~

*image frm hmetro


KUALA LUMPUR: Malang bagi satu pasangan suami isteri apabila rumah tangga yang pada mulanya aman damai kini bergolak hanya kerana situasi janggal - si suami mempunyai selera pelik ketika bersama.

Mana tidaknya, si isteri yang inginkan dirinya dibelai dengan kasih sayang dan sentuhan manja, sebaliknya diratah suami yang lebih berselera melihat isteri disakiti.

Itulah nasib malang menimpa Niza, 26, yang tidak tahan dengan kelakuan suami, Ramli, 26, seolah-olah beraksi dalam filem lucah ganas mat saleh.

Ada kalanya Ramli mengikat Niza di katil sambil memukul atau setidak-tidaknya mencubit bahagian tertentu tubuhnya. Bahkan, pernah juga suaminya itu memasukkan sesuatu pada kemaluan isterinya untuk mendapat rangsangan seks.


Selepas hampir dua tahun diperlakukan begitu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Niza akhirnya nekad melarikan diri untuk pulang ke pangkuan keluarganya yang menetap di sekitar Gombak, dekat sini, pada Oktober lalu.

Niza berkata, dia sudah kerap menasihati suami supaya tidak melayannya sedemikian rupa, tetapi ia tidak pernah bertahan lama.

“Lama kelamaan dia akan mengulanginya semula. Sebab itu, saya tidak dapat bertahan lagi.

“Sebagai isteri, saya hanya mahu dia (suami) melayan saya sebagaimana isteri normal yang lain. Jika berterusan begini, saya rasa cukup terseksa,” katanya.

Menurut Niza, pada mulanya dia hanya mahu untuk mengasingkan diri bersama suami buat sementara waktu dan tinggal bersama keluarga namun apabila memikirkan suami yang mungkin tidak akan berubah, dia mengambil keputusan untuk bercerai.

“Keluarga sering bertanya dan mendesak, apa masalah saya dengan suami. Saya beritahu mereka kami berkelahi dan hanya mendiamkan diri jika ditanya puncanya.

“Saya malu untuk memberitahu perkara yang sebenarnya. Bagaimanapun, selepas nekad untuk berpisah dengan suami, akhirnya saya terpaksa jelaskan semuanya pada ibu saya,” katanya.

Niza berkata, keluarga menghalang keputusannya untuk bercerai dan mereka mahu perkahwinan mereka diselamatkan.

Katanya, mulanya dia buntu untuk menyelamatkan rumah tangga mereka kerana tidak sanggup menerima layanan buas suaminya lagi.

“Ayah menjelaskan pada saya suami mungkin boleh berubah jika dirawat.

“Mulanya, saya kurang yakin bagaimana soal yang membabitkan hubungan seks dan nafsu begini boleh dirawat.

“Namun selepas memikirkannya dengan keadaan waras, apa salahnya untuk mencuba. Lagi pula, suami tidak membantah dan bersedia untuk mendapatkan rawatan jika perlu demi menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya.

Kini, Ramli dibawa mendapatkan rawatan secara Islam bagi membuangkan selera pelik yang membelenggu dirinya ketika bersama dengan isteri.

Ketika ditemui, Ramli tidak menafikan dia suka menyakiti isterinya ketika berasmara semata-mata untuk mendapatkan kepuasan.

“Jika tidak berbuat demikian, saya tidak akan berasa ghairah. Bagaimanapun, saya tahu dia (Niza) tidak suka saya buat dia begitu.

“Masalahnya, sukar pula untuk saya mengawal diri. Jadi keputusan untuk mendapatkan rawatan begini mungkin adalah jalan terbaik untuk saya, lagi pula saya sangat menyayangi isteri dan tidak mahu berpisah dengannya,” katanya.

Ramli berkata, dia nekad untuk mengubah sikapnya dan berharap hubungan mereka suami isteri berkekalan.

Sehubungan itu, katanya, dia akan membuang sikap buruknya yang ada kala gemar menonton filem lucah ganas dan pelik, selain cuba bersikap normal kepada isteri ketika bersama.

“Saya difahamkan juga ada kemungkinan nafsu pelik yang saya miliki ini adalah disebabkan keturunan atau saka. Saya tidak pasti mengenainya, tetapi tidak salah berubat.

“Saya sedar apa yang saya lakukan pada isteri tidak patut sebagai seorang yang beragama Islam. Saya sepatutnya melayan dan membelai dia dengan baik.

“Saya bersyukur, isteri masih memberi peluang kepada saya. Begitu juga dengan keluarga yang ambil berat dan cuba menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya.


* Apa masalah suami dia ni haa? pelik tul...mgkin terbawak2 aksi dari cite CD2 yg dia tgk tu kot...tahu isteri dia tak suka / sakit..tapi bt gak...
*Bila Nafsu dah menguasai diri, otak gagal berfungsi...maka...inilah jadinya...


Friday, December 17, 2010

~Budak Sekarang~

Malam tadi aku tdo lambat..layan si kakak main komputer...budak2 sekarangkan..cepat tul belajar...3 thn dah pandai main komputer...pandai lak tu main2kan mouse tu..aku dulu first time pegang komputer ni time lepas SPM...tu pun terkial2 nak belajar...pegang mouse pun cam susah jerk..hahahah

kakak 3 thn dah pandai main komputer..pandai lak tu gi kat paint, pastu kata kakak nak lukis rumah..memula aku ingatkan yg kakak nak lukis tu tak de la rupa rumahkan..kot main lukis2 jerk erti kata lain main conteng2 jerla..aku agk mmg kakak tak tahu laa..bdk 3thnkan..aku tgkkan je mana kakak klik, sekali dlm hati aku berkata..eh..pandai gak kakak ni..tahu nak klik apa utk lukis..kalau salah tu..tau lak eraser yg mana..kagum gak la aku ngan kakak ni....apa yg kakak design mmg rumah..wlaupun senget2..



dah mula melukis...aku amik gambar ni pun dia tak heran...

see...dah rupa bumbung rumah walaupun senget2...


rumah dah bertiang...

dah nak jadi...

tada....dah jadi rumah..
aku: pandainya kakak lukis rumah...cantik rumah kakak...
kakak: belum siap lagi la mama...kakak nak lukis pintu ngan tingkap..

rumah dah berpintu...

pastu dia padam..tak cantik katanya..tak puashati...nak bt lain..

dah siap rumah lain..rumah ni besar sikit...pintu tingkap pun bulat..
aku: ni apa ni kakak? (tepi rumah tu ngan belah bawah)
kakak: pokok la mama...
aku: ooooooooooooo...pokok...hehhe

dia padam balik..dia bt lain..cam tu la...macam2 design dia bt...aku dah ngantuk dah..dia tak ngantuk2 lagi..aku nak tdo..dia suh temankan...so, layan jerlaa...

nila dia budak yg design rumah2 tu...mata bulat lagi..adiknya dah selamat belayar dah...

khusyuk melukis...

pujuk punya pujuk...akhirnya nak gak dia tdo...tu pun bila jam menunjuk pukul 1pg..aku pun nak la off PC tu...tak bagi lak kakak..katanya esok dia nak lukis lagi..aku pun biarlaa PC tu on..bila kakak dah tdo baru aku offkan...sekian..


ps: Rupa2nya salah tafsiran mama..so,jangan pandang rendah terhadap keupayaan anak sendiri..budak2 skg mmg cepat belajar...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails