Followers

Wednesday, August 18, 2010

~Tips Atasi Anak Nakal~

Salam...

Hari ni aku nak berkongsi tips utk mengatasi anak yg nakal..sebenarnya anak2 kecil ni dia tak nakal, dia cuma nak mengexplore, nak tahu kalau bt cam ni jadi apa..bt cam ni jadi apa..org kata bila anak2 kecil ni aktif bergerak, ada je benda yg dia nak bt, otak dia akan berjalan dan boleh dikatakan cerdik laa..cuma bila kita marah, bila kita kata JGN, lagi laa dia suka bt..betul tak?? jadi, kita kena ckp baik2 dan menasihati dia..cthnya: " tak baik bt macam ni..nanti jadi macam ni...." nyatakan sebab kenapa kita kata JGN..dan selalu kena ingatkan dia..


*Gambar dari En Google

Ok..jom kita baca tips2 utk mengatasi anak nakal

Bagaimana utk menjadi ibu bapa yg baik? Penulis buku Psikologi Kanak-kanak, menyebut tentang empat "Gaya keibubapaan dalam mendidik"

1. Gaya Pintaan = Inginkan anak-anak berkelakuan seperti org dewasa atau lebih tepat lagi iaitu sempurna

2. Gaya Responsif = Ibu bapa yg berada di tengah- tengah, tidak memaksa, menerima dan sentiasa memahami atau berkongsi perasaan dengan anak-anak.

3. Gaya Autoritarian = Mereka yg ingin membentuk anak-anak mengikut acuan sendiri. Menilai sikap anak menggunakan telunjuk mereka dengan cukup berdisplin.

4. Gaya Permisif = Bertolenrasi dengan anak, menerima kemahuan anak tetapi ada batasnya.


Jika segala usaha pendekatan psikologi telah dilakukan, kita dinasihatkan untuk menguasai teknik ' Sentuhan iman' pada jiwa anak. Terdapat beberapa gaya sentuhan iman yg diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada para sahabatnya di dalam mentarbiahkan anak-anak mereka.

1. Jangan sebut kalimah NAKAL kepada anak-anak, kerana Malaikat akan menulis perkataan itu sebagai doa yang akan dikabulkan oleh Allah SWT. Semakin anda sering melontarkannya, ia akan menyebabkan kecederaan psikologi pada diri anak. Mereka hanyalah manusia yang masih kurang akalnya, belum sempurna pemikiran dan tidak mengerti ke mana arah hendak berjalan. Sebagai ibu bapa, kita sepatutnya suka memaafkan dan mendoakan mereka menjadi anak yg soleh. Kata-kata ibu bapa adalah doa yg tiada hijab antara mereka dengan Allah SWT. Jangan jadikan kata-kata sebagai bumerang yang akan memangsakan anak-anak kita.

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:" Dia tiga org yg pasti dikabulkan oleh Allah SWT ialah doa org yg tertindas, doa org yg sedang dalam musafir dan doa org tua terhadap anaknya." ( Hadis riwayat at-Tarmizi daripada Abu Hurairah)


2. Jangan pandai hanya menyuruh, mengugut dan memaksa kehendak anda. Dekati dn jadikan anak-anak sebagai sahabat. Bimbing dan buat aktiviti positf bersama2 mereka. Rasulullah SAW pernah mengajar seorg anak kecil yg akhirnya menjadi lelaki paling dihormati umatnya kerana ilmu dan kemuliaan akhlaknya. Dia bernama Abdullah b Abbas.
Beliau berkata: " Suatu hari aku berada di belakang tunggangan bersama Rasulullah SAW, maka baginda bersabda yg maksudnya: "Wahai anak kecil, sesungguhnya aku hendak mengajarkan kamu beberapa pelajaran: Peliharalah Allah ( dengan melaksanakan semua perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA ) nescaya Allah akan memelihara kamu. Peliharalah Allah nescaya kamu akan mendapatiNya di hadapanmu. Kalau kamu memohon, pohonlah kepada Allah. Kalau kamu meminta tolong, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahawa apabila manusia berhimpun untuk memberi suatu kebaikan kepadamu nescaya mereka tidak akan boleh memberinya kecuali dgn izin Allah. Dan apabila mereka berhimpun utk memberi kemudaratan kepada kamu, nescaya mereka tidak boleh melakukannya kecuali dgn ketentuan Allah, pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering." Hadis riwayat Imam al-Tarmizi dan Ahamd.

Begitu indahnya pengajaran dan didikan Rasulullah SAW kepada seorang anak kecil ini. Dengan contoh teladan dan bimbingan yang penuh kasih sayang, ia mampu menyentuh jiwa Ibnu Abbas, membersihkan dan menyinarinya dgn cahaya iman.


*Gambar dari En Google


3. Dunia kanak-kanak adalah bermain. Apabila sarjana barat seperti Rousseau, John Dewey, Piaget dan Soderman mencipta sistem pembelajaran 'Fun Learning' yang menghasilkan idea transformasi ilmu dan keseronokan, ia dikatakan telah membawa perubahan positif dalam perkembangan kecerdasan kanak-kanak.

Aktiviti bermaim sambil belajar sebenarnya telah diamalkan oleh kaum Muslimin menerusi sabda Rasullullah SAW yg bermaksud: " Kewajipan ibu bapa kepada anaknya adalah mengajar mereka menulis, berenang dan memanah serta tidak memberi rezeki kecuali yg halal." Hadis riwayat al-Baihaqi.

Bermain boleh menguatkan sistem motorik pada diri anak. Cerdas bukan hanya pada sisi akademik, ia hendaklah melibatkan unsur-unsur lain seperti cedas emosi, jasmani dan spiritual. Manakala aspek kehalusan seni dan penghayatan imaginasi banyak dipelajari dengan cara bermain dan berhibur.

Anak adalah ujian dan juga perhiasan yg mengagumkan. Mereka adalah harta yg paling bernilai dan nikmat Allah SWT yg paling unik. Jika kita sabar dan ikhtiar dengan bersungguh-sungguh, kita pasti mampu membentuk mereka menjadi 'manusia pilihan'. Namun waspadalah daripada hasutan syaitan yg mahu menghancurkan segala impian kita. Yang tak kalah merbahaya adalah hawa nafsu yg diikuti . Sebahagian ibu bapa mahukan kebebasan dan bencikan kongkongan terhadap anak-anak mereka. Tentu saja hidup selepas kehadiran anak pasti berubah. Oleh itu ibu bapa dituntut supaya banyak berkorban masa, tenaga dan emosi untuk melihat perkembangan anak mereka dgn sempurna. Kerana anak-anak, anda terpaksa mengorbankan keseronokan seperti dahulu sebelum kelahiran mereka. Itulah harga yg perlu dibayar untuk menjadi ibu bapa yg amanah. Belajarlah menjadi ibu bapa yg kreatif dan dinamik dan bergaya hebat di mata anak-anak.



*Gambar dari En Google

*Sumber Mingguan Wanita


2 Komen Sahabat Saya:

::Mamalyna:: said... [Reply to comment]

tq for the info...budak sedang membesar nie, banyak jer akal meka nak buatkan...

Sricahaya said... [Reply to comment]

sesama..ilmu utk dikongsi bersama..
tula pasal..ada je benda yg nak di buatnya...:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails