Followers

Friday, August 20, 2010

~Tips Mencuci Sayuran~

*Image frm Google
Salam..

Hari ni aku nak kongsi tips mencuci sayur2an...jom baca..

Makan sayur-sayuran dapat membantu memelihara kesihatan tubuh badan anda, namun jgn kerana kealpaan ketika membersihkan sayur-sayuran anda dibebani penyakit-penyakit lain.

Sayuran perlu dicuci dan dibersihkan dgn betul. Ini kerana, kebanyakan sayur2an mengandungi pelbagai bahan kimia dan racun serangga untuk mengelakkan sayur2an daripada dimakan ulat dan serangan penyakit.

Jadi, biasakan diri utk mencuci sayur2an terlebih dahulu sebelum dimasak utk menyingkirkan bahan kimia yg terdapat pada sayuran anda. Ikuti tip2 mudah utk mencuci sayuran:

* Cuci sayuran sebelum dipotong agar zat2 penting di dalam sayuran tersebut tidak hilang dan larut bersama air.

* Gunakan air bersih yg mengalir utk membersihkan daun dari bahan kimia berbahaya dan bersihkan tanah yg masih melekat pada akar sayur2an anda.

* Ketahui usia sayuran utk memenimumkan kandungan zat kimia yg melekat pada batang atau daunnya. Racun serangga yg digunakan pada ketika merawat sayur2an membuatnya lebih kebal terhadap hama dan jangkitan penyakit, tetapi memerlukan waktu yg lebih lama utk hilang ketika mencucinya.

* Sayur2an organik mudah dibersihkan kerana tdk mengandungi bahan kimia, namun ia agak mahal. Walau apa juga jenis sayuran yg anda ambil, sebaik2nya cuci sayuran terlebih dahulu sebelum memasak.

p/s: aku selalu basuh sayur cam ni, ptg dulu sayur, pastu rendam ngan air garam..biarkan 5-10 minit, msti kekotoran dia kuar..lagi pucuk paku...kekadang ulat dia pun kuar..hihi..pastu bilas la 3 x..

2 Komen Sahabat Saya:

Ummu~Ishak said... [Reply to comment]

mak aku mmg akan rendam dulu sayur.. agak 2-3 jam baru bilas dan potong.
kaklong,cara ko tu menghilangkan zat2 yg ada kat sayur tu la..pe kata ko rendam dan bersihkan dulu pastu baru potong

Sricahaya said... [Reply to comment]

mmg aku bersihkan dulu, pastu potong, sbb tu la aku rendam ngan air garam sekejap jerk..pastu bilas...lepas bilas terus campak dalam kuali..hehe

*nak cepat punya pasal

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails