Kagum dengan kehebatan kanak-kanak ini dan lebih kagum sebenarnya kepada Ibubapa kepada budak ini kerana berjaya mendidik anaknya untuk membaca dan menghafal al-quran pada usia semuda ini.
Menurut ibu kepada kanak-kanak perempuan ini Darwisya Adriana Rozali, tiada apa lebih atau peliknya kepada anak mereka kerana semua anak-anak mampu melakukannya janji diasuh,jaga pemakanan dan teknik mengajar yang betul.
Teknik Mazlina, ibu kepada Darwisya :
- Mendedahkan Darwisya dengan VCD al-furqan seawal usia 6 bulan
- Pada setiap pagi, anak-anak beliau akan diperdengarkan dahulu dengan ayat-ayat suci Al-Quran sebelum menonton televisyen
- Mengambil masa 30 minit – 1 jam untuk mengajar anak-anak membaca al-quran pada waktu malam menggunakan kaedah Iqra’
- Mazlina menggunakan set buku dan VCD Al-Furqan bermula sejak bayi sehingga kedua-dua anaknya mengenal huruf dan boleh membaca.
- dia menyambung kepada buku Iqra’ jilid satu hingga enam dan untuk hafazan, dia menggunakan kaedah Al-Huffaz iaitu buku hafazan untuk satu juzuk dalam satu set.
- Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid sempurna, Mazlina selalu memperdengarkan pada mereka bacaan al-Quran daripada VCD pada setiap pagi dan Maghrib.
- Mazlina juga amat mementingkan pemakanan untuk anak-anaknya kerana makanan yang terjamin halal wajib untuk penghafaz al-Quran
Antara makanan tambahan yang diberikan kepada anak-anaknya :
- kacang badam
- Kismis
- Kurma
- Madu
- habbatus sauda
- buah zaitun
- Air yang dibaca dengan surah Taha
*Sumber SINI
Kesimpulannya, ibubapa yang perlu mendidik anak dengan cara yang betul….
p/s: Seronokkan kalau anak2 kita dah boleh baca Al Quran semuda ini..takpelaa, janji anak2 kita pandai baca al-quran walaupun tak semuda ini..
0 Komen Sahabat Saya:
Post a Comment