Followers

Saturday, July 10, 2010

~Tips Untuk Pesakit Anemia~


Salam..

Ari ni aku nak share tips2 utk pesakit Anemia iaitu kurang darah merah..biasanya ibu2 mengandung akan mengalami situasi macam ni, termasukla aku sendiri..boleh pitam atau pengsan tau kalau kurang darah merah ni..so, kenalah berjaga2 dari skg dan pemakanan kita pun kena jaga...

Diet Untuk Memperbanyakkan Hemoglobin
-Makan makanan yang kaya dgn Zat Besi.
- Zat Besi itu terkandung dalam daging merah, ikan, ayam, hati, telur, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bayam brokoli dan tauhu.

Mempercepatkan Penyerapan Zat Besi.
-Jangan lupa utk makan makanan atau minuman yang membantu penyerapan zat besi seperti jus limau, strawberi, brokoli atau buah-buahan dan sayur2an yang mengandungi vitamin C

Jangan Minum Kopi atau Teh Setelah Makan
- Kedua-dua jenis minuman ini menyukarkan tubuh menyerap zat besi

Hati-hati Dengan Kalsium
- Kalsium melemahkan penyerapan zat besi. Berbincanglah dengan doktor bagaimana cara terbaik mendapatkan kalsium dan zat besi sekali gus untuk kesihatan tubuh anda.

Penting Juga Vitamin B12 dan Asid Folic
-Kedua2 zat ini terdapat dalam daging ayam, daging meran dan sayur2an

Suplemen Zat Besi
-Berbincanglah terlebih dahulu dgn doktor kerana pil suplemen mempunyai kesan sampingan seperti pening kepala, muntah2 dan alahan ( aku dulu makan Iron Folic, Kalsium dgn B Complex dari produk AMWAY..alhamdulillah laa, HB aku pun maintain jerk 11-12 )

Lakikan Pemeriksaan Kesihatan Setiap 5 hingga 10 Thn
- Jika anda wanita yg tidak hamil di usia produktif, buat pemeriksaan darah setiap 5 hingga 10 thn untuk mengesan adakah anda menghidap anemia. Ujian anemia ini boleh dilakukan ketika anda melakukan pemeriksaan kesihatan biasa.

Bilakah Waktunya Anda Perlu Berwaspada?
-Jika anda wanita yg tidak hamil di usia produktif, waspada anemia setiap:
1. Haid dgn darah yg keluar dgn byk sekali.
2. Kekurangan zat besi.
3. Sebelum ini pernah disyaki mengalami anemia.

0 Komen Sahabat Saya:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails