Followers

Thursday, July 01, 2010

~8P Tips Kebahagian Rumahtangga~

Salam..

Hari ni aku nak kongsi Tips kebahagian Rumahtangga daripada Ustazah Siti Nur Bahiyah utk korang semua..moga2 rumahtangga aku ngan korang semua berkekalan sehingga akhir hayat..ok..jom kita baca..

1. P yang pertama ialah "PUJI" iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
-bg aku ucapan terima kasih tu perlu, supaya pasangan kita tu rasa kita menghargai apa yg dia bt..

2. P yang kedua ialah " PELUK" yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang
-peluk ni aku rasa tak la penting sgt kot..bg aku laa..aku rasa rimas la plak kalau 24 jam nak peluk je, tak jadi bt keje nanti..hahahaha..tengok keaadaan n tempat laa..

3. P ketiga ialah "PENGHARGAAN" di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
-yg ni aku rasa ok la gak, sesekali dapat suprise dari en hubby kan ke sonok tu..sbb susah nak dpt hadiah ni, melainkan hadiah bezday n anniversary jer..heheheh tak perlu yg mahal2, dapat coklat pun dah rasa sonok sgt ye tak?? hihihi

4. P keempat ialah "PERHATIAN" yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
- bg aku yg ni penting..perlu ada perhatian dalam rumahtangga.

5. P kelima mewakili "PERSEFAHAMAN" kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
-yg ni penting gak..kalau tak ada persefahaman antara satu sama lain, mau hari2 bertekak..

6. P keenam membawa maksud "PERGAULAN" iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan org lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan org ketiga.
-kena pandai jaga tatasusila ngan jada diri..utk mengelakkan fitnah..

7. P ketujuh adalah "PERCUTIAN" di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua2an dgn pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
-aku rasa perlu..sesekali berjalan bersama family..sethn sekali pun ok kan...tapi aku tak leh la gi berdua2an..nanti asyik teringat kat kakak n adik jer..hehehe pergi sehari ok la kot..hehehe

8. P yg terakhir ialah "PERMOHONAN" iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
-ni pun penting..time susah n senang kita kena ingat padaNYA..kena sentiasa berdoa minta family kita ni dilindungi dari segala musibah..dan minta kebahagian rumahtangga..

Ustazah Siti Nur Bahiyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yg boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara sumai isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah yg sama.

Kunci kebahagian rumahtangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dgn Allah. Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumahtangga kerana jiwa yg kosong.

p/s: " Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yg suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga"


4 Komen Sahabat Saya:

Afne said... [Reply to comment]

tq sri. blh praktikkan :)

Sricahaya said... [Reply to comment]

welcome..sesama kita praktikkan yerk..hehehe

sharing is caring.. :)

r|nA @ ja|j|na said... [Reply to comment]

salam..tips ini amat berguna untuk saya yg baru setahun jagung berkahwin..thanks ye sbb sudo berkongsi ilmu..

Sricahaya said... [Reply to comment]

:) sesama..ilmu tak luak pun kalau dikongsi.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails