Followers

Tuesday, March 15, 2011

~Hidung Berdarah~

Assalamualaikum...

Hari ni cam biasa aku bgn pagi siap2 barang kakak n adik, n siapkan air utk abg..dlm kul 6.45pg aku n abg angkat kakak n adik nak masuk dlm keta..bila letak kakak dlm keta abg perasan hidung kakak berdarah, tapi darah tu dah kering..aku dah cuak dah, dlm otak ni dah fikir macam2..kakak tak penah lagi kena hidung berdarah ni..risau kalau berdarah sbb lain..

Naik atas aku tgk kat bantal kakak mmg ada darah..mgkin darah tu kuar time dia tgh tido...aku tel mak aku ckp hidung kakak berdarah..suh adik aku tlg tgk2kan kakak..mak aku kata panas dalam tu..bila dlm badan panas darah akan kuar melalui hidung...

Adik aku kata semalam mmg kakak main kat luar waktu tengahari..mgkin sbb tu kot bila mlm darah kuar melalui hidung..harap2 ni la kejadian pertama dan terakhir...aku ni bkn apa, bila aku tgk darah kuar byk, aku jadi cuak, gelabah, panik..harap2 tak la jadi lagi lepas ni...

Korang ada pengalaman tak kejadian hidung berdarah ni kat anak...? korang bawak gi klinik tak? 



Aku ada search kat internet pasal hidung berdarah ni, :


PENDARAHAN HIDUNG 


Pengenalan 

Perdarahan hidung adalah masalah biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak. Ianya boleh
berlaku secara spontan atau disebabkan trauma. Walau bagaimanapun, kebanyakan sebabsebabnya tidak dapat dikenalpasti. Ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam
hidung iaitu “little area” yang senang untuk berdarah.

Apakah yang menyebabkan hidung berdarah? 


Terdapat banyak sebab-sebab termasuk
• Sejuk dan alahan
• Jangkitan pada salur hidung (sinus)
• Trauma, sebagai contoh, menghembus hidung terlalu kuat,memicit hidung,kecederaan
pada bahagian dalam hidung,benda asing didalam hidung.
• Dinding tengah hidung senget
• Ketumbuhan di dalam hidung(contoh: polyps,tumor)
• Penyakit lain yang berkaitan(contohnya sakit buah pinggang yang yang kronik,
trombosaitopenia (bilangan  platlet yang rendah) dan penyakit darah contoh
hemophilia.
• Ubatan yang melambatkan pembekuan darah.
• Tindakbalas bahan kimia.
Kebanyakan kes tidak dapat dikenalpasti sebab-sebabnya.

Apakah tanda-tanda dan gejala? 


• Pendarahan satu atau kedua-dua lubang hidung.
• Kerap menelan darah yang menyebabkan muntah yang mengandungi darah.
• Merasa ada cecair dibelakang hidung dan tekak.

Apakah rawatan untuk hidung berdarah? 


Langkah kecemasan:
• Beri keselesaaan kepada kanak-kanak tersebut.
• Dudukan dia didalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
• Suruh kanak-kanak tersebut bernafas melalui mulut.  • Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit.
• Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya
mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.
• Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10  minit periksa samada pendarahan telah
berhenti atau tidak.
• Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit. Jika pendarahan
berterusan segeralah berjumpa doktor .
• Jika pendarahan telah berhenti, nasihatkan kanak-kanak tersebut supaya terus duduk
dan jangan menyapu atau bernafas melalui hidung.

Rawatan bergantung pada sebab-sebab:  
• Rawat masalah yang berkaitan.
• Nasihatkan supaya berhenti mengorek hidung dan menghembus hidung dengan kuat.
Dalam kes pendarahan yang tidak terkawal, pakar bahagian  telinga tekak hidung akan
memberi rawatan mengikut keadaan seperti membuat sumbatan pada hidung, penggunaan
bahan kimia/ubatan tertentu untuk menghentikan perdarahan.

Bagaimanakah anda mengelakkan dari hidung berdarah?  
• Elakkan dari mengorek dan menghembus hidung dengan kuat.
• Rawat masalah kesihatan yang boleh menyebabkan komplikasi hidung berdarah.

Apakah komplikasi?  
Dalam kes trauma adalah penting untuk memastikan tiada pengumpulan darah di septum
hidung untuk mengelakan terjadinya hidung “saddle”.(berbentuk pelana kuda)

Apakah telahan atau ramalan tentang penyakit  ini(prognosis)?
Bergantung pada sebab – sebab perdarahan. 90% perdarahan meningkat dari kawasan
“little”(bahagian hadapan septum hidung) dan peluang untuk sembuh adalah tinggi.



6 Komen Sahabat Saya:

MummyEcha said... [Reply to comment]

as salam akak....

ank dara saya selalu gak hidung berdarah...bawa jumpa doc n tak lama tu dah ok balik...seyes...salah satu punca hidung berdarah..panas badan di dalam...

Sricahaya said... [Reply to comment]

@MummyEcha
salam..

yeke..? doc kata apa? tulaa..sbb anak akak ni mmg aktif n lasak..suka sgt bila main kat luar..mgkin sbb panas dlm gak kan..hrap2 tak de la sbb lain.

r|nA @ ja|j|na said... [Reply to comment]

betul tu, mak rina dulu selalu pesan jgn main tgh² panas..nanti kuar darah kat idong..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@r|nA @ ja|j|na

budak dulu kalau mak kata jgn tak bt...bdk skg tak makan saman..hehehe nak main gak..

Ummu~Ishak said... [Reply to comment]

sofwa selalu idong darah

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Ummu~Ishak

yeke...umairah first time..tu yg aku cuak gile tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails