Followers

Wednesday, March 16, 2011

~Kenduri kahwin jadi majlis tahlil~


KOTA BHARU – Majlis kenduri kahwin yang sepatutnya diadakan semalam bagi meraikan bakal pengantin bertukar menjadi jamuan makan dan tahlil ekoran kematian pengantin lelaki, Muhammad Nor Farhan, 26, yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Pasir Puteh-Jelor di Bukit Gedombak, dekat sini Khamis lalu.
Bapa Muhammad Nor Farhan, Razali Salleh, 50, berkata, tindakan itu dilakukan bagi memenuhi hajat arwah anaknya yang ingin menjamu penduduk dan rakan-rakannya. Muhammad Nor Farhan sepatutnya bernikah dengan pasangannya, Tuan Norhidayah Tuan Lah, 24, pada pukul 8 malam hari kejadian.
Bagaimanapun, pekerja Felcra itu maut empat jam sebelum bernikah apabila kereta jenis Proton Satria yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa sekam padi.
Sebelum kejadian, anak sulung daripada enam beradik itu dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Kuala Berang, Terengganu ke rumahnya di Cabang Tiga, Pengkalan Chepa di sini.
Bercerita lanjut, Razali memberitahu, tujuan dia sekeluarga mengadakan kenduri itu ialah untuk meraikan jemputan yang datang dari jauh dan yang tidak mengetahui mengenai nasib yang menimpa anaknya.
Tinjauan Kosmo! pada pukul 11 pagi semalam mendapati, sebuah khemah berwarna biru dipasang dengan kerusi dan meja selain seekor kambing menjadi sajian tetamu.
“Kejadian tersebut turut membuatkan saya merasa risau mengenai nasib lima lagi anak lelaki saya yang bakal berkahwin kelak. Mungkin kejadian itu akan berulang terhadap mereka.
“Mereka bekerja jauh dan apabila pulang ke kampung, semuanya memandu kereta. Saya terlalu bimbang mengenai nasib mereka,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

ps: Takziah bt family dan pasangan arwah..semoga family dan pasangan arwah tabah menghadapi dugaan...mesti family dan pasangan arwah trauma dgn kejadian yg berlaku ni..al-fatihah..

10 Komen Sahabat Saya:

NaniE said... [Reply to comment]

hepi belated birthday shida..tadi baca entry ummu, baru perasan..semoga selalu dipermudahkan rezeki dan dipanjangkan usia untuk terus mengumpul pahala..amin..

r|nA @ ja|j|na said... [Reply to comment]

Al_fatihah buat arwah..hajat nak berkahwin tak terlaksana..tentu bakal pengantin perempuan sedih kan..

alyyani said... [Reply to comment]

yaAllah, mcm boleh jadi kan? dan kita hanya merancang, Allah lebih mengetahui.. al-fatihah..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@NaniE

tq nanie..alamak..segan den..huhuhu

Sricahaya said... [Reply to comment]

@r|nA @ ja|j|na

tu la kan..tak kesampaian..mesti pengantin perempuan tu cam trauma nak kawin lagi..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@alyyani

ajal maut ditangan tuhan...allah yg menentukan segalanya..

Ummu~Ishak said... [Reply to comment]

siannya kat pengantin pompuan

isk isk

Farrah Hasna said... [Reply to comment]

alfatihah..smoga yg terlibat tabah mengharunginye
http://faraizar.blogspot.com/

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Ummu~Ishak

tulaa..siankan..

Sricahaya said... [Reply to comment]

@Farrah Hasna

salam perkenalan..

amin..harap2 cam tu la kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails