Hari ni sri kena gi opis, sbb jadi urusetia utk Kursus Pra Perkahwinan..kakak, sri tinggalkan kat umah mak sri..adik plak sri bawak gi umah k.lin yg jaga anak2 sri time sri kerja..tgari tadi mak sri call kata tgn n kaki kakak ada bintik2 merah..sri cakap kalau teruk sgt mak bawak la gi klinik dulu..sbb kalau nak tgg sri balik keje lambat lagi..
Ptg tadi balik, tanya mak dah bawak gi klinik ke blm..rupanya tak gi lagi..sbb tgk dia cam ok..sri mmg dah perasan dua tiga hari ni kakak cam kurang makan..susu pun minum sikit je..selalunya hbis..mlm pun pempers kering jer..selalu kul 2 mesti sri tukarkan pempers dia..tu pun bgn pg dah penuh...so, mlm lepas maghrib sri n hubby bawak kakak gi klinik, Klinik Zahrin..doktor tgk kaki dia, lutut, tangan n dalam mulut..doktor kata ank awak ni kena penyakit kaki tangan n mulut..sri dah agak dah..sbbnya tanda2 tu ada kat kaki n tgn, mulut sri tak perasan..tapi sbb dia tak nak makan mungkin ada la kot..
Doktor kata anak awak ni aktif..ok lagi laa..kalau dia demam, pastu tanda2 makin byk..tak aktif..cepat2 bawak gi hospital..kena tahan wad..sri dgr kena tahan wad tu yg tak sanggup tu.. pastu doktor tu kata utk bg tekak dia selesa..saya syorkan bg dia makan aiskrim mangkuk yg kecik tu..jgn bagi dia makan makanan pedas,pns, berminyak..so, doktor tu bg ubat antibiotik,alahan n ubat sapu kata dalam mulut..
Patutla tgk bila dia nak mkn je dia kata kit..kit..(sakit) kekadang tu masuk dalam mulut je pastu dia kuarkan balik..mlm tadi sri btkan susu dia, pastu masuk dalam peti ais..nak tdo malam tadi try bg..alhamdulillah hbs dia minum..tgk dia minum susu smp hbs seronok je rasa...sblm ni sekali sedut je dah taknak..mlm tadi tdo lena..kenyang agaknya..mlm2 sblm ni nangis..tdo pun kejap2 bgn..
keylaa..nanti cite lagi yer..sory gambar tak sempat nak amik..
0 Komen Sahabat Saya:
Post a Comment