Followers

Thursday, March 31, 2011

~Fuhhhh...lega..~

Salam..


Aisehhh..lama tul aku tak mengupdate blog ni...sempat tgk2 jerk..bw kejap...pastu sambung bt keje...sbbnya Audit Bendahari Negeri nak turun...bila? harinya ari ni laa..hehe...tu yg tajuk atas tu bunyinya cam tu..hhehe..sebabnya baru lepas kena audit...alhamdulillah, semuanya berjalan ngan lancar...tak byk pun yg ditegur, cuma 1,2 perkara jer..yg lain semua ok...

25hb April ni pun ada Audit n Naziran SPEKS nak turun..nak cek pape yg patut..huhuhu...kena bersiap sedia la nampaknya...harap2 semuanya ok..

Wednesday, March 23, 2011

~Tahniah bt Adikku Shahirah~




Salam..

Tahniah bt adikku shahirah, mendapat result SPM yg cemerlang bagi aku..walaupun tuan punya badan tak berapa puas hati dgn result SPM sendiri....syukur la dgn apa yg kita perolehi...kita dah usaha menjawab soalan dgn sebaiknya dan bertawakal kpd Allah..dan skg dah dapat resultnya...tu la keputusan yg kita usahakan selama ni..syukur alhamdulillah la kan..byk gak A tu..apa pun..bila masuk Universiti nanti..tingkatkan usaha lagi utk dapat yg terbaik okey..


* Alhamdulillah..tetamu yg aku tunggu2 hadir jua tadi...hehehehe...bkn tak nak, tapi tunggu si adik ni besar sikit... :)

Tuesday, March 22, 2011

~Risau~

Salam...

Lama blog aku ni bersawang...mood nak update telah hilang...just blogwalking ke rumah u all's jer..itu pun baca tanpa meninggalkan komen..tak tahulaa kenapa kemalasan melanda...huhuhuhu...

Tajuk diatas tu mengatakan aku risau..risau kenapa? risau sbb tetamu yg selalunya hadir pada tiap2 bulan, belum hadir lagi pada bln ini...huhuhu...takpe..baru lewat sehari..kita bg peluang utk hadir dlm mgg ni..harap2 hadir la dikau...huhuhuhu


Wednesday, March 16, 2011

~Kenduri kahwin jadi majlis tahlil~


KOTA BHARU – Majlis kenduri kahwin yang sepatutnya diadakan semalam bagi meraikan bakal pengantin bertukar menjadi jamuan makan dan tahlil ekoran kematian pengantin lelaki, Muhammad Nor Farhan, 26, yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Pasir Puteh-Jelor di Bukit Gedombak, dekat sini Khamis lalu.
Bapa Muhammad Nor Farhan, Razali Salleh, 50, berkata, tindakan itu dilakukan bagi memenuhi hajat arwah anaknya yang ingin menjamu penduduk dan rakan-rakannya. Muhammad Nor Farhan sepatutnya bernikah dengan pasangannya, Tuan Norhidayah Tuan Lah, 24, pada pukul 8 malam hari kejadian.
Bagaimanapun, pekerja Felcra itu maut empat jam sebelum bernikah apabila kereta jenis Proton Satria yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa sekam padi.
Sebelum kejadian, anak sulung daripada enam beradik itu dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Kuala Berang, Terengganu ke rumahnya di Cabang Tiga, Pengkalan Chepa di sini.
Bercerita lanjut, Razali memberitahu, tujuan dia sekeluarga mengadakan kenduri itu ialah untuk meraikan jemputan yang datang dari jauh dan yang tidak mengetahui mengenai nasib yang menimpa anaknya.
Tinjauan Kosmo! pada pukul 11 pagi semalam mendapati, sebuah khemah berwarna biru dipasang dengan kerusi dan meja selain seekor kambing menjadi sajian tetamu.
“Kejadian tersebut turut membuatkan saya merasa risau mengenai nasib lima lagi anak lelaki saya yang bakal berkahwin kelak. Mungkin kejadian itu akan berulang terhadap mereka.
“Mereka bekerja jauh dan apabila pulang ke kampung, semuanya memandu kereta. Saya terlalu bimbang mengenai nasib mereka,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

ps: Takziah bt family dan pasangan arwah..semoga family dan pasangan arwah tabah menghadapi dugaan...mesti family dan pasangan arwah trauma dgn kejadian yg berlaku ni..al-fatihah..

Tuesday, March 15, 2011

~Hidung Berdarah~

Assalamualaikum...

Hari ni cam biasa aku bgn pagi siap2 barang kakak n adik, n siapkan air utk abg..dlm kul 6.45pg aku n abg angkat kakak n adik nak masuk dlm keta..bila letak kakak dlm keta abg perasan hidung kakak berdarah, tapi darah tu dah kering..aku dah cuak dah, dlm otak ni dah fikir macam2..kakak tak penah lagi kena hidung berdarah ni..risau kalau berdarah sbb lain..

Naik atas aku tgk kat bantal kakak mmg ada darah..mgkin darah tu kuar time dia tgh tido...aku tel mak aku ckp hidung kakak berdarah..suh adik aku tlg tgk2kan kakak..mak aku kata panas dalam tu..bila dlm badan panas darah akan kuar melalui hidung...

Adik aku kata semalam mmg kakak main kat luar waktu tengahari..mgkin sbb tu kot bila mlm darah kuar melalui hidung..harap2 ni la kejadian pertama dan terakhir...aku ni bkn apa, bila aku tgk darah kuar byk, aku jadi cuak, gelabah, panik..harap2 tak la jadi lagi lepas ni...

Korang ada pengalaman tak kejadian hidung berdarah ni kat anak...? korang bawak gi klinik tak? 



Aku ada search kat internet pasal hidung berdarah ni, :


PENDARAHAN HIDUNG 


Pengenalan 

Perdarahan hidung adalah masalah biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak. Ianya boleh
berlaku secara spontan atau disebabkan trauma. Walau bagaimanapun, kebanyakan sebabsebabnya tidak dapat dikenalpasti. Ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam
hidung iaitu “little area” yang senang untuk berdarah.

Apakah yang menyebabkan hidung berdarah? 


Terdapat banyak sebab-sebab termasuk
• Sejuk dan alahan
• Jangkitan pada salur hidung (sinus)
• Trauma, sebagai contoh, menghembus hidung terlalu kuat,memicit hidung,kecederaan
pada bahagian dalam hidung,benda asing didalam hidung.
• Dinding tengah hidung senget
• Ketumbuhan di dalam hidung(contoh: polyps,tumor)
• Penyakit lain yang berkaitan(contohnya sakit buah pinggang yang yang kronik,
trombosaitopenia (bilangan  platlet yang rendah) dan penyakit darah contoh
hemophilia.
• Ubatan yang melambatkan pembekuan darah.
• Tindakbalas bahan kimia.
Kebanyakan kes tidak dapat dikenalpasti sebab-sebabnya.

Apakah tanda-tanda dan gejala? 


• Pendarahan satu atau kedua-dua lubang hidung.
• Kerap menelan darah yang menyebabkan muntah yang mengandungi darah.
• Merasa ada cecair dibelakang hidung dan tekak.

Apakah rawatan untuk hidung berdarah? 


Langkah kecemasan:
• Beri keselesaaan kepada kanak-kanak tersebut.
• Dudukan dia didalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
• Suruh kanak-kanak tersebut bernafas melalui mulut.  • Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit.
• Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya
mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.
• Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10  minit periksa samada pendarahan telah
berhenti atau tidak.
• Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit. Jika pendarahan
berterusan segeralah berjumpa doktor .
• Jika pendarahan telah berhenti, nasihatkan kanak-kanak tersebut supaya terus duduk
dan jangan menyapu atau bernafas melalui hidung.

Rawatan bergantung pada sebab-sebab:  
• Rawat masalah yang berkaitan.
• Nasihatkan supaya berhenti mengorek hidung dan menghembus hidung dengan kuat.
Dalam kes pendarahan yang tidak terkawal, pakar bahagian  telinga tekak hidung akan
memberi rawatan mengikut keadaan seperti membuat sumbatan pada hidung, penggunaan
bahan kimia/ubatan tertentu untuk menghentikan perdarahan.

Bagaimanakah anda mengelakkan dari hidung berdarah?  
• Elakkan dari mengorek dan menghembus hidung dengan kuat.
• Rawat masalah kesihatan yang boleh menyebabkan komplikasi hidung berdarah.

Apakah komplikasi?  
Dalam kes trauma adalah penting untuk memastikan tiada pengumpulan darah di septum
hidung untuk mengelakan terjadinya hidung “saddle”.(berbentuk pelana kuda)

Apakah telahan atau ramalan tentang penyakit  ini(prognosis)?
Bergantung pada sebab – sebab perdarahan. 90% perdarahan meningkat dari kawasan
“little”(bahagian hadapan septum hidung) dan peluang untuk sembuh adalah tinggi.



Saturday, March 12, 2011

~Meningkat Lagi Umurku..~


Happy bezday to me...hari ni genap la  umur aku 29thn..yakni thn terakhir dalam angka 20an..tahun dpn dah guna angka 3 plak...huhuhu..macam tak percaya je aku ni dah nak masuk 30an...sekejap je masa berlalu...rasanya baru slm aku hbs sekolah...padahal dah 12 thn berlalu tu...

Apa pun aku bersyukur sgt2 dgn keadaan sekarang ni yg serba serbi sederhana...dan aku bahagia disamping suami dan anak2...alhamdulillah 

Hadiah??? heheh...awal2 abg aku dah ckp dia tak tahu nak belikan aku apa..thn lepas dia bg jam tangan..tahun ni dia kata tak kan nak bg jam tangan lagi...hehehe..sudahnya dia tanya aku nak apa....aku pun tak th nak apa..aku ckp tak pe lah, bila aku nak sesuatu nanti br aku minta ngan dia..hehehe

key la..si kecik ni duk mengacau aku menaip jer...tak senang betul bila dia tgk mama dia duk dpn pc ni..ishhhhh


Monday, March 07, 2011

~Dpt Anak Buah Baru~

Lahir2 je terus celik mata...tgk sekeliling...bby zaman skg kan..

Alhamdulillah..adik ipar aku selamat melahirkan seorang puteri pukul 11.22 pagi tadi..seberat 3kg..
skg ni mak abah aku mempunyai 3 org cucu perempuan..hehehe..tak de lelaki lagi..2 org yg ada ni pun, dah meriuhkan keadaan..tambah lagi sorang tak tahu laa..hehehe

Zahirah ni pantang nampak bby..tak tahu la nanti bila adik ipar aku dah balik..mau dia cium geram..ari tu dia minta bby kat mak lang dia..hehehe..tu tandanya dia nak suh mak lang dia cepat2 kawin..hahaha...

Ramai yg suh aku tambah bby..hehe..niat dihati nak lagi..tapi nanti la dulu..tgg si zahirah besar sikit..skg ni br dua org ni pun cam 10 org..hahaha...selalu sgt mamanya jadi hulk..hehe


Adik bwh aku ngan Puterinya...nama tak tahu lagi..

Hari ni pulak bezday adik aku yg no 3..hari lahir dia dapat anak buah baru..hehe..thn depan leh sambut sesama..dlm family aku ni ramai bezday bln tiga..adik beradik aku je 3 org..termasuk aku..ni tambah lagi sorang bezday sm..hehe..pape pun tahniah bt adik aku, dah menjadi sorang ayah..

Buat adik aku janah..selamat hari lahir..thn depan blh la along tambah anak buah lagi..heheheh

Tuesday, March 01, 2011

~Bumi berharga RM14,844 trilion~



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang saintis telah mencipta formula untuk menilai harga planet Bumi dan dia menetapkan Bumi berharga 3,000 trilion (RM14,844 trilion), lapor sebuah akhbar semalam.
Saintis berkenaan yang bertugas di Universiti California-Santa Cruz, Greg Laughlin, membuat pengiraan itu berdasarkan faktor usia Bumi, saiz, suhu jisim dan beberapa statistik penting yang lain.
Dia mendapati Bumi adalah planet termahal berbanding planet-planet lain di cakerawala.
Cruz mencipta formula tersebut untuk menetapkan nilai planet-planet yang ditemui oleh kapal angkasa Kepler berharga £600 juta (RM2.9 bilion) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
"Saya percaya selama ini sukar untuk kita membayangkan nilai sesuatu planet terutamanya planet- planet yang menyerupai Bumi," katanya pada minggu lalu.
"Justeru, saya mencipta formula metrik ini supaya mudah untuk saya membuat penilaian sama ada sesuatu planet itu berharga atau sebaliknya," tambah Cruz.
Menurutnya, terdapat sekitar 1,235 planet di alam semesta dengan Marikh bernilai sekitar £10,000 (RM49,500), Zuhrah pula cuma 1 penny (RM0.04). - Kosmo

* Bagi aku bumi ni tak ternilai harganya...
*Byk yg nak diciterkn sebenarnya..tapi keBUSYan melanda..huhuhu


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails