Followers

Showing posts with label Luah Perasaan / Wish. Show all posts
Showing posts with label Luah Perasaan / Wish. Show all posts

Monday, February 21, 2011

~Kejadian Pagi Isnin~

 As Salam...

Ari ni lambat aku smp opis..nak dkt kul 9pg baru aku sampai, pagi2 dah bt aku tak de mood, rasa cam malas nak gi keje..apa taknya,  demam kakak dah ok, si adik lak mula nak demam. Pastu nak gi keje pagi tadi si kakak nangis nak ikut, si adik, bila tgk si kakak nangis, dia pun ikut gak nangis..dlm tgh kelam kabut tu, sbb dah kul 7.40 pg, aku pun start enjin, letak handbag n handphone dlm keta, sebelum tutup keta tu mmg aku tekan button kunci, supaya kakak tak leh naik ikut pintu sebelah..rupa2nya aku tak perasasn yg pintu belah pemandu tertutup, tapi tak rapat..dan aku ni lak gi rapatkan pintu tu dgn harapan bila rapatkan pintu tu button tu leh ternaik..rupanya2 dia tak ternaik pun...uuwaaaaaaa...dah la kunci spare kat dalam handbeg, handbeg tu dalam keta..hp pun sama..dari nak cepat langsung terlambat terus..

Aku pun apa lagi, cari lah pembaris besi, dawai halus, dawai kasar segala nak bukak pintu, godek punya godek tak leh gak..tak lama lepas tu, abah aku balik dari surau, dia la yg buatkan, adalah lebih setengah jam godek2 sekali button kunci tu ternaik..alhamdulillah lega sesangat. Kakak yg nangis tadi dah senyap..si adik lak yg beria2 nangis..selalunya ok jer..ni agaknya sbb tak sedap badan, tu yg merengek2 jerk..

Tgk jam dah kul 8.30pg...nak rushing pun dh mmg lambatkan..so, bawak la cam biasa..dgn time2 cam ni lori dah byk dh kuar, lagi la lambat, nak potong lori tak leh..so, ikut je la bontot lori tu..smp opis kul 9 pg..huhuhu..dh la mmg ari isnin ni tak de mood nak keje..smp2 opis lak nk bt keje Sistem tak leh nak bukak.. bila jadi cam ni langsung hlg mood..huh..


Thursday, February 10, 2011

~Kakak Dah Semakin Pulih~

Salam..

Tadi aku call adik aku tanya keadaan kakak mcmn, adik aku kata dari pg tadi smp skg kakak tak muntah lagi..cuma sakit perut nak membuang jerk..time aku call tu dia tgh tdo..harap2 tak de la kesan2 sampingan yg lain..

Mlm tadi mmg aku tak leh nak tdo, tdo pun tak lena..dlm kul 4pg cam tu, kakak mintak susu, aku bt kan susu hbs satu botol dia minum, lapar agaknya..pastu dia smbung tdo blik..kul5 pg dia batuk2 muntah balik..aku bg dia minum ubat batuk ngan sapu vick kat dada dia..baru dia lena balik nak tdo..ngan aku pun terlena sekali, sedar2 dah kul 6.30pg..apa lagi, terus melompat bgn sbb dah lambat..kejutkan ayah, mandi solat, btkan air utk ayah, kul 6.50pg ayah gerak gi anta kakak n adik..

Skg ni aku rasa teramat2la mengantuk..rasa cam nak balik tdo kat umah jerk..hehehe...kepala pun dah weng weng jerk ni..ingat nak lelap seminit dua la kat opis ni.. * leh caya ke seminit dua..hihihi



Benda alah ni la yg si kakak ni makan..Silica Gel..



Mungkin benda ni menarik bg dia kot..aku rasa dia makan 2-3 biji , bila rasa tak sedap terus dia biarkan adik dia yg main..

ps: alhamdulillah lah kakak dah semakin pulih..cuma sehari dua ni kena pantau keadaan dia..


~Kakak Keracunan..~

Salam...

Letih rasanya ari ni...kul 11mlm baru smp rumah...nak th kenapa?? sbb tadi emergency anta kakak gi klinik..citenya cam ni...hbs keje ptg tadi terus aku gi Ijok nak amik kakak n adik, smp sana dlm kul 6 lbh la..dah nak maghribkan, so aku lepaskan maghrib dulu baru balik umah..dlm masa nak tgg maghrib tu, cam biasalah anak2 aku main kat dpn (ruang tamu), aku ok je la kan...bila aku nak gi bilik air nak amik air sembahyang, aku nmpk adik tgh nak kutip sesuatu, aku pun gi kat dia..rupanya dia nak kutip benda yg biasanya ada dlm kotak kasut or dlm botol2 vitamin or pil, kan ada satu pek kecik yg dlmnya ada biji kecik2, aku tak tahu benda tu namanya apa..haa, si adik tgh nak kutip tu la..aku tgk benda tu dah bertabur...aku tanya adik, "sapa yg sepahkan ni..?? si adik kata "kakak..." sah mmg kakak yg koyakan kertas kecik tu..mana dia dapat aku pun tak tahu..

Nasib baik si adik tak sempat lagi nak makan benda tu..aku basuh mulut dia then aku bg dia minum air masak byk2..dan aku tak syak la yg si kakak makan benda tu..sbb time tu dia tak de kat situ..

Lepas solat maghrib, aku pun siap2 nak balik, dlm keta ok lagi...kuar je rumah, adalah dlm 1-2km si kakak kata nak muntah, aku bukak tingkap terus dia muntah, aku ingatkan tu je la sekali..tetiba dh jln 5 minit dia kata nak muntah lagi, aku bukak tingkap dia muntah lagi smp dah tak de benda dah nak kuar..nasib baik dlm keta ada air masak, aku bg kakak minum air masak tu..kakak kata dia sakit perut, pelik lak aku tetiba dia sakit perut n muntah, tetiba aku teringat pasal petang tadi, terus aku tanya kakak, "kakak ada makan ubat yg kecik2 tu yer..??" dia angguk, sah..mmg sbb dia makan benda tu la dia muntah...dlm 20 minit perjalanan tu adalah 5 kali dia muntah, bila dia minum jer dia muntah, aku dah naik risau dah sbb tgk dia dah cam tak bermaya..

Smp2 umah, bukak je pintu keta, si kakak muntah lagi sekali...ayah tanya knp kakak muntah, aku pun cite ngan dia pasal kakak makan benda tu..mulanya aku nak suh ayah carikan kelapa muda, org tua2 kata kalau kita keracunan minum air kelapa muda utk tawarkan racun tu..tapi dah malamkan mana nak cari, kalau kat Ijok tu ada la..tapi nak patah balik tu...keputusan terbaik, bawak kakak gi klinik panel ayah..

Dalam keta on the way nak ke klinik pun kakak muntah 2 kali, smp2 klinik muntah lagi..kesian tgk kakak, muntah kuar air jer..hbs muntah, terus masuk bilik kecemasan, si kakak ni mmg penakut sikit nak jmp doktor, punyalah menangis bila doktor suh baring atas katil, aku citer la ngan doktor dari A to Z, so, doktor suh kakak minum air garam 3 peket ( 3 cawan), hbs secawan stgh, kakak muntah balik, hbs kuar semua air garam tu..doktor kata biarkan dia muntah, lagi elok sebenarnya sbb nak kuarkan balik benda yg dia makan tu..relax sekejap, kakak minum lagi secawan stgh...lps 10 minit, kakak muntah balik..hbs kuar semua air garam tu..lepas muntah tu, aku tgk kakak lemah sgt, mungkin penat muntah n ngantuk...

Tak lama lepas tu doktor panggil masuk, doktor kata lagi elok kakak ni muntah skg, sbb dlm tmpoh 4 jam dia muntah, benda yg dia makan tu akan ikut kuar sama...yg bahaya bila melebihi 4 jam, benda tu akan masuk dlm perut dan akan dpt kesan2 lain..alhamdulillah sgt2 sbb doktor kata keracunan kakak ni bkn tahap bahaya..tapi doktor tu ada bg ubat masuk punggung standby andai kata tgh malam kakak muntah balik 4-5 kali dlm tempoh sejam, masukan ubat punggung tu..*harap2 tak de la..pastu doktor bagi ubat garam 9 peket, sehari kakak kena minum 3 kali selama 3 hari...

Masa kat klinik td jmp jiran masa kat umah lama dl..dia, suh minum air kepala muda gak..aku pun tanya k.ina tu mana nak cari kat area sini, dia pun offer kat umah dia ada lagi sebiji kelapa muda, alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya, mmg rezeki la..terima kasih sgt2 pd k.ina tu..

Lepas gi umah k.ina amik kelapa muda, terus balik, kakak n adik dah tdo dlm keta, dari balik klinik tadi sehingga skg ni (kul 1.16pg) alhamdulillah kakak tak muntah lagi..harap2 baik la terus..


Ni ubat kakak yg doktor bekalkan..


Kakak keletihan sbb muntah, mesti perut kakak kosong, bg susu pun dia tak nak minum lagi..


Adik yg semakin lasak..


p/s: Peringatan utk diri sendiri dan anda semua, jgn sesekali leka dgn benda2 yg kecil..kekadang benda yg kecil tu la yg bahaya...


Wednesday, February 02, 2011

~Budak Kepala Botak Amik Duit Aku~

image frm google

Salam...

Aku tgh geram bercampur marah ni...tak tahu nak lepaskan ke sapa...luahkan jela kat sini...dah lama benda ni tak jadi..tetiba semlm jadi balik...senang je kan nak amik duit org..ingat kita ni cop duit ker..ko nak duit ko usaha la sendiri..jgn la nak suruh 'ORG SURUHAN' ko amik duit org lain..mmg aku tak halalkan dunia akhirat laa..bkn sikit duit aku hilang..dah ratus2..mau dkt ribu dah..yelaa sekali amik RM50..dah byk kali hlg lak tu...dr thn 2006 tak salah aku..mau tak ribu..

korang mesti tertanya2kan pesal tghari2 ni aku dah bising lepaskan geram..apa taknya..dlm purse aku tu ada RM75, semlm bdn aku sakit2, gi klinik doktor bg mc pastu dia suh gi urut..lpas urut tu aku bgla kat makcik tu RM25, tgk dlm purse tu ada lagi RM50...aku mmg kuarkan duit sikit2 dari ATM..sekali belah petang, abah aku kata duit dia hlg RM100, aku pun cek purse aku..sah..mmg hlg gak duit RM50 aku tu..mau tak angin aku..dah la tu je yg tinggal dalam purse..geram tul aku..ni gara2 org yg ada membela budak kecik yg berwarna hijau tu la..korang fhm tak benda alah yg aku maksudkan tu..?? lepas ikhtiar dgn ustaz aku tu..lama gak la duit kat dalam umah tu tak hilang..aman la sikit..sekali tup2 semalam mula balik..

ayah aku ada ckp ari tu..ni musim org balik Haji ni duit simpan elok2..takut hlg lagi..biasanya kan benda tu org amik kat mekah..aku cam frust,sedih, tak sangka gak la...org gi haji bt amal ibadah..ni tak, org2 cam ni balik hj bawak masalah...mmg menyusahkan org kampung tul..

aku mmg tak leh lupa la masa thn 2009, masa tu aku dalam pantang bersalinkan adik..duit yg org bg2 kat adik tu byk la gak..lbh lima ratus tak salah aku..aku ikat simpan elok2..sekali bila aku tgk balik hbs hlg semua duit tu..nangis aku..mmg aku geram sgt org2 yg membela benda alah ni..dia nak hdp senang amik duit org...tak pk org susah ke tak..

ada sorang makcik ni aku dgr cite lagi kesian..pegi kedai nak beli brg utk masak tghari, bwk RM50 dlm poket..bila nak bayar duit tu hlg...sian tul makcik tu..terpaksa hutang ngan tuan kedai tu..nasib baik la dah biasa ngan tuan kedai tu...knp la ada org2 cam ni lagi..cuma aku tak tahu jer sapa tuan punya benda alah tu...cam ne nak bg org2 cam ni sedar...kalau hari2 hlg mana tahankan..

Korang ada petua tak atau cara2 tak nak bagi hlg duit dari simpanan..?? kalau ada, leh share..sedih la bila duit asyik hilang jerk...

aku doakan moga2 org cam ni dapat balasan yg setimpal..mmg aku tak halalkan duit aku yg ko amik tu dunia akhirat..tanggung la ko kat sana nanti.


Thursday, January 20, 2011

~Happy Anniversary To Me & Hubby~



Baru sempat nak bt entry..pg tadi bz skit..coz mlm ni nak bt kenduri doa selamat sempena adik ipar aku pregnant dah 7 bln..semoga semua selamat...

Ari ni genapla 5thn usia perkahwinan ku dgn my hubby...dlm tempoh lima thn ni byk dugaan dan cabaran yg kami harungi bersama..semoga kami lebih tabah mengharungi dugaan dan cabaran akan datang...dan dlm tempoh 5thn ni jugak aku dikurniakan 2 org cahayamata perempuan..*perlu tambah lagi ni..takde lagi bby boy..hehehe semoga kakak n adik jadi anak yg solehah n hormati org tua...amin..

Bt abg..

"Selamat Ulangthn Perkahwinan yg ke5...semoga kita berkekalan dan bahagia sehingga akhir hayat..amin.."



Gambar 5thn lepas..dihari persandingan..
kuruskan time ni...hehehe

bersama pengapit..sepupuku Intan Norashikin..

Posing...

Candid...




dan ni pic sekarang...dan gemuksss..haha

Sunday, January 16, 2011

~Happy Bezday To You..~

" Happy Bezday Mama Ya *Kakak n adik panggil mama ya..moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..moga result SPM ni dpt result yg gempak..hehe"


ni la budaknya...yg suka berkerut dan suka bersms 24 jam..hehehe

Wednesday, November 24, 2010

~Al-Fatihah bt Ibu si Kembar~

Baru kenal dgn K.Aishah ni..sonok tgk family dia..dia dikurniakan 6org anak ( 3 org anak + 3 org anak kembar)..seronok bukan...baru dapat berita tadi dari blog Ben Ashaari kak aishah ni dah pergi menghadap ilahi..katanya jatuh di bilik air rumahnya...Ya Allah terus terbayang wajah anak2 arwah..kesian kecik2 lagi dah kehilanga ibu tersayang..semoga suami dan anak2 arwah tabah dgn kehilangan isteri dan ibu tersayang..

Allah lebih sayangkan arwah...Al-Fatihah bt k.Aishah..




Tuesday, November 23, 2010

~Hari pertama SPM~

Salam...

3 hari aku tak update blog...sabtu ahad, mmg takde masa la nak update...semalam, isnin aku cuti..bawak anak2 gi klinik..check up bulanan..kakak kena makan ubat cacing..adik lak kena cucuk sethn setgh..alhamdulillah dua2 ok...adik pun tak demam..blik klinik je semalam terus bg adik ubat demam...

Ok kita berbalik tajuk di atas..hari ni, ari pertama bg student form 5 utk menduduki peperiksaan SPM..termasuklah adikku yg bernama Shahirah...sebulan gak la dia nak merdeka...skg ni dia duk asrama..senang nak ulangkaji atau study group..kalau kat umah blh dikira bape jam dia baca buku..hehe

Buat adikku Shahirah,

"Semoga dapat menjawab soalan dgn tenang dan lancar...semoga sucsess dalam semua mata pelajaran..nak jawab semua soalan tu baca doa penerang hati..doa kat Allah semoga dipermudahkan segalanya..kalau ko dah usaha, berdoa, kena tawakal pada Allah..kalau ko dapat semua A along belanja makan...hehe..belanja makan sudah.."




Friday, November 12, 2010

~3 thn sudah..~



" SeLaMaT HaRi LaHiR SaYanG MaMa...semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan tubuh badan, dimurahkan rezeki, dan semoga menjadi anak yg solehah ye sayang...jgn nakal2..sayang adik ok...mama, ayah ngan adik sayang kakak sangat2..."




pagi tadi kakak bgn je tido, mama ucapkan selamat hari lahir kat kakak..mata kakak terkebil2 jerk pandang mama..tak tahu la kakak fhm ke tak atau pun terkejut agaknya pg2 dah dengar ucapan dari mama...tak pun mgkin kakak blm fhm lagi apa itu Selamat Hari Lahir...

Bila tanya kakak nak apa..tahu lak dia jawab kakak nak hadiah..hehe..nanti mama carikan yerk...tapi mama tak tahu nak hadiahkan kakak apa..mama tanya kat kawan2 mama kat SINI pun tak terjawab..mgkin kawan2 mama pun tak de idea gak kot..xpelaa..nanti tghari mama try cari..kot2 laa jmp hadiah bt kakak..

*walaupun sekarang ni kakak tak tahu baca...bila dah sekolah nanti mama tahu kakak akan baca blog mama ni nanti..cewaahhh..


Sunday, October 17, 2010

~Selamat Hari Lahir Ayah~



Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Azizul Yusof
Allah Selamatkan Kamu....


" Selamat hari lahir syg..semoga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan kekuatan tubuh badan, diberi keimanan dan kesabaran yg tinggi, semoga kita sekeluarga berbahagia dan bersama utk selamanya...amin"



p/s: sorry..ayg kena keje ari ni..nanti kita celebrate ye..


Tuesday, October 12, 2010

~Rasa Tak Sedap Badan..~


Salam..

Bersiaran langsung dari rumah...kepala rasa dah weng weng, berat je rasa..tekak rasa pahit, dlm mata rasa cam panas jerk...jap gi nak jmp doktor, minta ubat ngan nak minta mc sekali..makan ubat terus tdo smp bgn dgn sendirinya...insyaallah ok lepas tu..sbb seblm2 ni aku bt cam tu, alhamdulillah kepala terus rasa ringan..tapi blh ke aku tdo dgn aman, dgn lena, dgn tenang, sbb anak2 ku ada bersama aku...harus ku pastikan dorang juga tdo bersama aku nanti...pg ni bg dorang main puas2..lps tu bg susu, confirm akan lena bersamaku...Zzzzzz

Friday, September 10, 2010

~Salam Aidilfitri...~

Ini Entry Melekat Ye Sehingga Tibanya Syawal... :)

Salam...

Lagi beberapa hari je lagi kita nak sambut Bulan Syawal kan, nak jmp Bulan Ramadhan ni lagi, kena la tunggu thn depan..tu pun kita tak tahu lagi, kita ni berkesempatan utk jmp bulan ramadhan ni lagi ke tak...moga2 kita semua diberi kesempatan utk berjumpa lagi dgn bulan yg mulia ini dithn hadapan..

Buat Familyku, Sahabat2ku, Saudara Maraku, Kawan2 sekolahku, kawan2 Fb ku, kawan2 blogger ku..terimalah kad raya yg tak seberapa dari saya ni khas utk korang semua...jgn malu2 amik dn tepek kat blog korang yerk.. :)



Dgn ini saya ingin memohon ribuan kemaafan seandainya pernah terkasar bahasa, tersalah kata, tersinggung hati, mohon dimaafkan yer..semoga ukhawah diantara kita berkekalan dan bertambah erat hendaknya..balik kg tu hati2 biar lambat asalkan selamat...kalau ngantuk berhenti rehat dulu...jgn biarkan dorang sambut kita dgn tangisan, biarlah dorang sambut kita dgn kegembiraan...ingatlah org yg tersayang...

Tak lupa juga bt suamiku yg tersayang..ayg mohon ampun dan maaf ye, seandainya ada kata2 yg tersinggung dihati..0-0 ye.. peace... :) * agak2 ada tak duit raya utk org yg awak syg ni..hihi


" Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.."


p/s: esok last keje..ari khamis balik kg hubby.. :)

Friday, July 09, 2010

~Perginya Seorang Pendakwah~

Al-Fatihah bt Arwah Hj Mohd Amin bin Hj Hussin, PTA Daerah Kajang
(Bekas PTA Daerah Gombak)
Semoga Roh beliau ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan soleh..


p/s: terasa kehilangan beliau...seorang bos yg cukup sporting..

Monday, July 05, 2010

~Happy Bezday Sahabat~

Salam..

kejap je dah masuk bln 7 kan..cepat tul masa berlalu...motif?? aku ckp cam ni sbb pada ari ni 5 julai aku nak ucapkan "Selamat Hari Lahir bt sahabatku" yg kitaorg kenal dari kecik lagi..dari darjah 4 tu..hihi..lamakan?? dah 18thn dah..tu yg aku kata cepat tul masa berlalu tu..rasanya cam baru je semalam masuk sekolah jmp ko mu..hehehe

aku nak ucapkan:

"Selamat Hari Lahir..Moga Panjang Umur, Dimurahkan Rezeki, Diberi perlindungan olehNYA dan Semoga ko cepat2 dapat keje sekali pakej dapat Jodoh..hihihi"




Kira,cukup tak 28 batang lilin..hihihi

*kredit tu Google

p/s: 2thn lagi masuk angka 3 lak..huhu

Thursday, June 17, 2010

Yg Mana Satu Ye??

Salam...

apa yg mana satu? cam ni..nak cite ni..sejak aku pindah kat Desa Coalfields, internet kat umah aku mmg tak leh on, dah dua bln lebih ok..aku ingat lepas pindah blh terus sambung, tu la..dah siap gi TM, ckpla dah pindah rumah, pastu nak transfer internet kat umah baru..dia check2 katanya alamat kat kawasan umah aku tu tak de dlm sistem dia..aku ckp laa..eh cam ne leh jadi cam ni? tak kan la tak de kot..kat dalam umah tu punat telefon tu ada, belakang umah pun ada kabel talipon..dia blh ckp tak tahu..pastu dia kata nanti dia suh org dia checkkan..dan akan telefon semula..baru2 ni dia call, dia kata mmg kat kawasan tu tak de lagi talian telefon..tapi yg aku pelik tiang n kabel tu ada..tak faham tul..dah la tak pakai pun kena cas gak bln2 RM90..dah dua bln aku byar RM90 rugi la kan..baik aku potong jerk..

So, sekarang ni aku ingat nak pakai cam Celcom Broadband ke Maxis Broadband ke..Digi ker yg sewaktu dgnnyala..tapi aku tak tahu mana lagi ok..so, nak tanya pendapat kawan2 laa..mana yg korang rasa lagi ok..tolong ye bg pendapat..nak tunggu talian telefon tak tahula bila adanya..so,streamyx aku ni kena la potong, kalau tak membazir je byr tapi tak gunakan..


p/s: dah lama tak tenet kat umh..

Wednesday, June 09, 2010

Selamat Pengantin Baru Rohani & Nazri

Salam...

Kenduri kahwin ni berlangsung pada sabtu lepas..baru ari ni nak bt entry..disebabkan ari tu aku menguruskan Kursus Pra Perkahwinan...aku gi kenduri kawin k.ani ni pd belah petang, dlm kul 2 lbih gak laa..sampai sana nak dkt kul 3 ptg..pengantin lak tgh sibuk melayan sanak saudara dan rakan taulan..sampai2 aku ngan member2 yg lain terus gi jmp k.ani..amik gambar segala pastu baru makan..hehehe..malas la nak cite pepanjang..so layan gambar.. :)


Banner kawin kak ani..


geram ngan ini budak..tembam..ni anak ustaz aku..nama dia sarah..sarah ni sebaya ngan umairah...tembamkan??


ni gambar puan rumah..hehehe..gambar aku ngan kak sal..muka msg2 sudah berminyak..


kak ani ngan kak yati..


pelamin yg simple but nice...


sanding sekali lagi..kitaorg paksa sbb nak amik gambar reramai...hehehe


wajib ada gambar aku ngan pengantinkan..hehehe


p/s: selamat pengantin baru ye kak ani..semoga berbahagia sehingga akhir hayat.. :)

Friday, June 04, 2010

Malam yg hening

Salam...

Ermmm...boring tul aku mlm ni..kakak ngan adik dah tdo, abg lak balik Banting, nak repair keta katanya..dia percaya pomen dia yg sorang tu jerk..nk bt cam ne kan..takpelaa..asalkan dia bahagia...so, bila abg balik banting, aku pe lagi balik umah mak aku la kat ijok..lagi pun esok aku kena keje ada Kursus Pra Perkahwinan kat opis..tgharinya lak lari jap gi kenduri kawin membe opis..kat Rawang..tak sedap lak kan kalau tak gi...so, kakak ngan adik tggl ijokla..makcik2 ngan pakcik2 dia ramai..kan ke dah cuti sekolah..so, leh tlg jagakan dorang ni..kalau aku bawak gi opis..alamatnya mmg aku tak jadi nk bt kejelaa...hehehe

Bila dorang dah tdo, aku lak jadi boring..bila dorg celik, kecoh jdnya..tp gelagat dorang tu yg bt aku terhibur walaupun kekadang aku jd garang seperti singa...terjerit2 spt tarzan..hehehehe..apa pun dorang la penawar hati ku...


Saturday, May 08, 2010

Selamat Hari Ibu...

Selamat Hari Ibu...

Bondaku ngan Umairah pd hari raya yg lepas...


Selamat hari ibu....Buat Bondaku..terima kasih kerana mengajar dan mendidik kami sehingga kami dewasa...menjaga kami dgn sebaik2nya.. semoga bonda diberikan kesihatan, kekuatan dan kesejahteraan utk menjalani kehidupan seharian..


Ni gambar ibu mertuaku (yg pakai tudung coklat) ngan adik dia yg bongsu..


Buat Ibu Mertuaku..selamat hari ibu..terima kasih kerana menyayangi diri ini..alhamdulillah aku mendapat ibu mertua yg baik dan sporting sekali..



ibu
nyanyian : P. Ramlee

Ibu , ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu , ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu , ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Umairah pun pandai nyanyi lagu ni..apa taknya,selalu kuar iklan kat tv..tapi mgkin dia tak faham lagi apa itu "Selamat Hari Ibu.."

Ermm..kitaorg adik beradik cadang nak sambut hari ibu mlm sok..memandangkan semuanya ada kat umahkn..sekali ngan bezday adik ngan abahku pd bln 4 hari tu..bt biasa2 jer..baca doa sikit dan makan..yg penting kita sentiasa ingatkan ibu kita...jgn ingt pada hari ibu jer ye.. walaupun tak dapat balik selalu..atleast call la tanya khabar..tentu dorang sonok...:)

p/s: Selamat Hari Ibu gak untuk korang yg bergelar IBU..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails