Followers

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Wednesday, January 05, 2011

~Petua : Bawang Merah Atasi Resdung~

Salam..

Sapa ada resdung angkat hidung..hehehe *leh ke angkat hidung..gerak2kan hdg leh la yer..hihi..rasanya mejoriti mmg manusia ni ada resdung ye tak?? cuma bezanya ada yg serius ngan yg tak serius..aku pun ada gak resdung..sensitif ngan habuk..kalau dah kena habuk..bersin tak ingat..pastu mula la hdg gatal n berair..tu yg tak tahan tu..sbb tu la kat umah aku tak pakai karpet..pakai tikar buluh tu jerk..hihi...kalau nak kemas2 tmpt berabuk mmg aku angkat tngan..bkn tak nak bt..tapi tak snggup nak tanggung bila terbersin2..berat kepala ooo..org yg alah cam aku ni th la cam ner azabnya bila dah bersin..sehari pun blm tentu hlg..

Korang nak tahu tak cara menghilangkan resdung ni..aku? dah tentulah aku nak kan...tadi aku selak2 majalah..terjumpa petua utk menghilangkan resdung ni..meh baca..

"Ambil 3 hingga 4 ulas bawang merah, lalu ditumbuk ( jgn smp lumat). Masukkan bawang tadi ke dalam 3 cawan air dan rebus sehingga mendidih. Halakan wap rebusan ke wajah selama beberapa minit. Amalkan 3 kali seminggu dan lihatlah hasilnya.."

Senangkan?? aku nak trylaa..kot la ada perubahankan..hlg resdung aku ni, alhamdulillah la kan..korang pun kalau rajin leh la cuba..kalau ada resdung la yer..kalau tak de tak yah la bt..elok2 tak de kang jadi ada..hehehe..aku tak tanggung yerk...


*Autopublish..


Tuesday, November 23, 2010

~Petua : Menghilangkan Kesan Kotoran Pd Pinggan Mangkuk ~

*image frm google..


Korang ada tak masalah pinggan mangkuk yg berminyak, kesan kunyit yg kekuningan melekat di permukaan pinggan, kesan cili..kalau ada, korang tahu tak cara nak hilangkan kesan tu?? kalau tak tahu..meh sini aku bg tahu..aku pun ada org bgth..nanti balik leh cuba..hehe..caranya senang jer..korang amik limau purut atau limau nipis...pastu hiris nipis-nipis..campurkan dgn bahan pencuci dan basuh perkakas berkenaan dgn air..insyaallah pinggan mangkuk korang bersih tanpa kesan yg tidak menyenangkan..cubalah...

*nanti nak trylaa..ni pun aku baru th...mana tahu hlg kesan kunyit kat mangkuk aku tu kan..hehe



Thursday, November 18, 2010

~Petua : Meredakan Demam Panas~

Salam..

Skg ni musim demam, batuk, sesema..cuaca pun tak menentukan..kejap panas kejap hujan..tu yg ramai tak sihat..terutama budak2..termasuk la anak2 aku..demam smp nak dkt 2 mgg bln lepas..tapi on off on off la..smp amik darah, x-ray segala..skg ni alhamdulillah dah pulih sepenuhnya..

Bila anak demam panas, dah tentu kita risaukan..lagi2 tgh waktu mlm..kat umah tu mmg aku stand by ubat demam, batuk n sesema..lagi satu ubat punggung..time anak aku demam panas ari tu, ada la mak aku bg petua utk kurang or redakan demam panas tu...

1. Kena sentiasa lap kan badan anak dgn kain basah. (Cool Fever mmg sentiasa kat dahi anak )
2. Jarem / Basahkan kepala anak..bila kering je basahkan lagi..biar panas tu keluar..
3. Kalau panas sgt..cuba cara ni utk redakan panas anak, amik segenggam asam jawa dan bancuh dgn air, jgn cair sgt laa..pastu sapukan ke perut anak tu..balutkan dgn kain,ikat (jgn ketat2..cam barutla..) pastu bakinya lumurkan kat kepala anak..pastu tu cuba letak tgn kat kepala anak, mesti rasa bahang panas tu keluar..
4. Kalau bunga raya putih pun blh...amik bunga raya putih, ramas smp kuar lendir dia..sapukan kat kepala..

time anak2 aku demam..mmg kat atas tu la yg aku buat, kecuali no 4. sbb tak de pokok bunga raya putih..pastu bg anak minum air masak byk2..mmg dia minum tak byk...tapi bg dgn kerap..

Semoga Petua ni dapat membantu kalian..

Monday, November 01, 2010

~Petua: Rangupkan Kentang~

*pic frm google

Salam..

Korang rajin tak koreng kentang sendiri? aku blh la, tak la selalu..kekadang bila teringin nak makan bt laa..memula bt tak jadi..kentang yg aku goreng tu cam lembek or lemau jerk..rupa2nya ada cara or petua nak rangupkan kentang yg kita goreng ni..ok,caranya cam ni..

* Buang kulit kentang, basuh dan potong.
* Gaul rata kentang yg dipotong tadi dgn garam secukupnya.
* Dah gaul, masukkan kentang tadi ke dlm bekas yg berlubang, spt penapis santan dan toskan sehingga kering.
* Dah kering, gorengla kentang tu menggunakan minyak yg byk di atas api yg sederhana.



Monday, October 18, 2010

~Petua: Menghilangkan Sakit Kepala ~


Salam..

Korang selalu sakit kepala tak? aku tak la selalu..tapi kalu dah sakit kepala..mmg tak leh nak wat keje laa..aku kalau sakit kepala, makan panadol dua biji, masuk bilik, bukak aircond, tdo..smp bgn sendiri..jgn sesapa kejut..biasanya lepas tu mmg ok dah..

tadi ada baca satu majalah ni..dia bg petua utk hilangkan sakit kepala..tak tahu la berkesan ke tak..kalau korang nak cuba leh gak..mana tahu berkesan lak kan..jom baca bawah ni..

Bagi menghilangkan sakit kepala dgn cepat, caranya adalah dgn menggunakan bawang putih. Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampalkan pada kanan dan kiri pelipis kepala. Biarkan semalaman dan bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala anda. Sakit kepala akan hilang pada keesokan harinya..insyaallah

senangkan? haa..leh la cuba pas ni..

Thursday, October 14, 2010

~Petua: Tauhu Tidak Melekat~

image frm en google
Salam...

Sapa suka makan tauhu angkat jari telunjuk...heheh..aku suka mkn tauhu ni..sedap apa, tauhu ni di goreng, pastu cicah ngan sambal kicap..mmg best..tak pun tauhu bakar pun sedap gak..tauhu sumbat pun best..

Dulu bila aku goreng tauhu ni kekadang melekat kat kuali..so, penah la tanya ngan org yg pakar cam ne tak nak bagi tauhu ni melekat..dia kata kalau tak nak bagi melekat kat kuali taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu seblm digoreng..

aku kalau mkn sendiri kekadang dah basuh2 terus goreng..malas nak gaul ngan garam..kalau bt utk family,kena bt bykkan, aku gaullah ngan garam..kalau nak bg sedap mmg la kena gaul ngan air garam..barula tauhu tu ada rasa..patutla kekadang aku masak tak melekat..kekadang aku masak melekat lak..tak terpk lak aku garam tu leh elakkan tauhu tu melekat kat kuali..ishhhh...


p/s: kena rajin ngan org pakar kat dapur ni..byk lagi petua yg kita tak tahu...

Friday, October 08, 2010

~Petua: Hilangkan Lemak Ayam~


Salam..

Hari ni aku nak share petua utk hilangkan lemak ayam, kekadang bila kita basuh ayam, susah no nak hlgkan lemak or lendir2 ayam tu kan..so, try petua ni, selepas membersihkan ayam dgn air bersih, sapukan ayam tersebut dgn tepung gandum atau gaulkan dgn tepung gandum. Kemudian , bersihkan semula dgn ari bersih. Insyaallah hasilnya, lemak pada ayam akan hilang dgn mudah.

Aku selalu tgk mak aku bt cam tu..so, aku tanya la letak tepung gandum tu utk apa? mak aku jawab utk hlgkan lemak2 or lendir ayam..aku pun..ooooooo...hihii

Tuesday, August 24, 2010

~Petua : Atasi Masalah Perut Buncit~

*image frm pakcik google
Salam..

Korang cubala amalkan, mmg berkesan..tapi kena rajin laa..

Gunakan air perahan limau nipis dan campurkan dgn kapur sirih. Kemudian sapukan pada perut. Biarkan semalaman dan bilas dgn air suam keesokkan harinya. Insyallah berkesan.

Thursday, August 12, 2010

~Petua: Cara Mudah Membersihkan Sisa Kaca~


Salam..

Alhamdulillah ari ni ari kedua kita berpuasa..berbuka ngan sahur pg tadi menu simple jer.. tak lalu lagi nak mkn makanan yg berat2..

ok..kita berbalik pada tajuk di atas..ari ni aku nak kongsi petua utk membersihkan sisa kaca..bg yg ada anak kecik cam aku ni mmg bahaya kalau ada serpihan2 kaca yg kita tak nampak..takut anak2 kita terpijak, ok..cara dia mudah jer:

*Ambil sehelai surat khabar
*basahkan dalam bentuk kepal ( bulatkan )
*Buka kepalan surat khabar tersebut
*Letak surat khabar di atas tempat di mana masih ada sisa-sisa kaca kecil.
*Tarik surat khabar dgn cara menekan perlahan-lahan.
*Lakukan secara berulang kali, insyaallah tiada lagi kesa kaca yg tertinggal dan tiada lagi keraguan jika si anak kecil memijak-mijak di tempat berkenaan.

Saturday, July 10, 2010

~Petua: Kurangkan Berat Badan~

Salam..

Petua ni aku dapat dari Makcik aku, dia kata nak turun or kurangkan berat badan amik 1 1/2 sudu teh jus limau kasturi, campurkan dengan sedikit madu lebah tulen, pastu minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari, ia bukan saja boleh mengurangkan berat badan, malah menjadikan suara lembut dan merdu..hehe..so, sapa2 nak cuba kurangkan berat badan dan suka menyanyi leh la cuba.. 2 in 1 ni..

p/s: nak try.. :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails