Monday, February 28, 2011
Nak Minta Tolong...
Thursday, February 24, 2011
~Jawapan kepada Artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"~
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
~Pelakon lelaki popular dicekup JAIS~
Tuesday, February 22, 2011
~Calon pilihan raya UM ditemui lemah di Bangi~
Calon pilihan raya kampus UM bukan kes culik, kata polis
* Alhamdulillah dah jmp semula dlm keadaan selamat, pg ahad ari tu kakak Masturah ni, Muhaini msg aku mengatakan adik dia Masturah ni hlg...dn minta sama2 doa n solat hajat semoga adik dia selamat..alhamdulillah semuanya selamat...
Monday, February 21, 2011
~Kejadian Pagi Isnin~
Ari ni lambat aku smp opis..nak dkt kul 9pg baru aku sampai, pagi2 dah bt aku tak de mood, rasa cam malas nak gi keje..apa taknya, demam kakak dah ok, si adik lak mula nak demam. Pastu nak gi keje pagi tadi si kakak nangis nak ikut, si adik, bila tgk si kakak nangis, dia pun ikut gak nangis..dlm tgh kelam kabut tu, sbb dah kul 7.40 pg, aku pun start enjin, letak handbag n handphone dlm keta, sebelum tutup keta tu mmg aku tekan button kunci, supaya kakak tak leh naik ikut pintu sebelah..rupa2nya aku tak perasasn yg pintu belah pemandu tertutup, tapi tak rapat..dan aku ni lak gi rapatkan pintu tu dgn harapan bila rapatkan pintu tu button tu leh ternaik..rupanya2 dia tak ternaik pun...uuwaaaaaaa...dah la kunci spare kat dalam handbeg, handbeg tu dalam keta..hp pun sama..dari nak cepat langsung terlambat terus..
Aku pun apa lagi, cari lah pembaris besi, dawai halus, dawai kasar segala nak bukak pintu, godek punya godek tak leh gak..tak lama lepas tu, abah aku balik dari surau, dia la yg buatkan, adalah lebih setengah jam godek2 sekali button kunci tu ternaik..alhamdulillah lega sesangat. Kakak yg nangis tadi dah senyap..si adik lak yg beria2 nangis..selalunya ok jer..ni agaknya sbb tak sedap badan, tu yg merengek2 jerk..
Tgk jam dah kul 8.30pg...nak rushing pun dh mmg lambatkan..so, bawak la cam biasa..dgn time2 cam ni lori dah byk dh kuar, lagi la lambat, nak potong lori tak leh..so, ikut je la bontot lori tu..smp opis kul 9 pg..huhuhu..dh la mmg ari isnin ni tak de mood nak keje..smp2 opis lak nk bt keje Sistem tak leh nak bukak.. bila jadi cam ni langsung hlg mood..huh..
Sunday, February 20, 2011
~Cuti Hujung Minggu~
Dua ari aku tak bersiaran...ari jumaat internet tak berapa nak ok..keje tak leh nak bt, blog tak leh nak update, nak gi jalan2 umah you alls pun tak sempat lagi..smlm mmg tak sempat aku nak update, just bukak jerk..baru duduk, si kakak n adik pun duk sama..huhuhu...so, tak leh nak kata apa lah..
Semalam ptg kakak demam, aku rasa badan dia panas sikit, bila tanya dia..dia kata tak demam..nak dkt maghrib tu, dlm kul 6.45 ptg, si kakak ajak gi klinik, agaknya dah rasa tak sedap badan kot..aku n abg siap2 terus gi klinik panel. Smp sana alhamdulillah la org tak ramai, doktor check suhu dia 38'c, doktor just bg ubat demam, antibiotik n sesema..
Balik umah terus bg kakak makan ubat, kul 9.30mlm kakak n adik dah tdo..rasa badan kakak demam dah kurang..dlm kul 3.30 pg kakak bgn, aku rasa badan kakak panas balik, nasib baik gak la gi klinik, ada gak ubat nak bg kat dia..bg kakak makan ubat, pastu letak cool fever, kakak tdo balik. kul 6.40pg kakak bgn nak susu, rasa badan dia alhamdulillah la kurang sikit.
Friday, February 18, 2011
~Derita Si Comel Yg Di Dera~
Bayi perempuan itu kini menderita dan masih dirawat selepas mengalami pendarahan otak serius dan patah kaki dipercayai didera pengasuhnya ketika berusia enam bulan.
Rina berkata, tragedi berkenaan berlaku selepas dia menghantar anak ketiganya itu ke rumah pengasuh di Mantin, Negeri Sembilan, pada April tahun lalu.
Menurutnya, ketika dihantar ke rumah pengasuh terbabit, Sheena sihat sebelum dia pergi bekerja di ibu kota menaiki komuter dari Seremban.
“Pengasuh terbabit menghubungi kami supaya mengambil Sheena lebih awal dengan alasan hendak membuat persediaan menyambut hari jadi anaknya. Dia mempunyai dua anak perempuan berusia 12 bulan dan tujuh tahun,” katanya.
Menurutnya, dia yang tiba di rumah mula bimbang keadaan Sheena kerana asyik merengek serta menangis bahkan ada ketikanya mengalami kesukaran bernafas. “Saya yang menyangkakan anak kembung perut membawanya ke klinik dan doktor menyatakan mungkin dia tidak selesa kerana demam. “Namun, sebaik dibawa pulang, saya mula perasan terdapat bengkak pada pahanya sebelum membawanya semula ke klinik. Bagaimanapun, Sheena terpaksa dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, selepas keadaannya makin kritikal,” katanya.
Rina berkata, ketika di wad kecemasan, dia memberitahu doktor bertugas supaya berhati-hati sebelum menceritakan apa yang berlaku. “Namun segalanya terjawab apabila ujian X-ray mendapati paha anak saya patah dan bengkak di kepalanya kian ketara. Melihatkan itu, saya menghubungi pengasuh terbabit dan bertanyakan hal sebenar.
“Dia bagaimanapun memberitahu tiada apa yang berlaku serta tidak tahu punca kecederaan anak saya. Sheena kemudian dimasukkan ke wad kanak-kanak, ” katanya.
Namun, katanya, tidak lama kemudian bayinya tiba-tiba tidak sedarkan diri dan doktor memberitahu anak diserang sawan tiga kali ketika dirawat.
“Melihat keadaan anak saya bertambah serius, doktor mengesyaki sesuatu lalu mengarahkan dilakukan CT Scan dan keputusan menunjukkan anak saya mengalami pendarahan dalam otak.
“Sebaik mendengar khabar itu, saya bagaikan hilang arah apatah lagi memikirkan nyawa anak saya seolah-olah seperti telur di hujung tanduk. Sheena kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum pembedahan dilakukan pakar neurologi.
“Susulan itu, anak saya terlantar beberapa minggu di hospital berkenaan dan sebanyak enam pek darah beku dikeluarkan dari kepalanya. Pakar mata turut mengesahkan anak saya mengalami pendarahan di kedua-dua matanya,” katanya.
Rina berkata, berdasarkan laporan perubatan, doktor mengesyaki kecederaan anaknya berkemungkinan akibat digoncang dengan kuat (sindrom menggoncang bayi).
“Bagaimanapun, doktor tidak dapat memastikan bagaimana kaki Sheena boleh patah berikutan dia masih bayi dan belum boleh merangkak dan berjalan. “Kakinya yang patah dipakaikan hip-spica (menggunakan gentian kaca) selama hampir enam minggu. Untuk itu, saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan untuk menjaga anak saya itu,” katanya dengan nada sebak.
Menurutnya, dia kini masih perlu berulang-alik ke HKL dan Hospital Tuanku Jaafar, bagi mendapatkan rawatan bayinya.
Dia yang membuat laporan polis berhubung kes terbabit bagaimanapun pelik apabila belum ada tindakan undang-undang diambil walaupun sudah berulang kali mendapatkan penjelasan.
“Saya mahukan keadilan terhadap nasib bayi saya. Penderitaan Sheena terlalu teruk dan saya tidak boleh memaafkan apa yang berlaku begitu sahaja. Saya yakin polis mampu merungkai apa yang berlaku dan membawa individu yang bersalah ke muka pengadilan,” katanya.
*Sumber hmetro
Thursday, February 17, 2011
~BE yg dah Jadi ME~
~Sesat Dalam Rumah Selepas Mencuri.~
Bertambah malang, apabila suspek akhirnya dicekup pihak berkuasa kira-kira jam 5 petang selepas kehadirannya disedari pemilik rumah berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia lingkungan 20-an yang baru pulang ke rumah itu.
“Sebaik pulang ke rumah, dua beranak itu melihat ada seorang lelaki tidak dikenali sedang berdiri di ruang tamu rumah bersama beberapa bungkusan barang kemas yang sudah dicurinya dianggarkan bernilai RM1,700.
“Dia (suspek) seperti kebingungan sebelum anak kepada pemilik rumah itu menghubungi polis,” katanya di sini, semalam.
“Namun, rakan subahat suspek hanya menunggu di kawasan luar kediaman mangsa dan dipercayai melarikan diri sebaik menyedari pemilik rumah itu pulang,” katanya.
Sumber berkata, hasil soal siasat, rakan suspek berjaya diberkas sekitar Kepong, di sini, kira-kira sejam kemudian.
Difahamkan, kedua-dua suspek yang juga warga tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kedua-dua suspek akan dituduh di mahkamah.
*sumber hmetro
* Ada gak lagi cam ni..aku ingatkan org dulu2 je yg reti buat sesatkan org..kira bgusla gak kan..sapa yg mencuri tak leh kuar dari umah yg dia curi tu..senang sikit nak tangkap pencuri..mak aku kata, arwah moyang aku dulu reti bt cam ni..tapi smp ke kitaorg dah tak reti..lagi pun mesti ada amalan yg kita kena amalkan ye tak..tak pun, susah2 sgt pasang jerk alam..hehehehe
Wednesday, February 16, 2011
~Berarak Maulidur Rasul Peringkat Negeri~
Friday, February 11, 2011
~Menang Teka Umur~
Thursday, February 10, 2011
~Bezday MIL~
ps: Semoga MIL dipanjangkan umur dan diberi kesihatan tubuh badan..amin..
~Kakak Dah Semakin Pulih~
Tadi aku call adik aku tanya keadaan kakak mcmn, adik aku kata dari pg tadi smp skg kakak tak muntah lagi..cuma sakit perut nak membuang jerk..time aku call tu dia tgh tdo..harap2 tak de la kesan2 sampingan yg lain..
Mlm tadi mmg aku tak leh nak tdo, tdo pun tak lena..dlm kul 4pg cam tu, kakak mintak susu, aku bt kan susu hbs satu botol dia minum, lapar agaknya..pastu dia smbung tdo blik..kul5 pg dia batuk2 muntah balik..aku bg dia minum ubat batuk ngan sapu vick kat dada dia..baru dia lena balik nak tdo..ngan aku pun terlena sekali, sedar2 dah kul 6.30pg..apa lagi, terus melompat bgn sbb dah lambat..kejutkan ayah, mandi solat, btkan air utk ayah, kul 6.50pg ayah gerak gi anta kakak n adik..
Skg ni aku rasa teramat2la mengantuk..rasa cam nak balik tdo kat umah jerk..hehehe...kepala pun dah weng weng jerk ni..ingat nak lelap seminit dua la kat opis ni.. * leh caya ke seminit dua..hihihi
ps: alhamdulillah lah kakak dah semakin pulih..cuma sehari dua ni kena pantau keadaan dia..
~Selangor naikkan elaun guru Kafa RM300~
|
~Kakak Keracunan..~
Letih rasanya ari ni...kul 11mlm baru smp rumah...nak th kenapa?? sbb tadi emergency anta kakak gi klinik..citenya cam ni...hbs keje ptg tadi terus aku gi Ijok nak amik kakak n adik, smp sana dlm kul 6 lbh la..dah nak maghribkan, so aku lepaskan maghrib dulu baru balik umah..dlm masa nak tgg maghrib tu, cam biasalah anak2 aku main kat dpn (ruang tamu), aku ok je la kan...bila aku nak gi bilik air nak amik air sembahyang, aku nmpk adik tgh nak kutip sesuatu, aku pun gi kat dia..rupanya dia nak kutip benda yg biasanya ada dlm kotak kasut or dlm botol2 vitamin or pil, kan ada satu pek kecik yg dlmnya ada biji kecik2, aku tak tahu benda tu namanya apa..haa, si adik tgh nak kutip tu la..aku tgk benda tu dah bertabur...aku tanya adik, "sapa yg sepahkan ni..?? si adik kata "kakak..." sah mmg kakak yg koyakan kertas kecik tu..mana dia dapat aku pun tak tahu..
Nasib baik si adik tak sempat lagi nak makan benda tu..aku basuh mulut dia then aku bg dia minum air masak byk2..dan aku tak syak la yg si kakak makan benda tu..sbb time tu dia tak de kat situ..
Lepas solat maghrib, aku pun siap2 nak balik, dlm keta ok lagi...kuar je rumah, adalah dlm 1-2km si kakak kata nak muntah, aku bukak tingkap terus dia muntah, aku ingatkan tu je la sekali..tetiba dh jln 5 minit dia kata nak muntah lagi, aku bukak tingkap dia muntah lagi smp dah tak de benda dah nak kuar..nasib baik dlm keta ada air masak, aku bg kakak minum air masak tu..kakak kata dia sakit perut, pelik lak aku tetiba dia sakit perut n muntah, tetiba aku teringat pasal petang tadi, terus aku tanya kakak, "kakak ada makan ubat yg kecik2 tu yer..??" dia angguk, sah..mmg sbb dia makan benda tu la dia muntah...dlm 20 minit perjalanan tu adalah 5 kali dia muntah, bila dia minum jer dia muntah, aku dah naik risau dah sbb tgk dia dah cam tak bermaya..
Smp2 umah, bukak je pintu keta, si kakak muntah lagi sekali...ayah tanya knp kakak muntah, aku pun cite ngan dia pasal kakak makan benda tu..mulanya aku nak suh ayah carikan kelapa muda, org tua2 kata kalau kita keracunan minum air kelapa muda utk tawarkan racun tu..tapi dah malamkan mana nak cari, kalau kat Ijok tu ada la..tapi nak patah balik tu...keputusan terbaik, bawak kakak gi klinik panel ayah..
Dalam keta on the way nak ke klinik pun kakak muntah 2 kali, smp2 klinik muntah lagi..kesian tgk kakak, muntah kuar air jer..hbs muntah, terus masuk bilik kecemasan, si kakak ni mmg penakut sikit nak jmp doktor, punyalah menangis bila doktor suh baring atas katil, aku citer la ngan doktor dari A to Z, so, doktor suh kakak minum air garam 3 peket ( 3 cawan), hbs secawan stgh, kakak muntah balik, hbs kuar semua air garam tu..doktor kata biarkan dia muntah, lagi elok sebenarnya sbb nak kuarkan balik benda yg dia makan tu..relax sekejap, kakak minum lagi secawan stgh...lps 10 minit, kakak muntah balik..hbs kuar semua air garam tu..lepas muntah tu, aku tgk kakak lemah sgt, mungkin penat muntah n ngantuk...
Tak lama lepas tu doktor panggil masuk, doktor kata lagi elok kakak ni muntah skg, sbb dlm tmpoh 4 jam dia muntah, benda yg dia makan tu akan ikut kuar sama...yg bahaya bila melebihi 4 jam, benda tu akan masuk dlm perut dan akan dpt kesan2 lain..alhamdulillah sgt2 sbb doktor kata keracunan kakak ni bkn tahap bahaya..tapi doktor tu ada bg ubat masuk punggung standby andai kata tgh malam kakak muntah balik 4-5 kali dlm tempoh sejam, masukan ubat punggung tu..*harap2 tak de la..pastu doktor bagi ubat garam 9 peket, sehari kakak kena minum 3 kali selama 3 hari...
Masa kat klinik td jmp jiran masa kat umah lama dl..dia, suh minum air kepala muda gak..aku pun tanya k.ina tu mana nak cari kat area sini, dia pun offer kat umah dia ada lagi sebiji kelapa muda, alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya, mmg rezeki la..terima kasih sgt2 pd k.ina tu..
Lepas gi umah k.ina amik kelapa muda, terus balik, kakak n adik dah tdo dlm keta, dari balik klinik tadi sehingga skg ni (kul 1.16pg) alhamdulillah kakak tak muntah lagi..harap2 baik la terus..
Wednesday, February 09, 2011
~Akibat Telan Dadah, Warga Afrika Hilang Akal~
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita warga Afrika berbogel dan berjoget di tepi jalan raya di Cheras di sini, kelmarin dipercayai bukan disebabkan gangguan mental secara semula jadi, sebaliknya ia kesan sampingan selepas satu daripada puluhan bungkusan kecil dadah ditelannya, pecah dalam perut.
Sumber polis berkata, perkara itu terbongkar selepas hospital membuat imbasan X-ray pada bahagian perut wanita terbabit yang kelihatan agak buncit.
Berikutan itu, polis percaya wanita terbabit ‘keldai dadah’ digunakan sindiket penyeludupan dadah ke negara ini dan dia menelan puluhan bungkusan sebesar ibu jari mengandungi dadah jenis heroin bertujuan menyoroknya daripada dikesan pihak berkuasa.
“Besar kemungkinan satu daripada bungkusan dadah berkenaan terpecah atau bocor di dalam perut wanita itu menyebabkan dia menjadi tidak siuman dan hilang kawalan diri,” katanya.
Menurutnya, sehingga semalam, wanita terbabit yang dirujuk ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) bagaimanapun masih dalam keadaan tidak siuman dan gagal memberi kerjasama ketika keterangannya hendak diambil.
“Setakat ini, hospital memberikan ubat khas bagi membolehkan suspek mengeluarkan bungkusan dadah itu daripada perutnya. Proses mengeluarkan dadah berkenaan masih dilakukan sehingga petang ini (semalam) dan jumlah sebenar dadah dalam perut wanita terbabit juga tidak diketahui,” katanya.
Difahamkan, sehingga petang semalam, lebih 10 bungkusan plastik kecil dadah dikeluarkan dan bakal dihantar ke Jabatan Kimia bagi menentukan jenis dadah berkenaan dan beratnya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang yang dihubungi mengesahkan penemuan dadah berkenaan, namun enggan mengulas lanjut berikutan belum mendapat laporan penuh berhubung identiti wanita terbabit.
Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada wanita Afrika berkenaan, namun polis meminta bantuan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti identitinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, wanita berusia 20-an itu mencetuskan kegemparan apabila muncul dalam keadaan telanjang bulat sebelum berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Jalan Lingkaran Tengah II, di sini.
Selepas kira-kira 15 minit dipujuk anggota polis dan orang awam, baru dia bersetuju memakai pakaiannya semula sebelum dibawa menaiki kereta peronda polis untuk dihantar ke PPHUKM bagi pemeriksaan kesihatan.