Followers

Wednesday, August 25, 2010

~Novel LBS ~


Salam...

Korang ingat tak entry yg NI? haa...novelnya dah smp..sebenarnya novel ni dah 2 mgg kot sampai, tapi baru nak publish entry.. :) skg ni buku LBS baru stgh aku baca...time cuti je leh khusyuk baca, nak baca time keje, mmg tak syok la..nak baca time mlm lak baru baca satu muka surat dah terlelap..hehehe..cite LBS kat tv tu pun aku baru tgk stgh jam, dah terlelap..bln puasa ni ngantuk tul...


Ni la novelnya..aku beli online, 3 buku sekali..



Buku 1 LBS, Cover buku baru..tapi edisi terhad..



Buku 2 Katerina



Buku 3 Kasyah Lagenda Berakhir.


Megahasz Giveaway #3/2010





Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar di http://megahasz.blogspot.com

Klik SINI kalau nak Join





~Berbuka Puasa Di Asrama Damai ( Update )~


*image frm google
Salam..

Petang ni aku tak masak..coz ptg ni opis aku bt program berbuka puasa bersama anak2 yatim di Asrama Damai, Kuang. Tak jauh pun dari umah aku dlm 10 minit jerk..jap gi balik amik anak, smp umah siap2 smbil tgg abg balik. Dlm kul 6.45 or kul 7.00 gerak gi Asrama Damai...

update..

aku gerak dari umah kul 7.10mlm, smp kat Asrama kul 7.20mlm, smp2 terus berbuka..hehehe..menu mlm tu Nasi Tomato, Kambing bakar..mmg sedap..pastu ada kuih muih sikit..anak2 aku, Umairah & Zahirah mkn sekejap pastu main..duk lari sana, lari sini..suka ati la nak oiii..janji kamo bahagia..


tgk la tu...si kakak panjat tiang..pastu si adik pun ikut panjat..



seorang hero, 2 org heroin..duk main lari2..




Nasi Tomato...gambar ni aku search frm google..mlm tadi tak dan nak amik pic makanan...lebih kurang cam ni gak laa...




kambing bakar...mmg sedap...cicah ngan sos lada hitam...tp aku tak makan byk la, sekadar merasa jerk..



see....kambing tu dah tinggal tulang & kepala...



lepas solat, duk luar jap..pastu si kakak nampak anak2 yatim duk main kat taman...anak aku dah nampak taman, dia pun nak main..nasib baik la leh mkn pujuk lagi..hahaha...



time ni nak balik dah..sempat lagi posing kakak ni...tu pun puas la duk pujuk suh naik keta...hehe.. sampai umah lebih kurang kul 8.45 mlm..sekian..


p/s: ni je la yg sempat amik gambar..gambar sendiri pun tak dok..


Tuesday, August 24, 2010

~Petua : Atasi Masalah Perut Buncit~

*image frm pakcik google
Salam..

Korang cubala amalkan, mmg berkesan..tapi kena rajin laa..

Gunakan air perahan limau nipis dan campurkan dgn kapur sirih. Kemudian sapukan pada perut. Biarkan semalaman dan bilas dgn air suam keesokkan harinya. Insyallah berkesan.

~'MAMAZAKWAN BUAT CONTEST!'~

Salam..

Jalan2 tadi terjmp satu contest anjuran Mama Zakwan..contest bergaya dgn baju kurung, terus aku teringat gambar kakak raya thn lepas..so apa lagi, aku join laa..

So, kalau korang nak join leh la klik SINI..sempat lagi ni nak join.. :)









Gambar yg aku pertaruhkan..

Nama Baby : Afiqah Umairah binti Azizul
Tarikh Lahir : 12 Nov 2007





~Jom Join Kempen 1 Blog 1 Bendera~


Salam..

Pg2 buka blog..tgk kat cbox ada sahabat ajak utk join Kempen 1 Blog 1 Bendera..yelaa, bln ni kan bln kemerdekaan, rasanya blm terlambat lagi kalau kita nak join..kalau korang nak join leh la klik SINI




Monday, August 23, 2010

~Hadiah From Ibu Dini~

Salam..

Tgh2 bt keje tadi ada member bg sampul coklat, dlm hati berkata sampul apakah ini??? bila tgk belakang From Ibu Dini, terus teringat Contest Posing Paling Cun. Thank's ye Ibu Dini..

Ni hadiahnya...
Dapat Key Chain ni


ngan key chain ni..


Pastu...
ada Catalog Tupperware.. so kalau korang nak order tupperware leh la order ngan Ibu Dini



Ni keseluruhannya...thank's ye..







Friday, August 20, 2010

~Tips Mencuci Sayuran~

*Image frm Google
Salam..

Hari ni aku nak kongsi tips mencuci sayur2an...jom baca..

Makan sayur-sayuran dapat membantu memelihara kesihatan tubuh badan anda, namun jgn kerana kealpaan ketika membersihkan sayur-sayuran anda dibebani penyakit-penyakit lain.

Sayuran perlu dicuci dan dibersihkan dgn betul. Ini kerana, kebanyakan sayur2an mengandungi pelbagai bahan kimia dan racun serangga untuk mengelakkan sayur2an daripada dimakan ulat dan serangan penyakit.

Jadi, biasakan diri utk mencuci sayur2an terlebih dahulu sebelum dimasak utk menyingkirkan bahan kimia yg terdapat pada sayuran anda. Ikuti tip2 mudah utk mencuci sayuran:

* Cuci sayuran sebelum dipotong agar zat2 penting di dalam sayuran tersebut tidak hilang dan larut bersama air.

* Gunakan air bersih yg mengalir utk membersihkan daun dari bahan kimia berbahaya dan bersihkan tanah yg masih melekat pada akar sayur2an anda.

* Ketahui usia sayuran utk memenimumkan kandungan zat kimia yg melekat pada batang atau daunnya. Racun serangga yg digunakan pada ketika merawat sayur2an membuatnya lebih kebal terhadap hama dan jangkitan penyakit, tetapi memerlukan waktu yg lebih lama utk hilang ketika mencucinya.

* Sayur2an organik mudah dibersihkan kerana tdk mengandungi bahan kimia, namun ia agak mahal. Walau apa juga jenis sayuran yg anda ambil, sebaik2nya cuci sayuran terlebih dahulu sebelum memasak.

p/s: aku selalu basuh sayur cam ni, ptg dulu sayur, pastu rendam ngan air garam..biarkan 5-10 minit, msti kekotoran dia kuar..lagi pucuk paku...kekadang ulat dia pun kuar..hihi..pastu bilas la 3 x..

~Kejadian Malam Tadi~

Salam..

Kejap je dah hari jumaatkan?? korang tgh2 ari tadi gi mana? shopping ker? aku? malas nak kuar laa..duit tak berapa nak mengizinkan...kena tgg hari rabu depan baru leh shopping..hehehe.. lagi pun aku masuk opis lambat pg tadi, bawak adik gi klinik..mlm tadi kul 12 lebih aku terjaga, sbb adik merengek, sekali pegang kepala dia..mak oiii panasnya..tak tentu arah aku dah..nak bawak gi klinik, kawasan tu manada klinik bukak 24jam, kat tempat umah lama dulu ada laa..aku pun ke dapur, buka peti ais cari2 ubat demam, sekali tgk ada ubat masuk ikut punggung..(mmg doktor bg spare..aku je yg lupa) alhamdulillah ada ubat punggung waktu2 emergency cam ni..cepat2 aku masukkan ubat tu..pastu aku basahkan kepala adik, lap satu badan..nampak panas adik pun dah berkurangan, adik dah tak nak tdo, pusing sana, pusing sini..tak selesa agaknya..yelaa dgn sesemanya, batuknya lagi..sian aku tgk...

aku tgk jam dah kul 1..nak tdo takut terlajak sahur nanti, baring je la sebelah adik, temankan dia..adala terlelap jap, tapi kejap2 terjaga..kul 4.30pg adik dah tdo, aku pun terus bgn siapkan mknan utk sahur..kul 5 kejutkan abg bgn sahur..ckp ngan abg nak bawak adik gi klinik pg nanti.

kul 8pg adik masih tdo lagi..ngantuk agknya mlm tadi tak tdo..kakak dah bgn awal, dah siap mandi semua dah, aku pun siap2kan barang kakak n adik semua, aku angkat je adik masuk dalam keta, sblm gi klinik aku anta kakak dl kat umah Wan dia kat ijok...coz payah aku sorang nak handle dua2...pastu terus aku gi klinik, ada klinik panel, tapi tak rasi..dia nak klinik berbayar gak..takpe laa janji adik sihat..smp sana aku org kedua, dlm 15 minit aku dah dapat ubat. Pastu ingat nak amik kakak balik nak anta umah kakak sepupu yg jaga anak2 aku ni...bertuah laa kalau dia nak ikut aku...tak naknya dia ikut aku ni kalau dia dah sampai umah wannya..nak tak nak ptg nanti aku terpaksa la kuar awal sikit utk amik kakak, coz, ptg ni nak balik banting lebih kurang 2 jam perjalanan..abg ckp kalau blh nak sampai sblm waktu berbuka..tak tahu la sempat ke tak..kul 10.30pg aku anta adik pastu terus gi opis.

semoga adik cepat sembuh ye..
masa ni on the way nak anta adik...kuyu je mata...tapi alhamdulillah la dah tak panas cam malam tadi..



khusyuk tgh tgk cite upin ipin..tak lepas dia pegang Bendera Malaysia tu... :)




aku panggil dia bt tak pandang jerk..cam tgh hayal...ngantuk kot tu..




Thursday, August 19, 2010

~Menu Buka Puasa Hari Ke 8~

Salam...

Baru berkesempatan nak update blog..semalam ptg bt pertama kalinya aku menyediakan Nasi berlauk sebagai juadah berbuka puasa..sblm2 ni makan yg simple2 jerk, abg kata mula2 puasa ni tak lalu lagi nak makan nasi, sahur pun cam tu gak..mkn yg simple2 jerk..

so, semalam abg kata dia nak makan nasi, otak aku pun ligat cari idea nak masak lauk pe..aku cadang nak bt telur masak kicap, ayam goreng rempah dgn goreng sayur. Tgh nak siap2 bt bahan, tetiba abg suh tukar menu, ayam tu bt masak kicap, telur bt masak kari..aku lak dah goreng telur mata..so taruk je la dalam kari...jadi laa telur mata masak kari...hihi...selalunya kalau aku bt kari telur, telur tu aku pecahkan dalam kari..baru la bestkan..takpelaa..sedap gak mkn cam tu..

Menu semalam...
tgahri2 ni tayang lak gambar lauk yerk...sabar ye korang..lagi beberapa jam jerk..hehehe
lagi byk fish ball dari sayur..hehehe


Goreng karipap sikit, samosa sikit ngan Popia Otak2 sikit...sedap...
air..aku bt air Roselle HPA.

* nak bt menu apa ye hari ni..


Wednesday, August 18, 2010

~Moment With Newborn Baby Contest~

Salam..jalan2 tadi nampak satu contest..rasa nak join lak..sambil2 mengimbau balik kenangan masa melahirkan kakak n adik.. :)


Kalau korang nak join or tgk syarat2nya leh klik SINI


Gambar 1
Nama Bayi : Afiqah Umairah binti Azizul
Tarikh Lahir : 12 November 2007
Berat : 3.3 kg
Umur ketika gambar di ambil : 1 jam Selepas Lahir
Nama Ibu : Norshida bt Mohammad Tamyis
E-mail : mama.afiqah@yahoo.com
Cerita di sebalik gambar: " Gambar ni di ambil masa dlm Labour Room lagi, selepas abg iqamatkan Umairah..abg terus amik pic Umairah..geram katanya tgk mulut dia yg tajam tu..dgn pipi yg tembam..tu la gambar pertama si kakak"



Gambar 2

Nama Bayi : Afiqah Zahirah binti Azizul
Tarikh Lahir : 14 Mei 2009
Berat : 3.2 kg
Umur ketika gambar di ambil : 1 Jam Selepas Lahir
Nama Ibu : Norshida bt Mohammad Tamyis
E-mail : mama.afiqah@yahoo.com
Cerita di sebalik gambar: " Gambar ni gambar pertama adik dan masih dlm Labour Room lagi, ayah kata mulut adik macam mulut kakak..muka pun nampak gebu dan putih dari kakak...cara kebetulan time tu time makan tghari, tu yg ada set makanan tu..tapi tak makan pun.."


~Tips Atasi Anak Nakal~

Salam...

Hari ni aku nak berkongsi tips utk mengatasi anak yg nakal..sebenarnya anak2 kecil ni dia tak nakal, dia cuma nak mengexplore, nak tahu kalau bt cam ni jadi apa..bt cam ni jadi apa..org kata bila anak2 kecil ni aktif bergerak, ada je benda yg dia nak bt, otak dia akan berjalan dan boleh dikatakan cerdik laa..cuma bila kita marah, bila kita kata JGN, lagi laa dia suka bt..betul tak?? jadi, kita kena ckp baik2 dan menasihati dia..cthnya: " tak baik bt macam ni..nanti jadi macam ni...." nyatakan sebab kenapa kita kata JGN..dan selalu kena ingatkan dia..


*Gambar dari En Google

Ok..jom kita baca tips2 utk mengatasi anak nakal

Bagaimana utk menjadi ibu bapa yg baik? Penulis buku Psikologi Kanak-kanak, menyebut tentang empat "Gaya keibubapaan dalam mendidik"

1. Gaya Pintaan = Inginkan anak-anak berkelakuan seperti org dewasa atau lebih tepat lagi iaitu sempurna

2. Gaya Responsif = Ibu bapa yg berada di tengah- tengah, tidak memaksa, menerima dan sentiasa memahami atau berkongsi perasaan dengan anak-anak.

3. Gaya Autoritarian = Mereka yg ingin membentuk anak-anak mengikut acuan sendiri. Menilai sikap anak menggunakan telunjuk mereka dengan cukup berdisplin.

4. Gaya Permisif = Bertolenrasi dengan anak, menerima kemahuan anak tetapi ada batasnya.


Jika segala usaha pendekatan psikologi telah dilakukan, kita dinasihatkan untuk menguasai teknik ' Sentuhan iman' pada jiwa anak. Terdapat beberapa gaya sentuhan iman yg diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada para sahabatnya di dalam mentarbiahkan anak-anak mereka.

1. Jangan sebut kalimah NAKAL kepada anak-anak, kerana Malaikat akan menulis perkataan itu sebagai doa yang akan dikabulkan oleh Allah SWT. Semakin anda sering melontarkannya, ia akan menyebabkan kecederaan psikologi pada diri anak. Mereka hanyalah manusia yang masih kurang akalnya, belum sempurna pemikiran dan tidak mengerti ke mana arah hendak berjalan. Sebagai ibu bapa, kita sepatutnya suka memaafkan dan mendoakan mereka menjadi anak yg soleh. Kata-kata ibu bapa adalah doa yg tiada hijab antara mereka dengan Allah SWT. Jangan jadikan kata-kata sebagai bumerang yang akan memangsakan anak-anak kita.

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:" Dia tiga org yg pasti dikabulkan oleh Allah SWT ialah doa org yg tertindas, doa org yg sedang dalam musafir dan doa org tua terhadap anaknya." ( Hadis riwayat at-Tarmizi daripada Abu Hurairah)


2. Jangan pandai hanya menyuruh, mengugut dan memaksa kehendak anda. Dekati dn jadikan anak-anak sebagai sahabat. Bimbing dan buat aktiviti positf bersama2 mereka. Rasulullah SAW pernah mengajar seorg anak kecil yg akhirnya menjadi lelaki paling dihormati umatnya kerana ilmu dan kemuliaan akhlaknya. Dia bernama Abdullah b Abbas.
Beliau berkata: " Suatu hari aku berada di belakang tunggangan bersama Rasulullah SAW, maka baginda bersabda yg maksudnya: "Wahai anak kecil, sesungguhnya aku hendak mengajarkan kamu beberapa pelajaran: Peliharalah Allah ( dengan melaksanakan semua perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA ) nescaya Allah akan memelihara kamu. Peliharalah Allah nescaya kamu akan mendapatiNya di hadapanmu. Kalau kamu memohon, pohonlah kepada Allah. Kalau kamu meminta tolong, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahawa apabila manusia berhimpun untuk memberi suatu kebaikan kepadamu nescaya mereka tidak akan boleh memberinya kecuali dgn izin Allah. Dan apabila mereka berhimpun utk memberi kemudaratan kepada kamu, nescaya mereka tidak boleh melakukannya kecuali dgn ketentuan Allah, pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering." Hadis riwayat Imam al-Tarmizi dan Ahamd.

Begitu indahnya pengajaran dan didikan Rasulullah SAW kepada seorang anak kecil ini. Dengan contoh teladan dan bimbingan yang penuh kasih sayang, ia mampu menyentuh jiwa Ibnu Abbas, membersihkan dan menyinarinya dgn cahaya iman.


*Gambar dari En Google


3. Dunia kanak-kanak adalah bermain. Apabila sarjana barat seperti Rousseau, John Dewey, Piaget dan Soderman mencipta sistem pembelajaran 'Fun Learning' yang menghasilkan idea transformasi ilmu dan keseronokan, ia dikatakan telah membawa perubahan positif dalam perkembangan kecerdasan kanak-kanak.

Aktiviti bermaim sambil belajar sebenarnya telah diamalkan oleh kaum Muslimin menerusi sabda Rasullullah SAW yg bermaksud: " Kewajipan ibu bapa kepada anaknya adalah mengajar mereka menulis, berenang dan memanah serta tidak memberi rezeki kecuali yg halal." Hadis riwayat al-Baihaqi.

Bermain boleh menguatkan sistem motorik pada diri anak. Cerdas bukan hanya pada sisi akademik, ia hendaklah melibatkan unsur-unsur lain seperti cedas emosi, jasmani dan spiritual. Manakala aspek kehalusan seni dan penghayatan imaginasi banyak dipelajari dengan cara bermain dan berhibur.

Anak adalah ujian dan juga perhiasan yg mengagumkan. Mereka adalah harta yg paling bernilai dan nikmat Allah SWT yg paling unik. Jika kita sabar dan ikhtiar dengan bersungguh-sungguh, kita pasti mampu membentuk mereka menjadi 'manusia pilihan'. Namun waspadalah daripada hasutan syaitan yg mahu menghancurkan segala impian kita. Yang tak kalah merbahaya adalah hawa nafsu yg diikuti . Sebahagian ibu bapa mahukan kebebasan dan bencikan kongkongan terhadap anak-anak mereka. Tentu saja hidup selepas kehadiran anak pasti berubah. Oleh itu ibu bapa dituntut supaya banyak berkorban masa, tenaga dan emosi untuk melihat perkembangan anak mereka dgn sempurna. Kerana anak-anak, anda terpaksa mengorbankan keseronokan seperti dahulu sebelum kelahiran mereka. Itulah harga yg perlu dibayar untuk menjadi ibu bapa yg amanah. Belajarlah menjadi ibu bapa yg kreatif dan dinamik dan bergaya hebat di mata anak-anak.



*Gambar dari En Google

*Sumber Mingguan Wanita


Tuesday, August 17, 2010

~Mama...Kakak Nak Sembahyang..~

Salam...

Korang sihat ari ni? aku alhamdulillah sihat, anak2 je sesema sikit..ayahnya plak sihat dan puasa masih penuh..aku je dah tinggal puasa..nak bt cam ne dah mmg tiap2 bln dia datangkan..kecuali laa kalau pregnant, confirm penuh puasa..tu pun kalau larat laa..hihihi..tp tak puasa pun cam puasa tau..mana ada makan n minum, tak kan nak makan kat opis kan..so, sama la gak cam puasa..

Mgg first puasa aku balik ijok, yelaa..mengikut perjanjian yg dipersetujui..cewahhh...kalau Raya Puasa di Banting, hari first or mgg first puasa di Ijok dan Raya Haji pun di Ijok..cam tu la gak sebaliknya kalau thn tu Raya Puasa di Ijok, hari or mgg first dan Raya Haji di Banting..kecuali kalau keadaan tak mengizinkan ada laa sesikit perubahan..so, disebabkan thn ni aku Raya di Banting dulu..mgg first puasa ni mmg di IJok laa..nasib baik laa dekatkan..dekat tak dekat la dua jam perjalanan la gak..yelaa..Kuala Selangor ke Kuala Langat..hihihi

So, aku kat Ijok dari ari Jumaat hingga Ahad..adik beradik aku semua ada..so thn ni meriah laa..dgn Zahirah dah pandai jalan, pandai menyakat, pandai gaduh2 ngan kakak.. tgh2 lasak la kan..time berbuka, dia pun sama duduk..tak nak kita suapkan..tgk Kakak dia suap sendiri dia pun sama nak suap sendiri..bg je la kan..tapi byk bertabur dari masuk mulut dia...bila kita nak suapkan..tak nak...cam2 kerenah..takpelaa janji dia nak makan..

Habis je buka puasa, masing2 sibuk siap nak solat Maghrib berjemaah..yelaa..bkn senang tau kitaorg nak solat jemaah reramai cam ni melainkan bln puasa..si kakak pun sama..dia la yg siap dulu..hehe..yelaa..org kata didik dari kecikkan..walaupun dia tak berapa tahu bacaanya..(baca alfatihah dah boleh sesikit tapi lompat2..hihi...) tapi dia nak gak ikut solat jemaah...


tgk laa tu gaya dia..dia dulu yg siap..pastu terus duduk kat sejadah...dgn muka serius..konon2 tgh sembahyang la tu..


ikut makcik dia solat...adik aku yg second last



tgk kakak cam ni kan...sejuk mata memandang...tenang je hati aku..mudah2an jadi anak yg solehah ye sayang..


cam ye..ye je kakak ni..



ni baru solat ramai2..aku?? aku dah nampak anak bln daaaa...hihi



pandai lak tu tgk bawah jerk..sory yek..gambar blur...aku tutup flash..takut mengganggu dorang solat..



pandangan dari belakang...yg jadi imam abah aku...kakak solat, adik mana yer...adik khusyuk tgk dorang solat..


adik cam pelik kot..tgk solat reramai..memula diam je tgk org solat...



lelama dia kacau...kacau sapa?? kacau kakak dia laa..adik mmg suka sgt nyakat si kakak..



nak kacau kakak dia la tu...nasib baik dah nak hbs solat..

*seronok sebenarnya bila tibanya bln Ramadhan ni..dpt berkumpul reramai...solat sesama..mkn sesama..tapi sebln je kan..ni pun dah smgg dah berlalu..tgl lagi 3 mgg je lagi..huhu..sedihnya..

p/s: semoga anak2 mama jadi anak2 yg solehah...waktu kecik cam ni, biar la dah besar pun cam ni gak..amin..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails